Aplikasi CANNIS : Aplikasi Terbaru Dengan Pelbagai Fungsi

CANNIS APLIKASI TERBARU DENGAN FUNGSI 7 DALAM 1

Assalamualaikum, hai korang. Semakin bertambah maju teknologi telefon pintar, semakin bertambah aplikasi yang mempunyai pelbagai fungsi untuk kehidupan kita. Antara aplikasi ini ialah Cannis Aplikasi Terbaru Dengan Fungsi 7 Dalam 1.

CANNIS APLIKASI TERBARU DENGAN FUNGSI 7 DALAM 1

Cannis Aplikasi Terbaru Dengan Fungsi 7 Dalam 1

Apa sebenarnya Cannis Aplikasi Terbaru Dengan Fungsi 7 Dalam 1 ni? Dengan E-Dagang, membeli belah, penyiaran secara langsung dan Blockchain, aplikasi Cannis ni boleh dikatakan meliputi asas harian seperti makanan, minuman, hiburan, pakaian dan merangsang model perniagaan serta memacu gelombang baru aplikasi.

Cannis Group ini di pengerusikan oleh Puteri Mahkota Duli Yang Maha Mulia kekanda Sultan Selangor iaitu Sultan Sharafuddin Idris Al-Haj dan dibantu beratus-ratus syarikat terkenal yang mahir dalam latihan korporat dan sangat berpengalaman. Beliau juga turut dibantu oleh Naib Pengerusi, Tan Sri Dato Ong Tee Keat serta Dr. Azman Chin selaku Ketua Pegawai Eksekutif.

CANNIS APLIKASI TERBARU DENGAN FUNGSI 7 DALAM 1

Menurut Naib Pengerusi Cannis, Tan sri Dato Sri Ong Tee Keat berkata pertumbuhan pesat pengguna media sosial China, kadar penembusan telah meningkat dengan ketara, dan kebangkitan blokchain telah membatalkan industri semasa dan operasi sosial. Blockchain, kebijaksanaan dan Internet adalah antara tiga teknologi teratas yang China perlu perkukuhkan.

CANNIS APLIKASI TERBARU DENGAN FUNGSI 7 DALAM 1
“Siaran langsung telah memulakan rangkaian sosialnya pada 2016. Skala siaran langsung dalam talian China hampir 58 bilion yuan. Analisa domestik China menjangka industri siaran langsung akan melebihi 100 bilion yuan pada 2018. Hari ini siaran langsung menjadi fenomena sosial, dan produk komersial juga.” 

Kata Naib Pengerusi.. Beliau percaya bahawa ekonomi siaran langsung, belanja dalam talian, dan blokchain yang dianggap sebagai teknologi baru yang akan menggantikan ekonomi rangkaian semasa, pasti akan merangsang gelombang baru model perniagaan, dan Cannis akan menjadi era baru pengguna Internet, aplikasi wajib dalam telefon pintar.

“Cannis adalah platform merintis perancangan program, teknologi produk, promosi operasi dan visualisasi data. Ia mempunyai hampir 100 jurutera profesional dan pasukannya mempunyai keupayaan penyelidikan dan pembangunan yang kuat. “

Sejak Mac tahun ini, Cannis telah memperolehi syarikat-syarikat teknologi berturut-turut termasuk Internet, permainan dalam talian, peranti mudahalih, dan perkongsian data yang besar, dan pada masa yang sama, ia telah menjadi rakan kongsi Google, dan meningkatkan kebolehbacaan APP Cannis, dan keselamatan sistem

CANNIS APLIKASI TERBARU DENGAN FUNGSI 7 DALAM 1

Azman Chin berkata bahawa Cannis adalah platform penyokong peminat dan pengikut pertama di dunia. Pada masa kini tidak perlu memuat turun berbilang aplikasi, selagi anda mempunyai Cannis, anda boleh memenuhi semua keperluan peminat.Beliau merujuk kepada falsafah perniagaan Cannis mengenai “anda fikir, kami membinanya”, membina media sosial dengan fungsi aplikasi yang paling menyeluruh, dan mewujudkan persekitaran ekologi yang paling sesuai untuk perusahaan dan peminat, dan mengumpulkan pangkalan data pengguna global bersama-sama.

“Cannis APP menggabungkan tujuh fungsi paling popular peranti mudahalih, termasuk siaran langsung dalam talian, e-dagang langsung, permainan dalam talian, video pendek, social media, belanja diskaun dan pembayaran digital. Ia akan mengumpul lebih daripada sepuluh ribu pengguna dalam masa 24 jam. “

Beliau berkata bahawa Cannis bukan hanya pentas untuk bakat, cita-cita dan mimpi untuk orang biasa, sistem pembayaran yang dibuat boleh digunakan di 140 negara di seluruh dunia, terutama di Asia Tenggara.

“Di China, nilai pasaran penjualan kedai dan pendapatan pengiklanan pemasaran yang dikendalikan oleh penyiaran secara langsung telah melampaui industri filem. Laporan tanah besar bahkan lebih menegaskan: pengaruh yang lebih berharga daripada bintang filem. ”

CANNIS APLIKASI TERBARU DENGAN FUNGSI 7 DALAM 1

Banyak usahawan dan profesional dari perusahaan terkenal, syarikat modal teroka, blokchain dan bidang berkaitan rangkaian dari pelbagai negara seperti China, Hong Kong, Indonesia, Kemboja, Korea Selatan, India, Rusia dan lain-lain telah menghadiri persidangan besar pelancaran Cannis APP.. Para tetamu utama yang menghadiri persidangan itu termasuk industri teknologi, internet dan industri blockchain, serta pemimpin dari kalangan politik dan perniagaan, persatuan industri yang relevan di China, agensi kerajaan dan organisasi yang berkaitan. Mereka menantikan potensi pembangunan masa depan Cannis APP.

CANNIS APLIKASI TERBARU DENGAN FUNGSI 7 DALAM 1

Rupanya memang banyak kelebihan aplikasi Cannis ni kan? Yang kaki shopping tu mesti tak sabar nak cuba aplikasi ni, boleh shopping online nanti. Aplikasi Cannis ini korang boleh downlod di Google Play Store tetapi untuk pengguna Apple belum terdapat lagi aplikasi ini di Apple Play Store. Walau bagaimanapun, korang masih boleh install melalui http://api.ickapay.com/download/index.html dan ikuti arahan yang diberikan.

Maklumat lanjut : CANNIS APLIKASI TERBARU DENGAN FUNGSI 7 DALAM 1

Untuk maklumat lanjut, sila layari :-

Website

https://www.cannis.app

Instagram

https://www.instagram.com/CannisApp/

Facebook

https://www.facebook.com/CannisApp

780 total views, 3 views today

Tips Bercuti dan Shopping di Ho Chi Minh Vietnam

Tips Bercuti dan Shopping di Ho Chi Minh Vietnam

Tips Bercuti dan Shopping di Ho Chi Minh Vietnam

Tips Bercuti dan Shopping di Ho Chi Minh Vietnam
Abam bersama rombongan cik Kiah kat Tan Son Nhat International Airport kat Ho Chi Minh City..

Assalamualaikum hi korang..
Trip untuk personal shopper abam kat Ho Chi Minh Vietnam, tak sampai pun lagi 2 minggu. Abam akan ke sana pada 7hb Februari sehingga 9hb Februari 2018. Trip kali ni agak pendek sket, hanya 2 jer berbanding trip sebelum ni sehingga 4 hari.

Memandangkan abam dah beberapa kali ke Ho Chi Minh, jadi abam nak berkongsi tips untuk korang nak pegi shopping kat sana.

Tips Bercuti dan Shopping di Ho Chi Minh Vietnam

1. Sebelum pegi ke Ho Chi Minh, antara paling utama korang kena buat adalah booking hotel. Korang cari hotel lah hotel yang ada kat area District 1 atau area Kg Malaysia. Abam sarankan kat kawasan ni sebab ramai orang dari Malaysia stay dan shopping kat sini. Kat area sini nak dapafkan makanan halal pun senang. Antara hotel yang korang boleh booking siap-siap secara online ialah Xavier Hotel, Saigon Pink 2, Gia Huy Hotel, Blessing Hotel, Alagon Western Hotel, Cat Hotel,Queen Central Hotel. Untuk memudahkan, korang boleh gunakan www.booking.com atau www.traveloka.com untuk booking.

Tips Bercuti dan Shopping di Ho Chi Minh Vietnam
Ben Than Market
Sumber ilove-vietnam.blogspot
Tips Bercuti dan Shopping di Ho Chi Minh Vietnam
Sekitar kawasan Kg Malaysia

2. Masa abam pegi sana, abam dah prepare 3 jenis matawang. USD, Ringgit & Dong. Untuk shopping kat area Ben Than Market, pasar malam & kedai-kedai sekitar Kg Malaysia, korang boleh gunakan Ringgit Malaysia atau Dong. USD ni korang boleh gunakan untuk bayar hotel atau time sesak nak tukarkan ke Dong tu boleh dapat nilai yang tinggi sket. Tapi jangan bimbang kalau korang datang shopping kat area Kg Malaysia & Ben Thant Market ni, kebanyakan kedai terima Ringgit Malaysia.

Kat sana kalau korang tersiok shopping ke sampai duit cash tak cukup, korang boleh gunakan ATM mesin yang ada dalam Ben Thant Market. Tapi pastikan korang terlebih dulu dah set kan untuk pengeluaran antarabangsa. Caj sebanyak Rm13 akan dikenakan untuk setiap pengeluaran.

3. Masa hari pertama, jangan terlalu ghairah nak terus shopping. Pegi servey dulu. Bandingkan harga. Masuk hari ke dua baru start shopping. Masa nak beli pun jangan terus terima harga yang penjual bagi. Cuba minta kurangkan sehingga korang rasa barang yang korang nak beli tu memang logik harga nya. Contoh lah, katakan korang nak beli tshirt yang tulis Visit Vietnam tu. Biasanya diorang bagi harga antara Rm12-Rm15 sehelai. Cuba minta kurangkan sampai bawah Rm10.

Tips Bercuti dan Shopping di Ho Chi Minh Vietnam
Masing-masing sibuk pilih lace untuk customer yang order..

Ada peniaga kat sana yang percaya konsep “pecah telur”. Maksudnya kalau korang ni pelanggan yang terawal, mungkin rezeki korang akan dapat harga special dari peniaga tadi. Jadi shopping lah masa diorang baru buka kedai tu.

Tips Bercuti dan Shopping di Ho Chi Minh Vietnam
Pasar malam bermula jam 8 malam, dekat jer area Kg Malaysia dan Ben Than Market

4. Berhati-hati dengan penjual kacang, penjual kelapa dan tukang cuci/gilap kasut. Diorang biasanya suka paksa kita beli. Untuk yang cuci kasut ni abam dah 2, 3 diorang siap paksa ambik servis diorang. Tektiknya, diorang akan ofer yang murah kemudia bila kita dah terima, lepas dia akan caj mahal dengan kita. Kalau diorang approch korang, tolak request diorang dengan tegas. Kalau diorang follow, paksa jugak..korang masuk jer ke kedai atau restoran.

Tips Bercuti dan Shopping di Ho Chi Minh Vietnam
Makan kongsi ramai-ramai camni lebih jimat

5. Kalau korang stay atau shopping berdekatan Ben Than Market dan Kg Malaysia, korang jangan risau takut susah nak cari makan. Kat sini korang boleh cuba makanan kat kedai Haji Osman, Hajah Aisyah, Hj Basiroh. Terus terang abam bagitau harga agak sedikit mahal. Nasi goreng atau sepinggan mee ke, harga dalam Rm10 camtu.

6. Kalau korang nak jimat, korang boleh bawa makanan segera macam megi ke, lauk segera ke.. bawa jer travel rice cooker yang kecik tu, masak kat bilik. Boleh servey travel rice cooker ni kat www.shoppee.com. Harga dalam Rm44-Rm60 sahaja.

Tips Bercuti dan Shopping di Ho Chi Minh Vietnam

7. Kalau dah kat area Kg Malaysia ada orang jual kopi ais atas motor atau tepi-tepi kedai. Kopi ais kat sini memng terbaik, rasa memang kaw punya.. Harga dalam RM3.00 je satu cup panjang. Antara abam akan buat entri khas untuk street food kat sekitar Kg Malaysia pulak ya..

8. Kat sini kalau korang yang jenis kaki shopping kain lace, shawl, beg ke..memang rambang mata. Dah lah harga murah, kualiti memang terbaik kalau pandai cari tempatnya. Contoh kain lace yang dijual kat butik-butik besar kat Kuala Lumpur, kat sana korang boleh dengan harga yang lebih murah.

Tips Bercuti dan Shopping di Ho Chi Minh Vietnam
Kat salah satu kedai yang menjual kain lace di Ben Than Market

9. Kat sana, kalau korang beli kain lace, korang boleh terus tempah jahit kat kedai tadi. Bagitau jer design apa korang nak buat. Cuma pastikan korang kena tempah dihari pertama/kedua korang kat sana. Supaya kalau lah ada nak betulkan, mungkin ketat ke atau nak longgarkan sikit, korang masih ada masa nak minta tailor betulkan. Harga tempahan antara Rm80-Rm120 bergantung kepada kedai & design baju korang nak buat.

10. Pastikan korang periksa betul-betul ukuran kain yang dipotong oleh kedai. Pastikan ukuran sama seperti yang korang minta. Ada kedai yang bagi servis hantar barang yang korang beli terus ke hotel. Ini pun korang mesti pastikan barangan korang cukup & betul masa di kedai lagi. Kalau kedai tu dekat dengan hotel, pegi lah bawa balik sendiri. Lebih selamat.

11. Kalau korang pertama kali ke Vietnam ni, mesti keliru pasal lalu lintas kat sana. Kat Vietnam ni diorang left hand drive. Kalau nak melntas jalan, kena berhati-hati sebab banyak motosikal yang suka meyelit dicelah-celah kereta.

12. Untuk kaum perempuan, masa nak jalan-jalan tu kena berhati-hati sebab taku yang meragut nanti.

13.  Kat sini kalau korang nak gunakan teksi, boleh gunakan perkhidmatan dari syarikat Vinasun atau Mai Linh Taxi. Kalau korang nak beli sim card, boleh beli masa korang kat airport. Abam selalu beli line VinaPhone, ambik pakej unlimited data, Rm50 sahaja.

14. Kat sini, selain dari lace, kain..korang boleh beli tudung/shawl berjenama terkenal yang ada kat Malaysia macam Nealofa, Ariani, Duck dan banyak lagi jenama lain.  Telekung Siti Khatijah pun ada kat sini. Kalau korang nak order dengan abam pun boleh nanti..😁

Tips Bercuti dan Shopping di Ho Chi Minh Vietnam
Big bos tengah pilih shawl dan telekung yang di order oleh pelanggan

15. Boleh katakan peniaga kat sini cara diorang menjual agak kasar. Kekadang kita baru pegang kain, dia dah siap nak bungkus dah. Ada peniaga kat yang suka memaksa kita beli, kalau kita tak beli kadang kala dihalaunya kita. Jadi pastikan korang betul-betul berkenan dengan barang yang korang nak tu baru tanya. Jangan cepat sentap dengan cara diorang berniaga, kalau dia macam marah ke buat muka tak tau jer. Pegi cari kat kedai lain pulak. Rajin-rajin bertegur sapa dengan pelancong dari Malaysia, mana lah tau kan ada yang boleh kongsikan kedai yang ok untuk korang shopping.

Tips Bercuti dan Shopping di Ho Chi Minh Vietnam

Kepada korang yang berhasrat nak sini, boleh jadi kan Tips Bercuti dan Shopping di Ho Chi Minh Vietnam sebahgian dari rujukan korang kat sana. Selamat bercuti, happy travel k…😊

Baca juga : Rabbit Fun Land Lenggeng

 

35,284 total views, 176 views today