Resepi Fruits Pastry Cake Yang Sedap Dan Mudah

Fruits Pastry Cake

Resepi Fruits Pastry Cake Yang Sedap Dan Mudah

Fruits Pastry Cake

Kalau korang follow IG abam yang satu lagi ni, IG Khaisya Delite mungkin korang akan perasan abam ada buat jugak kek viral yang tengah hot sekarang ni iaitu Fruits Pastry Cake.

Sebenarnya Fruits Pastry Cake ni dah lama dah popular. Cuma baru-baru kek ni dapat perhatian semula dikalangan bakers. Rasanya yang sedap, ditambah dengan ada rasa masam manis dari buah-buahan pastu rupanya agak menarik, mungkin menjadikan kek ni viral semula.

Kalau korang rajin search resepi Fruits Pastry Cake ni samada kat Google ke atau kat Facebook ke..ramai yang dah berkongsi resepi Fruits Pastry Cake ni. Tapi antara banyak-banyak reaepi yang abam dah cuba, resepi kat bawah ni abam boleh katakan yang paling sedap.

Fruits Pastry Cake

FRUITS PASTRY CAKE

100 gm unsalted Pure Butter
160 gm gula castor ( resepi asal 200 gm ) 20 gm lagi ita gaul dengan buah
50 gm sour cream atau boleh guna yogurt
3 biji telur saiz A
1 sudu teh esen vanilla
1 biji orange – parut kulitnya aje ( resepi asal lemon )
210 gm tepung gandum
1 sudu teh baking powder
500 gm buah-buah citrus ( strawberry, blueberry, peach, resberry dll)
– abam gunakan buah peach, strawberi, kiwi dan blueberry.

Satukan tepung gandum dengan baking powder dan ayak ( ada orang letak sikit tepung jagung, sebagai contoh dia akan kurangkan 20 gm  sukatan tepung gandum dan tambahkan dengan 20 gm tepung jagung)

Buah-buah seperti kiwi, peach dan strawberi dibasuh sehingga bersih dan toskan. Untuk pic abam gunakan yang dalam tin tu. Kemudian di potong ke bentuk yang sesuai, kalau saiz buah tu agak besar. Kemudian cuci bersih dan toskan.
Lepas tu gaul dengan 20 gm gula atau 2 sudu besar gula.

Dalam mixer, putar butter , sour cream dengan gula hingga menjadi putih dan gebu.

Kemudian, Masukkan telur satu persatu dan terus putar.

Adunan akan jadi becah atau berbintil-bintil (itu normal)

Masukkan vanilla dan kulit orange dan terus putar

Tutup mixer

Masukkan tepung dan kaup balik rata

Keadaan adunan tadi akan jadi agak pekat.

Tuang dalam loyang 8 inc yang dilapik kertas dan sapukan sedikit butter pada permukaan tu.

Kemudian ratakan adunan.

Taburkan buah-buahan atas adunan tadi

Panaskan oven dahulu. Kemudian adunan tadi dibakar dalam oven pada suhu 170C selama 45 – 1 jam atau sehungga adunan masak sempurna dan permukaan atasnya golden brown.
Suhu ni kekadang bergantung kepada jenis oven. Kalau korang pernah masak kek dalam oven korang tu, boleh gunakan suhu dan masa yang sama.

Kemudian untuk memastikan kek tadi tu masak dengan sempurna atau tak, cucuk kan lidi atau cake tester kat bahagian tengah kek.

Senang jer kan nak buat Fruits Pastry Cake ni kan? Tapi abam paham ramai antara korang cukup berminat nak buat tapi kekadang masa jer takda kan… Jadi jangan bimbang terutama korang yang dok dalam kawasan Putrajaya atau Cyberjaya. Korang boleh jer order dengan Khaisya Delite. Insyaallah berbaloi dan memang puas hati ūüėĀ

Fruits Pastry Cake

Terima kasih sebab sudi singgah kat blog abam.

Resepi Asal : Azlita Masam Manis

Baca juga : Resepi Brownies Yang Mudah

702 total views, 12 views today

Resepi Ayam Panggang Lada Hitam

Hi Assalamualaikum..hi korang..

Dalam entri sebelum ni,  abam ada ceritera kat korang...masuk jer tahun 2017 ni, dengan azam baru nak jaga pemakanan semula dengan nak rajin  pegi gym balik. Almaklum bila nak masuk 40s ni, antara benda paling penting nak kena jaga, pasal kesihatan lah kan..

Dalam bab nak turun kan berat badan atau dengan kata lain, nak hilangkan lemak kat badan ni, yang paling utama sebenarnya kena jaga apa yang kita makan. Bukan senang sebenarnya nak lawan nafsu makan ni tau..tambah-tambah pulak dok pi makan kat restoran..tengok menu ni sedap..tengok menu itu sedap…akhir semuanya dibalun..abis diet hehhe..

Jadi tengah ada mood rajin nak masak ni, abam cuba cari-cari resepi yang sedap dan abam terjumpa kat blog sahabat abam ni, si Cik Mat Gebu heheh…rasanya resepi agak sihat untuk abam kongsikan dengan korang..

Resepi Ayam Panggang Lada Hitam

Bahan-bahannya :

Bahan A

  • 10¬†ketul ayam¬†bersaiz sederhana, abam lebih sukakan bahagian isi
  • 8¬†camca besar sos lada hitam
  • 2¬†camca besar madu
  • 2¬†camca besar¬†sos ikan
  • Daun salad untuk hiasan*mengikut resepi asal, Cik Mat menggunakan kicap cair, tapi disebabkan kat umah abam takdo..jadi abam gunakan apa yang ada jer…masa tu yang ada hanya sos ikan…

    Bahan B – Di kisar halus

  • 2¬†inci halia
  • 4¬†batang serai, hiris halus
  • ¬†1¬†inci lengkuas
  • ¬†6-8¬†biji bawang merah
  • ¬†5¬†ulas bawang putih
  • ¬†1-2¬†camca besar ketumbar
  • ¬†1-2 camca teh jintan manis
  • ¬†1/2-1 inci kunyit hidup

Cara-cara membuatnya : 

  • Bahagian ayam yang dah dibersihkan dikelar-kelar atau dicucuk-cucuk dengan garfu dan kemudian dimasukan bahan-bahan B iaitu bahan yang telah kita kisarkan tadi. Tambahkan sos ikan atau kicap cair dan jugak madu. Tujuan dicucuk-cucuk dengan atau dikelar kat ayam tu untuk bagi senang bahan-bahan perap ni masuk dan meresap kat isi ayam tu.. perapkan¬†dalam peti ais dalam 5-6 jam.
  • Macam jugak Cik Mat, abam juga gunakan pemanggang ajaib untuk memanggang ayam ni…mudah dan cepat. Gunakan api yang sederhana, dan balik-balikkan ayam tadi semasa proses memasak. Boleh sapukan bahan perapan tadi semasa proses memanggang tadi. Bila dah masak,boleh dihidangkan dan dihiaskan dengan daun salad.

Untuk resepi ni abam perapkan ayam tu dalam kuantiti yang banyak. Kemudian abam akan bahagikan dalam 2-3 ketul dalam 1 bekas. Tujuannya untuk jimatkan masa. Jadi bila nak makan jer, nyah beku dulu pastu dah boleh panggang dah.
Okeh selamat mencuba resepi sihat ni, kredit untuk Cik Mat Gebu.

 

8,652 total views, 6 views today