Jualan Barangan Raya Festival Ramadan Putrajaya 2018

Jualan Barangan Raya Festival Ramadan Putrajaya 2018

Bagi mereka yang dah sedia maklum , sememangnya setiap tahun akan ada Jualan Barangan Raya di Putrajaya dan pastinya ianya menjadi tumpuan ramai terutama mereka yang berbajet sederhana. Yelah , murah murah je jualan kat sini..

Ok.. di sini abam nak war warkan mengenai Jualan Barangan Raya Festival Ramadan Putrajaya 2018 yang bakal bertempat di Dataran Putrajaya , Presint 3. Sila ambil maklum dan war warkan terutama penduduk di sekitar Putrajaya dan juga yang bekerja di situ.. Heee… Best !

“Bersempena dengan ketibaan Ramadan yang saban tahun dinantikan oleh seluruh umat Islam khususnya, bakal berlangsung JUALAN BARANGAN RAYA FESTIVAL RAMADAN PUTRAJAYA 2018 bermula 17 Mei 2018 (1 Ramadan 1439) selama sebulan bertempat di Dataran Putrajaya, Presint 3. Dengan objektif untuk menyatukan ukhuwah rakyat Malaysia yang berbilang agama dan budaya, penganjuran festival ini juga membuka peluang perniagaan kepada usahawan muda yang pada hari ini seakan menjadi satu senario menarik setiap kali tibanya Ramadan.

Festival Ramadan Putrajaya 2018 disasarkan untuk mereka yang berada di kawasan seperti Bangi, Kajang serta kejiranan yang berhampiran bagi memudahkan mereka merancang masa untuk persiapan raya sepanjang Ramadan. Di samping itu, festival tersebut turut menawarkan pelbagai aktiviti menarik sepanjang Ramadan untuk para pengunjung.

Apa yang menarik di Jualan Barangan Raya Festival Ramadan Putrajaya 2018

Selain itu, turut disediakan hadiah utama yang berupa sebuah kereta ataupun motosikal untuk cabutan bertuah, persembahan ‘busking’ para artis popular masa kini, penampilan artis-artis istimewa yang akan diumumkan dari masa ke masa serta akan diserikan lagi dengan gerai para selebriti terkenal seperti Ella, Hanez Suraya, Kaka Azraff, Ekin, Leez Rosli, Sofi Jikan, Haiza, Saiful Apek, Siti Sarah, Shuib dan ramai lagi. Program ini menggabungkan seramai 30 selebriti terkenal tanahair.

Jualan Barangan Raya Festival Ramadan Putrajaya 2018

Malah, turut diberikan perhatian khusus dalam penganjuran festival ini adalah program kerohanian. Tazkirah Ramadan bersama selebriti pilihan dan ceramah agama dari penceramah jemputan bakal menghiasi kalendar sepanjang bulan tersebut. Sebelah petang pula, program bubur lambuk akan memeriahkan lagi festival tersebut. Hujung minggu pula, direncanakan majlis iftar bersama anak-anak yatim yang terpilih.

Tumpuan juga akan diberikan kepada barisan gerai daripada pelbagai jenama terkenal dari kalangan hijabista dan lain-lain. Penjualan di gerai akan merangkumi tawaran pakaian muslimin  dan muslimah terkini, alat solek, perhiasan rumah serta kuih raya untuk persediaan Syawal kelak.

Jualan Barangan Raya Festival Ramadan Putrajaya 2018

Pastinya Festival Ramadan Putrajaya 2018 akan memudahkan persiapan keluarga mahupun individu kerana di sinilah bakal tertumpunya pelbagai aktiviti menarik dari segi intelektual dan kerohanian, penawaran jenama terkenal yang mampu milik dan juga ruang untuk beramah mesra dengan personaliti popular tanahair.

Untuk maklumat dan informasi terkini, sila hubungi;

Unit Publisiti Jualan Barangan Raya Festival Ramadan Putrajya 2018

(TEL:  Izainil: 017-3031 953/ Ashraf 017-8892909) “

Jom ramai kita Jualan Barangan Raya Festival Ramadan Putrajaya 2018 nanti ya.

 

2,790 total views, 6 views today

8 Tip Diet Mudah Sahur by Kevin Zahri Untuk Korang Nampak Slim di Aidilfitri nanti

kevin-zahri-8 tip Diet Mudah Sahur

Rasanya ramai diantara kita, bila sampai jer bulan puasa..masa ni lah nak ambik kesempatan nak kuruskan badan  lah dan nak turunkan berat badan. Tapi kebanyakan tak tahu camana nak buat kan. Bila salah mengamalkan diet atau cara pemakanan, memang tidak dinafikan semasa menjalani ibadah puasa, badan akan menjadi letih dan lesu. Ini semua disebabkan oleh kekurangan tenaga di dalam badan. Faktor cuaca di negara kita yang panas juga menjadi punca badan kita cepat mengalami keletihan dan tidak bermaya.

Kedatangan bulan Ramadhan merupakan bulan yang paling ditunggu-tunggu bagi umat Islam kerana ia penuh dengan keberkatan dan kemuliaan. Tidak dinafikan apabila menjalanan inadah puasa ni, badan akan menjadi cepat letih disebabkan kita kekurangan tenaga dalam badan. Dengan faktor cuaca yang agak panas sekarang ni, jugak menjadi punca badan kita cepat menjadi letih dan lesu.

Sebenarnya banyak cara untuk turunkan berat badan dalam bulan Ramadhan ni. Tapi abam nak share tip yang dicadangkan oleh Kevin Zahri kat korang. Tip diet sahurnya mudah & abam rasa korang memang mampu nak buat.

1. Jangan skip sahur

Tip diet mudah sahur yang pertama dan paling penting. Sahur penting untuk bekalkan nutrisi, air dan tenaga untuk amalan berpuasa. Lagipun sahur kan sunnah nabi, memang setiap sunnah tu ada kebaikan jika diamalkan.

2. Karbo Kompleks

Tip diet mudah sahur yang ke 2. Digalakan korang memilih karbohidrat kompleks  semasa bersahur. Kenapa ia bagus? Karbohidrat kompleks bekalkan sumber tenaga yang lebih perlahan dan lebih mengenyangkan.

Contoh Karbo kompleks : Roti perang, nasi perang atau nasi putih yang ada serat dan rendah GI, oat (glycemic indeks).

3. Target Kalori: dalam 500 kcal

Untuk tip diet mudah sahur yang ke 3 ni korang kena rajin sikit men Google hehhe. Kena tau pasal brapa setiap kalori dalam makanan.
Menurut Kevin Zahri, secara purata, target pengambilan kalori untuk hidangan sahur sepatutnya dalam lingkungan 500 kcal. Pastikan ada sumber protein dan karbohidrat berserat.

Contoh hidangan:

Segenggam nasi, lauk ayam, sayur dan air.
Roti perang 2 keping + sapu, tuna ikan dalam sos tomato (awas sos-sos biasa tinggi garam).
1 mangkuk cereal berserat + susu lemak rendah.

4. Protein yang bersih

Sumber protein bersih untuk tip diet mudah sahur yang ke 4. Makanan berprotein seperti ayam, ikan sangat mengenyangkan dan mengambil masa berjam untuk lalui proses penghadaman.
Untuk sahur, abam sendiri banyak mengambil sumber protein yang “bersih” ni. Maksud bersih kat sini, digalakan mengambil dari sumber protein yang segar bukan dari makanan proses seperti sosej, daging burger, nugget dan sebaginya.

5. Elak Garam

Garam adalah penyerap atau penyimpan air. Ya betul ia penting untuk kurangkan dehidrasi semasa bersukan tapi dalam keadaan berpuasa, pengambilan sumber makanan bergaram seperti biskut, kicap, masakan bergoreng dan lain-lain ia lagi cepatkan dehidrasi dan akan buat anda cepat berasa haus. Untuk tip diet mudah sahur yang ke 5.

6. Elak Minuman berkafein

Kafein dalam minuman seperti teh tarik, teh hijau, Nescafe, kopi, milo dan lain-lain adalah diuretik – kualiti yang memaksa badan buang air. Ini lagi mempercepatkan dehidrasi semasa berpuasa.

7. Kenali kandungan kafein minuman

Air gas, teh dan coklat pun biasa mengandungi kafein. Kandungan kafein dalam setiap minuman berbeza-beza. Jadi kalau nak minum air coklat (contohnya) tidaklah menjadi masalah yang besar tapi kalau boleh, kurangkan kuantiti pengambilan.

8. Jangan minum banyak sangat!

Lagi banyak korang minum, lagi cepat badan akan membuangnya dan lagilah cepat anda anda berasa haus.

Sebagai panduan: Jumlah: 2-3 gelas sederhana dah cukup.

Suhu: Paling baik yang suam. Kalau yang ais pun boleh tapi pagi-pagi buta, badan agak terkejut dengan air ais.

Jenis? Kalau nak air manis pun, jangan lebihkan dari air kosong. Contoh: 1 gelas manis, 2 gelas air kosong.

Mudahkan. Sebenarnya tak susah pun nak amalkan tip diet mudah sahur ni. Disamping tu, jangan pula anggap dalam bulan Ramadhan  sebagai bulan untuk berehat dari melakukan aktiviti-aktiviti berbentuk kecergasan. Ramai sebenarnya yang menganggap bulan Ramadhan ini adalah platform bagi mereka untuk menguruskan berat badan dan mendapatkan bentuk badan yang menarik jika mereka mengamalkan cara pemakanan dan senaman yang betul.

Jadi, selamat beramal ya..semoga raya kali ni anda semakin ramping dan berseri-seri dengan baju raya nanti.
Selamat berpuasa semua dan selamat mengamalkan tip diet mudah sahur ni ya..

 Baca : Resepi Ayam Panggang Mudah & Sedap

5,492 total views, 6 views today