Tahniah Kedah Juara Piala FA 2017

Kedah Juara Piala FA 2017

Tahniah Kedah Juara Piala FA 2017

Tahniah kepada pasukan bola sepak Negeri Kedah kerana berjaya muncul juara Piala FA 2017 buat kali keempat selepas menundukkan Pahang 3-2 di Stadium Shah Alam pada hari Sabtu lepas. Sebelum ni, Kedah dah pun memenangi Piala FA pada tahun 1996, 2007 & 2008. Dengan ini Kedah telah berjaya menempah tiket ke Piala AFC tahun 2018 nanti. Kira hebat jugak lah pasukan Kedah kali ni sebab menjadi pasukan pertama Malaysia yang berjaya jadi johan untuk 3 piala iaitu,Piala Malaysia 2016, kemudian Juara Piala Sumbangsih @ Piala Sultan Haji Ahmad Shah 2017 dan kini Piala FA 2017. Tahniah Kedah Juara Piala FA 2017

Kedah Juara Piala FA 2017 7

Tahniah dan pujian harus diberikan kepada semua pemain Kedah, terutama kepada Fitri Omar yang berjaya mengawal Sumareh dengan cemerlang. Khairul Helmi Johari yang beberapa kali menyelamatkan bola dihadapan pintu gol. Shazwan Zainol yang baik sekali mengawal di bahagian sayap dan menjadi key player dalam 2 gol terawal. Baddrol yang menghadiahkan 2 gol yang cukup bermakna. Ifwat yang berjaya mengawal gawang dengan baik malam tu. Tahniah Kedah Juara Piala FA 2017

Kedah Juara Piala FA 2017
Fitri yang cemerlang mengawal Sumareh

Ketiadaan Zac Anderson akibat kecerderaan menyebabkan barisan pertahanan kadang-kadang agak goyah sedikit. Terutama di bahagian tengah. Mat Don walaupun bermain begitu baik, tetapi kerana selalu main terlalu “fancy”, beliau kerap kehilangan bola. Akram kelihatan agak kurang menyerlah berbanding pada perlawanan separuh akhir menentang Terengganu. Tapi secara keseluruhan, semua pemain bermain dengan begitu baik. Tahniah Kedah Juara Piala FA 2017

Kedah Juara Piala FA 2017

Apa-apa pun Pahang tak kurang hebatnya. Walaupun bermain 10 orang selepas Fransisco Insa di buang padang selepas melakukan kekasaran yang keras terhadap Rizal Ghazali. Kedah nampak kurang menggunakan kesempatan yang ada. Abam nampak Kedah lebih bermain kepada bertahan dan buat counter attack. Dan gol kebanyakan nya yang terhasil dari counter attack. Semangat juang Pahang memang cukup hebat. Walaupun bermain hanya 10 pemain sahaja, tapi Pahang sebenarnya yang lebih menguasai perlawanan dan terus menyerang terutama dari babak separuh masa ke 2 sehingga tamat permainan. Tahniah Kedah Juara Piala FA 2017

Kedah Juara Piala FA 2017

Jaringan Gol Tahniah Kedah Juara Piala FA 2017

Gol Kedah disumbangkan oleh Ken Ilso pada minit ke-20 dan dua lagi gol disumbangkan oleh Baddrol Bakhtiar pada minit ke 45 dan 73.

Gol Pahang pula disumbat oleh Jae Won pada minit ke 45+3 (masa tambahan) dan Sumareh pada minit ke 79.

Tahniah juga kepada Baddrol kerana menjadi pemain terbaik untuk perlawanan Piala FA 2017. Tahniah Kedah Juara Piala FA 2017

Kedah Juara Piala FA 2017

Senarai Pemain Untuk Perlawanan Akhir Piala FA 2017

Kedah Juara Piala FA 2017

Kedah: Mohd Ifwat Akmal Chek Kassim, Mohamad Syawal Nordin, Mohd Fitri Omar, Baddrol Bakhtiar, Liridon Krasniqi, Ken Ilso Larsen, Sandro Da Silva Mendonca, Muhd Akram Mahinan, Khairul Helmi Johari, Mohd Rizal Mohd Ghazali dan Mohd Syazwan Zainon.

Kedah Juara Piala FA 2017
Pahang:
Wan Muhammad Azraie Wan Teh, Matthew Thomas Davies, Wan Zaharulnizam Wan Zakaria, Francisco Inso Bohigues, Yamil Jorge Gonzalo Romero, Ahmad Syamim Yahya, Mohd Faisal Mohd Rosli, Hoe Jaewon, Mohammad Muslim Ahmad, Mohamadou Sumareh dan Matheus Alves Leandro.

Tak Senang Duduk tengok Pahang Menyerang…

Serius malam tu, memang abam tak senang duduk tengok cara Kedah main dengan cara bertahan. Tapi memang menjadi jugaklah tektikal yang Nidzam buat tu, bertahan dan mencari peluang untuk counter attack. Mungkin kelebihan Kedah mempunyai pemain sayap yang boleh membuat hantaran yang tepat seperti Baddrol & Syazwan Zainol. Hantaran Sandro pun boleh dikatakan cukup baik, dan banyak membantu menguatkan di bahagian tengah pasukan Kedah. Tahniah Kedah Juara Piala FA 2017

Apa-apa pun tahniah juga kepada semua penyokong yang ada kat stadium Shah Alam malam tu. Terutamanya penyokong Kedah. Rasanya tak ada lagi berita pasal sebarang insiden gaduh ke atau berita yang kurang baik. penyokong Kedah & Pahang memang terbaik lah.

Kedah Juara Piala FA 2017

Harapan semoga prestasi macam ni dikekalkan. Semoga dapat kekalkan juga kejuaran dan bersaing dalam Piala AFC 2018 nanti.

Kedah Juara Piala FA 2017

Terima kasih sebab sudi singgah kat blog abam 🙂

Jom tengok detik-detik kemenangan Kedah..

Sumber & kredit gambar dari : FB Kedah FA – Persatuan Bolasepak Kedah –
Baca juga : Janna Nick penyokong Kedah?

3,396 total views, 9 views today

Perlawanan Akhir Piala FA 2017 Kedah dan Pahang

Perlawanan Akhir Piala FA 2017 Kedah dan Pahang

Perlawanan Akhir Piala FA 2017 Kedah dan Pahang

Hari ni, 20 hb Mei 2017 akan berlangsung perlawanan akhir Piala FA antara pasukan Kedah yang akan bertemu pasukan dari pantai timur, iaitu pasukan Pahang. Rasanya, rata-rata peminat bola sepak tempatan terutama peminat kedua-dua negeri ni pasti tertunggu-tunggu perlawanan ni. Abam sendiri dah rasa teruja sangat nak tengok, tapi layan kat depan tv jer lah. Maleh nak gi stadium heheh..Perlawanan Akhir Piala FA 2017 Kedah dan Pahang
Perlawanan Akhir Piala FA 2017 Kedah dan Pahang
Sebenarnya apa yang abam rasa cukup menarik kali ni adalah mengenai jurulatih kedua-dua pasukan. Kedua-dua pasukan, Kedah & Pahang di bimbing oleh jurulatih tempatan iaitu Nidzam Adzha  Yusoff dan Dollah Salleh.
Siapa sangka kali ni, 2 jurulatih tempatan boleh membawa pasukan bimbingan masing-masing ke perlawanan akhir Piala FA. Perlawanan Akhir Piala FA 2017 Kedah dan Pahang

Setelah Nidzam Adzha telah diberi kepercayaan mengambil alih tugas sebagai ketua jurulatih Kedah  dari Tan Cheng Ho, nampak ada sedikit perubahan dari segi corak permainan semasa Kedah mengalahkan pasukan Terengganu diperlawanan di separuh akhir. Para pemain Kedah masa perlawanan tu pun nampak lebih bersemangat dari sebelumnya.

Jika dilihat dari prestasi semasa, abam rasa Kedah mampu untuk buat kejutan semasa perlawanan akhir kali ni. Pasukan Kedah perlu lebih menajamkan lagi bahagian serangan dan harap tidak leka dengan bahagian pertahanan. Perlawanan Akhir Piala FA 2017 Kedah dan Pahang

Untuk pasukan Kedah & Pahang, selamat berjaya. Semoga dapat bermain dengan fair play. Kepada para penyokong Kedah & Pahang, semoga korang dapat jaga adab & tak gaduh-gaduh masa kat stadium Shah Alam nanti. Perlawanan Akhir Piala FA 2017 Kedah dan Pahang

Ramalan abam pasal Perlawanan Akhir Piala FA 2017 Kedah dan Pahang

Sebagai penyokong Kedah..opkoslah Abam amat berharap sangat kali ni Kedah boleh menang Piala FA. Abam agak-agak mungkin dalam 3-1 kot hehe..Perlawanan Akhir Piala FA 2017 Kedah dan Pahang

Jangan lupa, pada yang tak dapat pegi stadium tu..stay tune kat depan tV malam ni ya..Pulun Kedah Pulun…hidup Janna Nick yeaaa..hehehehPerlawanan Akhir Piala FA 2017 Kedah dan Pahang

Live Streaming Pahang Vs Kedah 20.5.2017 Final Piala FA

Server 1: TV3

Sumber: Siaran Langsung Pahang Vs Kedah 20.5.2017 Final Piala FA | melvister.com

Sumber info : KedahNews
B
aca : Buffet Ramadhan Iftar@Cyberview Resort & Spa Berbaloi

3,051 total views, 9 views today