Trip Personal Shopper Ho Chi Min Vietnam Februari 2018

Trip Personal Shopper Ho Chi Min Vietnam Februari 2018

Trip Personal Shopper Ho Chi Min Vietnam Februari 2018 | Trip personal shopper abam kali ni, hanya dalam 6 orang sahaja, abam bersama wife dan 4 lagi rakan. Trip kali ni agak pendek sket berbanding trip sebelum ni, dari 7hb sampai 9hb Februari. Sebelum ni sampai 4 hari kat sana. Macam biasa, kalau nak ke sana, abam akan servey dulu tiket fligt yang murah.
Untuk trip kali ni, abam menggunakan penerbangan Air Asia. Mungkin untuk next trip nak cuba yang lain pulak.

Trip Personal Shopper Ho Chi Min Vietnam Februari 2018

Trip Personal Shopper Ho Chi Min Vietnam Februari 2018 Starbucks Klia2
Sementara nak tunggu check in tu, singgah kat Starbucks jap. Cuba kopi ni, Cafe Lathe. Sedap jugak. Hilang mengantuk jap. Perut tengah lapar pulak tu.

Trip Personal Shopper Ho Chi Min Vietnam Februari 2018

Trip Personal Shopper Ho Chi Min Vietnam Februari 2018
Kluar dari tempat ambik luggage akan jumpa kaunter-kaunter yang jual telco camni..

Sampai kat Tan Son Nhat Airport dalam pukul 3.30 cam tu… dah selesai semua urusan pemeriksaan Imigresen , abam terus belikan sim card telco yang ada jual kat luar pintu masuk airport ni. Abam ambik pakej internet unlimited Rm40.

Trip Personal Shopper Ho Chi Min Vietnam Februari 2018
Abam ambik pakej unlimited internet, pakai lah sampai muntah 😁

Kali ni nak berjimat sket, tak ambik 2 sim card tapi abam letak dalam 1 phone dan set kan sebagai mobile ho spot, so boleh kongsi dengan wife abam sekali.

Kalau korang nak berjimat, korang boleh gunakan khidmat uber atau grab untuk ke destinasi yang korang nak pegi. Dari airport tu abam gunakan khidmat uber 7 seater, caj nya D 14100. Kalau dalam Rm lebih kurang Rm3.50 camtu jer. Biasanya kalau teksi, caj lebih kurang double dari caj uber/grab. Tapi terpulang kepada keselesaan koranglah, kalau rasa teksi lebih selesa..ambik jer teksi. Kalau ada ada budget lebih boleh tempah tourist guide dari sana, diorang akan bawa korang ikut mana korang nak pegi.

Trip Personal Shopper Ho Chi Min Vietnam – Penginapan

Trip Personal Shopper Ho Chi Min Vietnam Februari 2018
Kredit to booking.com

Kalau trip sebelum ni, abam selalu stay kat Hotel Xavier jer, tapi kali ni rasa nak cuba kat hotel baru pulak lah. Jadi kami decide tempah kat Hotel Pravina pulak. Kami dah tempah siap-siap sebelum datang. Nak mudah boleh gunakan  web TRAVELOKA . Lokasi hotel Pravina masih lagi dalam kawasan  Ben Than Market, tapi kalau berjalan kaki ambik masa jugak lah, dalam 10 minit camtu. Serius, hotel ni agak jauh kalau nak banding dengan Hotel Xavier. Rasa menyesal plak tak booked Hotel Xavier 😂..Dah la.sekali tu sesat. Cari hotel tak jumpa, dah la bawa barang kat tangan ni banyak..wife dah mencebik sampai lutut.abam nak gelak jer🤣🤣. Jom tengok, abam sikit gambar bilik yang kami menginap kat sini.

Trip Personal Shopper Ho Chi Min Vietnam Februari 2018

Trip Personal Shopper Ho Chi Min Vietnam Februari 2018

Trip Personal Shopper Ho Chi Min Vietnam Februari 2018 Hotel Pravina

Ini pulak bilik Kak Norlaila, bilik ni lagi besar..

Trip Personal Shopper Ho Chi Min Vietnam Februari 2018 Hotel Pravina

Trip personal shopper abam kali abam rasa agak tersilap timing sket sebab masa ni dah hampir dengan perayaan CNY. Kat sini rupanya diorang sambut awal. Kilang-kilang besar ada yang dah tutup dah. Jadi ada order yang abam tak dapat belikan. Nasib baik lah customer abam ni semua sporting, diorang ok jer. Ada juga yang minta abam belikan untuk next trip.
Dalam masa dok bershopping sempat jugak abam buat surprise kat wife abam. Surprise apa? Korang baca kat SINI

Insyaallah, next trip personal shopper pada bulan 3@4 nanti.

Korang nak tips berjimat masa travel kat Ho Chi Minh? Next entri abam cerita k…😁

Trip Personal Shopper Ho Chi Min Vietnam Februari 2018
Shoping Lace untuk customer yang dah order

Trip Personal Shopper Ho Chi Min Vietnam Februari 2018

Baca juga Tips Bercuti & Bershopping kat Ho Chi Minh Vietnam

Baca juga Tips Keselamatan Beg di Airport

3,704 total views, 9 views today

Sharing is caring!

One Reply to “Trip Personal Shopper Ho Chi Min Vietnam Februari 2018”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge