Trip Personal Shopper Ho Chi Min Vietnam Februari 2018

Trip Personal Shopper Ho Chi Min Vietnam Februari 2018

Trip Personal Shopper Ho Chi Min Vietnam Februari 2018

Trip Personal Shopper Ho Chi Min Vietnam Februari 2018 | Trip personal shopper abam kali ni, hanya dalam 6 orang sahaja, abam bersama wife dan 4 lagi rakan. Trip kali ni agak pendek sket berbanding trip sebelum ni, dari 7hb sampai 9hb Februari. Sebelum ni sampai 4 hari kat sana. Macam biasa, kalau nak ke sana, abam akan servey dulu tiket fligt yang murah.
Untuk trip kali ni, abam menggunakan penerbangan Air Asia. Mungkin untuk next trip nak cuba yang lain pulak.

Trip Personal Shopper Ho Chi Min Vietnam Februari 2018

Trip Personal Shopper Ho Chi Min Vietnam Februari 2018 Starbucks Klia2
Sementara nak tunggu check in tu, singgah kat Starbucks jap. Cuba kopi ni, Cafe Lathe. Sedap jugak. Hilang mengantuk jap. Perut tengah lapar pulak tu.

Trip Personal Shopper Ho Chi Min Vietnam Februari 2018

 

Trip Personal Shopper Ho Chi Min Vietnam Februari 2018
Kluar dari tempat ambik luggage akan jumpa kaunter-kaunter yang jual telco camni..

Sampai kat Tan Son Nhat Airport dalam pukul 3.30 cam tu… dah selesai semua urusan pemeriksaan Imigresen , abam terus belikan sim card telco yang ada jual kat luar pintu masuk airport ni. Abam ambik pakej internet unlimited Rm40.

Trip Personal Shopper Ho Chi Min Vietnam Februari 2018
Abam ambik pakej unlimited internet, pakai lah sampai muntah 😁

Kali ni nak berjimat sket, tak ambik 2 sim card tapi abam letak dalam 1 phone dan set kan sebagai mobile ho spot, so boleh kongsi dengan wife abam sekali.

Kalau korang nak berjimat, korang boleh gunakan khidmat uber atau grab untuk ke destinasi yang korang nak pegi. Dari airport tu abam gunakan khidmat uber 7 seater, caj nya D 14100. Kalau dalam Rm lebih kurang Rm3.50 camtu jer. Biasanya kalau teksi, caj lebih kurang double dari caj uber/grab. Tapi terpulang kepada keselesaan koranglah, kalau rasa teksi lebih selesa..ambik jer teksi. Kalau ada ada budget lebih boleh tempah tourist guide dari sana, diorang akan bawa korang ikut mana korang nak pegi.

Trip Personal Shopper Ho Chi Min Vietnam – Penginapan

Trip Personal Shopper Ho Chi Min Vietnam Februari 2018
Kredit to booking.com

Kalau trip sebelum ni, abam selalu stay kat Hotel Xavier jer, tapi kali ni rasa nak cuba kat hotel baru pulak lah. Jadi kami decide tempah kat Hotel Pravina pulak. Kami dah tempah siap-siap sebelum datang. Nak mudah boleh gunakan  web TRAVELOKA . Lokasi hotel Pravina masih lagi dalam kawasan  Ben Than Market, tapi kalau berjalan kaki ambik masa jugak lah, dalam 10 minit camtu. Serius, hotel ni agak jauh kalau nak banding dengan Hotel Xavier. Rasa menyesal plak tak booked Hotel Xavier 😂..Dah la.sekali tu sesat. Cari hotel tak jumpa, dah la bawa barang kat tangan ni banyak..wife dah mencebik sampai lutut.abam nak gelak jer🤣🤣. Jom tengok, abam sikit gambar bilik yang kami menginap kat sini.

Trip Personal Shopper Ho Chi Min Vietnam Februari 2018

Trip Personal Shopper Ho Chi Min Vietnam Februari 2018

Trip Personal Shopper Ho Chi Min Vietnam Februari 2018 Hotel Pravina

Trip Personal Shopper Ho Chi Min Vietnam Februari 2018 Hotel Pravina

Trip Personal Shopper Ho Chi Min Vietnam Februari 2018 Hotel Pravina

Trip Personal Shopper Ho Chi Min Vietnam Februari 2018 Hotel Pravina

Trip Personal Shopper Ho Chi Min Vietnam Februari 2018 Hotel Pravina
Ini pulak bilik Kak Norlaila, bilik ni lagi besar..

Trip Personal Shopper Ho Chi Min Vietnam Februari 2018 Hotel Pravina

 

Trip personal shopper abam kali abam rasa agak tersilap timing sket sebab masa ni dah hampir dengan perayaan CNY. Kat sini rupanya diorang sambut awal. Kilang-kilang besar ada yang dah tutup dah. Jadi ada order yang abam tak dapat belikan. Nasib baik lah customer abam ni semua sporting, diorang ok jer. Ada juga yang minta abam belikan untuk next trip.
Dalam masa dok bershopping sempat jugak abam buat surprise kat wife abam. Surprise apa? Korang baca kat SINI

Insyaallah, next trip personal shopper pada bulan 3@4 nanti.

Korang nak tips berjimat masa travel kat Ho Chi Minh? Next entri abam cerita k…😁

Trip Personal Shopper Ho Chi Min Vietnam Februari 2018
Shoping Lace untuk customer yang dah order

Trip Personal Shopper Ho Chi Min Vietnam Februari 2018

 

Baca juga Tips Bercuti & Bershopping kat Ho Chi Minh Vietnam

Baca juga Tips Keselamatan Beg di Airport

2,774 total views, no views today

Tips Bercuti dan Shopping di Ho Chi Minh Vietnam

Tips Bercuti dan Shopping di Ho Chi Minh Vietnam

Tips Bercuti dan Shopping di Ho Chi Minh Vietnam

Tips Bercuti dan Shopping di Ho Chi Minh Vietnam
Abam bersama rombongan cik Kiah kat Tan Son Nhat International Airport kat Ho Chi Minh City..

Assalamualaikum hi korang..
Trip untuk personal shopper abam kat Ho Chi Minh Vietnam, tak sampai pun lagi 2 minggu. Abam akan ke sana pada 7hb Februari sehingga 9hb Februari 2018. Trip kali ni agak pendek sket, hanya 2 jer berbanding trip sebelum ni sehingga 4 hari.

Memandangkan abam dah beberapa kali ke Ho Chi Minh, jadi abam nak berkongsi tips untuk korang nak pegi shopping kat sana.

Tips Bercuti dan Shopping di Ho Chi Minh Vietnam

1. Sebelum pegi ke Ho Chi Minh, antara paling utama korang kena buat adalah booking hotel. Korang cari hotel lah hotel yang ada kat area District 1 atau area Kg Malaysia. Abam sarankan kat kawasan ni sebab ramai orang dari Malaysia stay dan shopping kat sini. Kat area sini nak dapafkan makanan halal pun senang. Antara hotel yang korang boleh booking siap-siap secara online ialah Xavier Hotel, Saigon Pink 2, Gia Huy Hotel, Blessing Hotel, Alagon Western Hotel, Cat Hotel,Queen Central Hotel. Untuk memudahkan, korang boleh gunakan www.booking.com atau www.traveloka.com untuk booking.

Tips Bercuti dan Shopping di Ho Chi Minh Vietnam
Ben Than Market
Sumber ilove-vietnam.blogspot
Tips Bercuti dan Shopping di Ho Chi Minh Vietnam
Sekitar kawasan Kg Malaysia

2. Masa abam pegi sana, abam dah prepare 3 jenis matawang. USD, Ringgit & Dong. Untuk shopping kat area Ben Than Market, pasar malam & kedai-kedai sekitar Kg Malaysia, korang boleh gunakan Ringgit Malaysia atau Dong. USD ni korang boleh gunakan untuk bayar hotel atau time sesak nak tukarkan ke Dong tu boleh dapat nilai yang tinggi sket. Tapi jangan bimbang kalau korang datang shopping kat area Kg Malaysia & Ben Thant Market ni, kebanyakan kedai terima Ringgit Malaysia.

Kat sana kalau korang tersiok shopping ke sampai duit cash tak cukup, korang boleh gunakan ATM mesin yang ada dalam Ben Thant Market. Tapi pastikan korang terlebih dulu dah set kan untuk pengeluaran antarabangsa. Caj sebanyak Rm13 akan dikenakan untuk setiap pengeluaran.

3. Masa hari pertama, jangan terlalu ghairah nak terus shopping. Pegi servey dulu. Bandingkan harga. Masuk hari ke dua baru start shopping. Masa nak beli pun jangan terus terima harga yang penjual bagi. Cuba minta kurangkan sehingga korang rasa barang yang korang nak beli tu memang logik harga nya. Contoh lah, katakan korang nak beli tshirt yang tulis Visit Vietnam tu. Biasanya diorang bagi harga antara Rm12-Rm15 sehelai. Cuba minta kurangkan sampai bawah Rm10.

Tips Bercuti dan Shopping di Ho Chi Minh Vietnam
Masing-masing sibuk pilih lace untuk customer yang order..

Ada peniaga kat sana yang percaya konsep “pecah telur”. Maksudnya kalau korang ni pelanggan yang terawal, mungkin rezeki korang akan dapat harga special dari peniaga tadi. Jadi shopping lah masa diorang baru buka kedai tu.

Tips Bercuti dan Shopping di Ho Chi Minh Vietnam
Pasar malam bermula jam 8 malam, dekat jer area Kg Malaysia dan Ben Than Market

4. Berhati-hati dengan penjual kacang, penjual kelapa dan tukang cuci/gilap kasut. Diorang biasanya suka paksa kita beli. Untuk yang cuci kasut ni abam dah 2, 3 diorang siap paksa ambik servis diorang. Tektiknya, diorang akan ofer yang murah kemudia bila kita dah terima, lepas dia akan caj mahal dengan kita. Kalau diorang approch korang, tolak request diorang dengan tegas. Kalau diorang follow, paksa jugak..korang masuk jer ke kedai atau restoran.

Tips Bercuti dan Shopping di Ho Chi Minh Vietnam
Makan kongsi ramai-ramai camni lebih jimat

5. Kalau korang stay atau shopping berdekatan Ben Than Market dan Kg Malaysia, korang jangan risau takut susah nak cari makan. Kat sini korang boleh cuba makanan kat kedai Haji Osman, Hajah Aisyah, Hj Basiroh. Terus terang abam bagitau harga agak sedikit mahal. Nasi goreng atau sepinggan mee ke, harga dalam Rm10 camtu.

6. Kalau korang nak jimat, korang boleh bawa makanan segera macam megi ke, lauk segera ke.. bawa jer travel rice cooker yang kecik tu, masak kat bilik. Boleh servey travel rice cooker ni kat www.shoppee.com. Harga dalam Rm44-Rm60 sahaja.

Tips Bercuti dan Shopping di Ho Chi Minh Vietnam

7. Kalau dah kat area Kg Malaysia ada orang jual kopi ais atas motor atau tepi-tepi kedai. Kopi ais kat sini memng terbaik, rasa memang kaw punya.. Harga dalam RM3.00 je satu cup panjang. Antara abam akan buat entri khas untuk street food kat sekitar Kg Malaysia pulak ya..

8. Kat sini kalau korang yang jenis kaki shopping kain lace, shawl, beg ke..memang rambang mata. Dah lah harga murah, kualiti memang terbaik kalau pandai cari tempatnya. Contoh kain lace yang dijual kat butik-butik besar kat Kuala Lumpur, kat sana korang boleh dengan harga yang lebih murah.

Tips Bercuti dan Shopping di Ho Chi Minh Vietnam
Kat salah satu kedai yang menjual kain lace di Ben Than Market

9. Kat sana, kalau korang beli kain lace, korang boleh terus tempah jahit kat kedai tadi. Bagitau jer design apa korang nak buat. Cuma pastikan korang kena tempah dihari pertama/kedua korang kat sana. Supaya kalau lah ada nak betulkan, mungkin ketat ke atau nak longgarkan sikit, korang masih ada masa nak minta tailor betulkan. Harga tempahan antara Rm80-Rm120 bergantung kepada kedai & design baju korang nak buat.

10. Pastikan korang periksa betul-betul ukuran kain yang dipotong oleh kedai. Pastikan ukuran sama seperti yang korang minta. Ada kedai yang bagi servis hantar barang yang korang beli terus ke hotel. Ini pun korang mesti pastikan barangan korang cukup & betul masa di kedai lagi. Kalau kedai tu dekat dengan hotel, pegi lah bawa balik sendiri. Lebih selamat.

11. Kalau korang pertama kali ke Vietnam ni, mesti keliru pasal lalu lintas kat sana. Kat Vietnam ni diorang left hand drive. Kalau nak melntas jalan, kena berhati-hati sebab banyak motosikal yang suka meyelit dicelah-celah kereta.

12. Untuk kaum perempuan, masa nak jalan-jalan tu kena berhati-hati sebab taku yang meragut nanti.

13.  Kat sini kalau korang nak gunakan teksi, boleh gunakan perkhidmatan dari syarikat Vinasun atau Mai Linh Taxi. Kalau korang nak beli sim card, boleh beli masa korang kat airport. Abam selalu beli line VinaPhone, ambik pakej unlimited data, Rm50 sahaja.

14. Kat sini, selain dari lace, kain..korang boleh beli tudung/shawl berjenama terkenal yang ada kat Malaysia macam Nealofa, Ariani, Duck dan banyak lagi jenama lain.  Telekung Siti Khatijah pun ada kat sini. Kalau korang nak order dengan abam pun boleh nanti..😁

Tips Bercuti dan Shopping di Ho Chi Minh Vietnam
Big bos tengah pilih shawl dan telekung yang di order oleh pelanggan

15. Boleh katakan peniaga kat sini cara diorang menjual agak kasar. Kekadang kita baru pegang kain, dia dah siap nak bungkus dah. Ada peniaga kat yang suka memaksa kita beli, kalau kita tak beli kadang kala dihalaunya kita. Jadi pastikan korang betul-betul berkenan dengan barang yang korang nak tu baru tanya. Jangan cepat sentap dengan cara diorang berniaga, kalau dia macam marah ke buat muka tak tau jer. Pegi cari kat kedai lain pulak. Rajin-rajin bertegur sapa dengan pelancong dari Malaysia, mana lah tau kan ada yang boleh kongsikan kedai yang ok untuk korang shopping.

Tips Bercuti dan Shopping di Ho Chi Minh Vietnam

Kepada korang yang berhasrat nak sini, boleh jadi kan Tips Bercuti dan Shopping di Ho Chi Minh Vietnam sebahgian dari rujukan korang kat sana. Selamat bercuti, happy travel k…😊

Baca juga : Rabbit Fun Land Lenggeng

 

12,984 total views, 2 views today