Tips Bersihkan Oven Yang Kotor : Mudah Dan Berkesan

 

Tips Bersihkan Oven Yang Kotor | Mudah dan Berkesan 

Tips Bersihkan Oven : Mudah dan Berkesan| Bila korang selalu gunakan oven untuk buat kek, biskut atau pun selalu gunakan untuk panggangkan ayam contohnya, mesti ada kesan kotor dan kesan minyak yang terpecik melekat pada permukaan dalam oven tu. Tapi korang jangan bimbang sebab ada cara dan tips mudah nak bersihkan oven korang.

Petua nak cuci oven dengan mudah ni sebenarnya di kongsikan oleh Chef Asma. Abam dah pun mencuba tips ni, memang hasilnya cukup terbaik. Hanya menggunakan bahan-bahan yang memang ada di dapur korang sahaja. Jom cuba. Confirm oven korang akan kelihatan lebih bersih lepas ni.

TIPS BERSIHKAN OVEN | MUDAH dan BERKESAN

BAHAN-BAHAN:

2 cawan air – lebih pun boleh
2 cawan cuka
1 cawan baking soda @ soda bikarbonat
Kain buruk
Botol spray
Mangkuk
Berus dawai periuk kasar

CARA-CARA:

● Keluarkan semua perkakasan dalam ketuhar anda ( redai, tray dan sebagainya).

● Campurkan baking soda, air dan cuka kedalam mangkuk. Tujuannya untuk jadikan campuran tu kepada cecair@ pes supaya mudah untuk kita sapukan pada permukaan kotor dan berminyak. ( Masa tuangkan cuka tu, bancuhan akan nampak berbuih.)

● Sapukan cecair @ pes tadi pada permukaan kotor dalam ketuhar. Baking soda akan bertukar jadi warna perang.

● Biarkan selama 12 jam.  Cukup 12 jam ataupun semalaman, ambik kain  atau berus dawai kasar dan gosok hingga hilang kesan minyak pada oven. Pastu lapkan kat permukaan oven tadi singga bersih. Kemudian bilas dengan air sabun pencuci pinggan dan lapkan dengan air dengan menggunakan kain bersih sehingga hilang kesan sabun dan kotoran. Hasilnya, oven korang akan lebih bersih dan berkilat.

Tips Nak Bersihkan Oven Yang Kotor
Sebelum dicuci, permukaan oven ni agak kotor dan kurang berkilat sebab ada kesan minyak
Tips Nak Bersihkan Oven Yang Kotor
Selepas dicuci, oven lebih bersih dan berkilat. Abam pun dengan secara tak lansung kelihatan lebih tampan..auumm 🤣

CARA CUCI PERMUKAAN KACA (PINTU) KETUHAR

Ulang langkah pertama tadi dengan menyediakan pes baking soda. Sapu pes pada kaca kat pintu kaca oven tu dan biar selama 30 minit. Guna kain kain untuk lap dan lepastu bilas dengan air bersih. Pastikan kaca tadi lap hingga betul-betul kering.

PERINGATAN:

JANGAN switch ON oven jika cermin oven masih basah. Pastikan betul-betul kering baru boleh ON .Pastikan bahagian dalam Oven juga benar-benar kering sebelum digunakan. Kalau tak nanti  ia boleh menyebabkan oven berasap dan jika nasib tidak baik, cermin juga akan pecah.Satu lagi, jangan simbah air kat kipas oven tur. Cukuplah sekadar lap hingga bersih.

Tips Bersihkan Oven Yang Kotor : TIP TAMBAHAAN DARI CHEF ASMA

Tips Mudah & Berkesan Nak Bersihkan Oven Yang Kotor

Lebihan cecair bancuhan baking soda tadi jangan dibuang. Apa yang korang boleh buat, korang boleh gunakan untuk merendam acuan biskut, tat dan kuih yang dah berkarat atau pun berminyak.

Caranya, korang rendam jer semalaman . Pastu gosok menggunakan span hingga kotoran hilang. Bersihkan dengan sabun cuci pinggan. Akhir sekali, bilas dengan air bersih. Hasilnya, tadaa….acuan kuih akan berkilat macam baru.

Selamat mencuba 😁

Kredit petua: Chef Asma Nordin

 

Baca juga : Tips 6 Jenis Bahan Yang Mempengaruhi Hasil Biskut Menjadi Lebih Sedap

Nak order barang-barang murah & berkualiti dari Vietnam, jemput ke IG Personal Shopper Vietnam

1,470 total views, 27 views today

Sharing is caring!

3 Replies to “Tips Bersihkan Oven Yang Kotor : Mudah Dan Berkesan”

  1. sampai hari ni belum pernah beli ketuhar macam ni. Hahahaha… masih pakai ketuhar klasik yg bulat tu. Mak saya punya…jarang baking kat rumah ni. Raya pun dah tak buat biskut macam dulu dulu. huhu…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge