Wangikanlah Hatimu Bakal Menggegarkan Industri Musik Tanahair

Sebut sahaja Noraniza Idris, pasti ramai diantara peminat masih mengingati zaman kegemilangan lagu-lagu berunsur Irama Malaysia dan Etnik Tradisional disuatu ketika dulu. Lagu-lagu beliau cukup popular dan masih didendang dicorong-corong radio tanah air.

Kini Noraniza Idris kembali dengan single terbaru bersama penyanyi yang baharu, Tyka (3 Juara). Single berjudul  “Wangikanlah Hatimu” merupakan ciptaan  Ag Coco, Amir Jahari (Lagu) dan Ahmad Fedtri Yahaya (penulis lirik). Gabungan mantap kali ini mengetengahkan  genre Pop Tradisional dan Etnik Kreatif, termasuk elemen Pantai Timur, Siam dan Sunda. Memang cukup menarik kan..Single edaran dari syarikat rakaman Luncai Emas, berkonsepkan irama Malaysia ini adalah merupakan sebuah penerbitan pertama bagi tahun 2017.


Mungkin yang sezaman dengan abam cukup mengenali siapa Noraniza Idris atau lebih mesra dengan nama Kak Ani. Kepada generasi yang baharu, jom kita kenali dulu siapa beliau.

Biodata Noraniza Idris :

 

  • Karier seninya bermula sejak tahun 1985 sehingga kini.
  • Noraniza Idris merupakan seorang penyanyi, penerbit, penggubah lagu, penulis lirik yang cukup terkenal di Malaysia dan  Beliau merupakan salah seorang penyanyi Malaysia terbaik yang berjaya melahirkan album solo di setiap 4 dekad berturut.
  • Noraniza Idris cukup sinonim dengan lagu-lagu yang berentak irama tradisional dan etnik kreatif sehingga beliau mendapat jolokan Ratu Irama Tradisional Malaysia dan sehingga kini beliau masih kukuh di persada seni memperjuangkan irama budaya.
  • Beliau telah melahirkan 13 buah album solo, beberapa buah album kompilasi dan duet.
  • Beliau telah banyak meraih kejayaan di anugerah-anugerah besar muzik tanah air melalui albumnya, lagu dan persembahan pentas.
  • Antara lagu-lagu terbaik beliau ialah Dikir Puteri, Ala Dondang, Hati Kama (berduet bersama Dato Siti Norhaliza), Iboq, Enjut (berduet bersama Cat Farish & Adeeb), Kuasa Cinta (berduet bersama Black Hanafiah) dan banyak lagi.
  • Wanita pertama Pengasas Pop Tradisional semenjak tahun 1996 dan diiktiraf oleh Majlis Wanita Johor pada tahun 2001
  • Pengasas modul pembelajaran seni budaya dan akhlak suntikan modal insan melalui pendekatan akademik, sahsiah dan kokurikulum kepada 19,000 peserta bersijil dengan kerjasama Kementerian sepanjang tahun 2014 dan 2015 menerusi 12 lokasi seluruh Malaysia selama 2 tahun dalam program Akar Zapin Kita
  • Beliau merupakan tokoh Budaya dan penggerak program pembangunan belia menerusi budaya semenjak tahun 2014
  • Duta kecil berbangsa Melayu yang mengangkat budaya masyarakat orang asli Negeri Pahang ke pentas Anugerah Industri Muzik Malaysia dan dikurniakan pingat Ahli Mahkota Pahang pada tahun 2001 oleh Kerajaan Negeri Pahang

Biodata Tyka (3 Juara) :

  • 17 tahun pengalaman dalam bidang nyanyian seawal usia 5 tahun dengan lagu-lagu irama Ghazal dan Asli
  • Artis kelahiran program realiti TV Seiras Seirama 2015 (final mewakili Misha Omar terbitan Astro), Bintang Klasik Kasih 2015 (Naib Juara terbitan RTM), 3 Juara 2016 (Terbitan TV3)
  • Minat dan kreatif menggubah lagu sedia ada dengan cara yang tersendiri
  • Suka membuat kajian tentang seni budaya kaum etnik selain Melayu untuk penghayatan dalam nyanyian dan boleh menyanyikan lagu gende balada dan R&B dengan baik
  • Mudah mesra dengan semua golongan masyarakat tanpa mengira batas usia

Adakah Wangikanlah Hatimu Bakal Menggegarkan Industri Musik Tanahair?

Mungkin itu lah harapan kepada peminat seni tanah air terutama peminat lagu Irama Malaysia. Itu jugak harapan abam, rindu sebenarnya nak tengok kemunculan semula Noraniza Idris. Persembahan beliau cukup menarik, mesti ada kelainan bila beliau buat secara live.


Kalau korang pun rindu nak tengok persembahan Noraniza Idris dan Tyka, jangan lupa pada 15hb Januari 2017 jam 9 malam dalam Program 3 Juara di TV3. Masa ni akan dibuat sekali dengan pelancaran single Wangikanlah Hatimu. Abam dah teruja dah ni nak dengar lagu ni dan nak tengok persembahan Noraniza Idris ..dan yang paling bestnya abam dapat jemputan untuk datang ke program tu… Jangan lupa tengok tau..

Kalau korang rasa nak dengar Wangikanlah Hatimu, dibawah ni ada link Treaser lagu ni dan jangan lupa terjah dulu Lirik Lagu Wangikanlah Hatimu  :
Untuk info lanjut :
Instagram :@Noraniza_Idris
Laman web : Akar Zapin Kita

2,709 total views, 16 views today

Sharing is caring!

4 Replies to “Wangikanlah Hatimu Bakal Menggegarkan Industri Musik Tanahair”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge