Resepi Ayam Masak Sos Simple, Mudah, Cepat dan Sedap

Resepi Ayam Masak Sos Simple, Mudah, Cepat dan Sedap

Resepi Ayam Masak Sos Simple, Mudah, Cepat dan Sedap

Hari ni kena turn abam masak plak untuk anak-anak. Kalau abam masak, macam biasalah abam cari menu simple, mudah dan yang pasti anak-anak suka nak makan. Jadi hari ni, abam nak kongsikan resepi abam masak hari ni, Resepi Ayam Masak Sos.

Resepi Ayam Masak Sos Simple, Mudah, Cepat dan Sedap
Resepi Ayam Masak Sos Simple, Mudah, Cepat dan Sedap

Bahan-bahan untuk

– Ayam – 8 ketul

Bahan untuk ditumbuk atau dikisarkan :

– Bawang merah – 3 ulas
– Bawang putih – 3 ulas
– Bawang besar – 2 biji

Bahan yang dipotong/dihiris :

– Halia – 3 inci
– Cili padi / cili kampung – 2-3 biji ( kalau nak pedas boleh tambah lagi)

Bahan untuk kuah

– Sos cili – 4-5 sudu
– Sos tiram – 2 sudu
– Sedikit air
– Minyak masak secukupnya
– Garam – Secukupnya
– Gula – secukupnya

Cara-caranya :

Panaskan kuali dan masukan minyak yang cukup untuk menggoreng ayam.
Gorengkan ayam sehingga separuh masak dan angkat dari kuali.
Gunakan baki minyak yang guna untuk goreng ayam tadi, dalam 4-5 sudu minyak untuk menumis bahan yang kita kisar tadi (bawang merah, bawang putih, dan bawang besar). Tumis kan sehingga naik bau.

Pastu masukkan cili padi dan halia yang dipotong kecil tadi dan kacau sehingga rata.
Kemudian tambahkan soso cili dan sps tiram dan kacau sehingga kuahnya sebati. Tambah sedikit air. Sambung lagi kacau . Biarkan sebentar sehingga kuah pecah minyak.

Rasa sedikit kuah tadi.kalau perlu ditambah garam atau gula..tambahkan secukup rasa. abam tak tambah pun sebab rasa dari sos cili dan sos tiram tadi pun dah ok.

Kemudian masukan ayam dan gaul sehingga semua sebati..
Lupa nak tambah tadi…abam tambah kan hirisan bawang holland, tomato & capsicum . Abam masukan masa dekat-dekat nak masak.

Hidangkan panas-panas..makan dengan nasik putih saja pun ok dah.
Terima sebab sudi singgah kat blog abam ni.Nanti boleh ler cuba Resepi Ayam Masak Sos Simple, Mudah, Cepat dan Sedap ni ya ūüėč

Resepi Ayam Masak Sos Simple, Mudah, Cepat dan Sedap1

 

Menu asal dari Blog Rahmat RMD

Baca juga Resepi Mee Goreng Mudah dan Sedap,

25,690 total views, 102 views today

Resepi Ayam Panggang Lada Hitam

Hi Assalamualaikum..hi korang..

Dalam entri sebelum ni,  abam ada ceritera kat korang...masuk jer tahun 2017 ni, dengan azam baru nak jaga pemakanan semula dengan nak rajin  pegi gym balik. Almaklum bila nak masuk 40s ni, antara benda paling penting nak kena jaga, pasal kesihatan lah kan..

Dalam bab nak turun kan berat badan atau dengan kata lain, nak hilangkan lemak kat badan ni, yang paling utama sebenarnya kena jaga apa yang kita makan. Bukan senang sebenarnya nak lawan nafsu makan ni tau..tambah-tambah pulak dok pi makan kat restoran..tengok menu ni sedap..tengok menu itu sedap…akhir semuanya dibalun..abis diet hehhe..

Jadi tengah ada mood rajin nak masak ni, abam cuba cari-cari resepi yang sedap dan abam terjumpa kat blog sahabat abam ni, si Cik Mat Gebu heheh…rasanya resepi agak sihat untuk abam kongsikan dengan korang..

Resepi Ayam Panggang Lada Hitam

Bahan-bahannya :

Bahan A

  • 10¬†ketul ayam¬†bersaiz sederhana, abam lebih sukakan bahagian isi
  • 8¬†camca besar sos lada hitam
  • 2¬†camca besar madu
  • 2¬†camca besar¬†sos ikan
  • Daun salad untuk hiasan*mengikut resepi asal, Cik Mat menggunakan kicap cair, tapi disebabkan kat umah abam takdo..jadi abam gunakan apa yang ada jer…masa tu yang ada hanya sos ikan…

    Bahan B – Di kisar halus

  • 2¬†inci halia
  • 4¬†batang serai, hiris halus
  • ¬†1¬†inci lengkuas
  • ¬†6-8¬†biji bawang merah
  • ¬†5¬†ulas bawang putih
  • ¬†1-2¬†camca besar ketumbar
  • ¬†1-2 camca teh jintan manis
  • ¬†1/2-1 inci kunyit hidup

Cara-cara membuatnya : 

  • Bahagian ayam yang dah dibersihkan dikelar-kelar atau dicucuk-cucuk dengan garfu dan kemudian dimasukan bahan-bahan B iaitu bahan yang telah kita kisarkan tadi. Tambahkan sos ikan atau kicap cair dan jugak madu. Tujuan dicucuk-cucuk dengan atau dikelar kat ayam tu untuk bagi senang bahan-bahan perap ni masuk dan meresap kat isi ayam tu.. perapkan¬†dalam peti ais dalam 5-6 jam.
  • Macam jugak Cik Mat, abam juga gunakan pemanggang ajaib untuk memanggang ayam ni…mudah dan cepat. Gunakan api yang sederhana, dan balik-balikkan ayam tadi semasa proses memasak. Boleh sapukan bahan perapan tadi semasa proses memanggang tadi. Bila dah masak,boleh dihidangkan dan dihiaskan dengan daun salad.

Untuk resepi ni abam perapkan ayam tu dalam kuantiti yang banyak. Kemudian abam akan bahagikan dalam 2-3 ketul dalam 1 bekas. Tujuannya untuk jimatkan masa. Jadi bila nak makan jer, nyah beku dulu pastu dah boleh panggang dah.
Okeh selamat mencuba resepi sihat ni, kredit untuk Cik Mat Gebu.

 

8,664 total views, 8 views today

Resepi Ayam Grill Yang Mudah dan Sedap

RESEPI AYAM GRILL YANG MUDAH DAN RINGKAS

resepi ayam grill1 abamkorie

 

Assalamualaikum semua…, Terima kasih kat korang semua sebab rajin nak jengok blog abam ni. Lama jugak tak men’update’ blog sekarang ni. Disebabkan ada masa terluang sket lepas buat sarapan pagi tadi… abam nak share satu resepi mudah yang abam selalu buat dan post kat facebook. Resepi ayam grill ni¬†cukup mudah, senang nak buat dan opkos lah sedap. heheh…

Resepi Ayam Grill ni memang abam selalu buat sebab cara penyediaannya yang sangat mudah, cepat dan cukup senang nak masak. Abam selalu buat dalam beberapa portion dan letak kan dalam peti ais. Bila nak masak jer, keluarkan dan biarkan hingga hilang beku, dah boleh grill atas pan.

Ok, tak nak bebel panjang-panjang, jom kita tengok resepi ayam grill mudah ni..

BAHAN-BAHANNYA :
Separuh ekor ayam @ boleh gunakan bahagian dada ayam, sebanyak 4-5 ketul
2-3 sudu besar serbuk kari daging
1-2 sudu besar serbuk lada sulah
1-2 sudu besar serbuk lada hitam

1 sudu besar serbuk paprika
1 sudu kecil origano flakes (optinal)

Sedikit garam atau secukup rasa, atau korang boleh jugak letak kiub ayam sebagai menggantikan garam.

2-3 sudu sos tomato, ini pun pilihan samada nak letak atau tak. Sos tomato nak bagi rasa masam-masam sket.

Minyak zaitun

 

CARA MEMBUATNYA :

  1. Bersihkan ayam dan bagi yang tengah berdiet tu, pastikan buang kulitnya.
  2. Campurkan kesemua bahan tadi bersama ayam dan gaulkan. Perapkan dalam 1-2 jam. Atau nak lagi sedap, perapkan semalaman.
  3. Untuk memasak, panaskan grill non stick pan / grill pan dan grill sehingga masak.

Mudah dan simple jer kan. Apa yang abam selalu buat, abam akan buat dalam kuatiti yang banyak dan asing dalam bekas berasingan. Setiap satu bekas untuk sekali masak. Bahan-bahan tadi boleh korang adjust ikut selera tekak korang yer. Okeh, selamat mencuba..

 

 

13,078 total views, 9 views today