Tempahan Brownies Sedap dan Murah di Putrajaya

Brownies, antara dessert yang cukup digemari dan banyak mendapat sambutan pada masa sekarang. Ini kerana rasa brownies ni memang cukup sedap. Cukup popular sebagai juadah kerana ia sesuai untuk semua jenis majlis seperti majlis hari jadi, untuk jamuan mesyuarat, potluck dan lain-lain lagi. Alhamdulillah, di Putrajaya boleh dikatakan setiap hari abam menerima tempahan bukan saja untuk majlis-majlis tapi juga untuk dijadikan hidangan petang, menjamu selera bersama keluarga.

Apa itu Brownies? Apakah perbezaan diantara Brownies dan kek?

Ramai yang bertanyakan soalan ni kat abam. Okeh… membezakan Brownies dan kek adalah dari segi teksturnya. Tekstur kek lebih lembut, manakala tekstur brownies lebih padat, lembap dan apabila dikunyah ia lebih “chewy”, seolah-olah mengunyah gula-gula lembut. Brownies mempunyai  permukaan satu lapisan sangat nipis dan rapuh selepas dibakar akibat pengkaramelan gula. Brownies yang kaya dengan coklat berbanding kek menyebabkan brownies mempunyai peminatnya yang tersendiri. Untuk mendapatkan brownies yang sedap, kandungan coklat yang sesuai dan keseimbangan gula amatlah perlu. Penggunaan coklat yang bermutu tinggi untuk mendapatkan rasa brownies yang lebih sedap dan enak. Sebab itu adanya brownies yang dijual dengan murah dan ada pula yang dijual dengan harga yang lebih tinggi sedikit.

Jom abam kongsikan, antara pilihan brownies yang mendapat banyak sambutan untuk tempahan.

Tempahan Brownies Sedap dan Murah di Putrajaya
Nutella Brownies

Tempahan Brownies Sedap dan Murah di Putrajaya

Tempahan Brownies Sedap dan Murah di Putrajaya
Brownies dengan Nutella dan Strawberry
Tempahan Brownies Sedap dan Murah di Putrajaya
Brownies Tower dihiasi dengan Strawberry dan coklat KitKat,..di tempah untuk meraikan majlis hari jadi.}
Tempahan Brownies Sedap dan Murah di Putrajaya
Brownies dengan Almond dan Walnut.
Tempahan Brownies Sedap dan Murah di Putrajaya
Di tempah untuk majlis hari jadi.
Tempahan Brownies Sedap dan Murah di Putrajaya
Brownies Bites, banyak mendapat tempat untuk majlis kanak-kanak..
Tempahan Brownies Sedap dan Murah di Putrajaya
Plain brownies atau lebih dikenali sebagai Brownies kedut..memang cukup sedap.

Kepada korang yang berada di Putrajaya atau berdekatan, berminat nak tempah brownies yang sedap ni, samada nak makan sendiri ke, Nak buat hadiah atau hantaran kahwin/meminang ke atau apa-apa majlis ke atau yang memang tengah mengidam nak makan tu..boleh ler cepat-cepat whatsapp ke 0196228446.

Yang berada diluar Putrajaya, jangan bimbang..korang pun boleh tempah brownies yang sedap ni. Sebab brownies ni ada yang boleh diposkan keseluruh Malaysia. Wasap jer no tadi tu yer, 0196228446.

Nak tengok-tengok contoh dessert lain?
Boleh ke Instagram abam kat sini.. khas untuk tempahan dessert :
Instagram : Khaisya Delite

Terima kasih sebab sudi singgah 🙂

3,824 total views, 12 views today

Sharing is caring!

One Reply to “Tempahan Brownies Sedap dan Murah di Putrajaya”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge