28 Jan Seminar Jom Kurus Kevin Zahri di Kuala Lumpur

28 Jan Seminar Jom Kurus Kevin Zahri di Kuala Lumpur

28 Jan Seminar Jom Kurus Kevin Zahri di Kuala Lumpur

Hari ni rakan-rakan dari Kelab Blogger Ben Ashaari turut meyertai bersama Seminar Jom Kurus Kevin Zahri yang diadakan di Shah Alam,Selangor. Shah Alam merupakan destinasi pertama untuk seminar ini, dan banyak lagi lokasi lain akan diadakan selepas ni.

28 Jan Seminar Jom Kurus Kevin Zahri di Kuala Lumpur
28 Jan Seminar Jom Kurus Kevin Zahri di Kuala Lumpur

Butiran Seminar Jom Kurus Kevin Zahri di Kuala Lumpur

Berikut adalah butir untuk sessi seminar dan senaman bersama Coach Kevin Zahri untuk peserta Cabaran Jom Kurus musim 10 di Kuala Lumpur.

  • Date: 28 January 2018
  • Time: 8.00am – 1.30pm
  • Venue: Dewan Raja Muda Musa, Shah Alam

Tentative program:

  • 8.00am – 9.00am: Bhangra Dance by Master Trainer Aliez & Team
  • 9.00am – 9.30am: Rehat
  • 9.30am – 9.45am: Group Photo
  • 9.45am – 10.30am: Weight loss sharing session by Natrah dan ChaCha (Ikon JK1M10)
  • 10.30am – 1.30pm: Seminar and Games by Kevin Zahri & Team Leaders JK1M10
  • 1.30pm – 2pm: Photo Session

Untuk jadual seluruh Malaysia, sila rujuk kepada laman Jom Kurus Seminar Tour

Seminar Jom Kurus Kevin Zahri di Kuala Lumpur
Sesi bergambar bersama Coach Kevin Zahri selepas tamatnya Seminar Jom Kurus Kevin Zahri untuk zon Kuala Lumpur

Baca jugak Pengalaman hari pertama di Jom Kurus 1Malaysia

1,617 total views, 12 views today

Cabaran Jom Kurus 1Malaysia (JK1M) Musim 10

Cabaran Jom Kurus 1Malaysia (JK1M) Musim 10

 

Cabaran Jom Kurus 1Malaysia (JK1M) Musim 10 – Minggu Pertama

Cabaran Jom Kurus 1Malaysia (JK1M) Musim 10
Bersama rakan blogger, www.yanty.my ..tak sabar nak kurus ni..😂

Hari Sabtu semalam.. 7.30 pagi abam dah ada kat Taman Tasik Cyberjaya. Hari ni adalah hari pertama abam bersama program Jom Kurus 1Malaysia (JK1M) musim 10. Ni lah kali pertama abam join program ni, dan abam pilih Coach Cem untuk area Putrajaya. Rasanya ramai yang kenal Coach Cem ni, beliau pernah jadi coach untuk 1 program tv kat astro dulu.

Cabaran Jom Kurus 1Malaysia (JK1M) Musim 10
Coach Cem

Hari pertama untuk program Cabaran Jom Kurus 1Malaysia (JK1M) Musim 10 (kawasan Putrajaya) ni, semua peserta telah diminta untuk berkumpul kat Taman Tasik Cyberjaya. First time abam sampai kat taman ni. Dekat jer pun dari umah, dalam 10 minit jer. Tapi tak pernah sampai pun. Al maklumlah kat Putrajaya pun dah banyak taman, jadi layan kat Putrajaya jer lah kan..

Cabaran Jom Kurus 1Malaysia (JK1M) Musim 10

Ok..Apabila semua peserta Cabaran Jom Kurus 1Malaysia (JK1M) Musim 10 dah sampai kat sini, semua peserta telah diminta untuk merekodkan berat masing-masing. Kemudian setiap peserta di ambil gambar Ini untuk nak tengok perubahan masa di akhir program nanti.

Cabaran Jom Kurus 1Malaysia (JK1M) Musim 10
Sesi menimbang berat badan masing-masing

Cabaran Jom Kurus 1Malaysia (JK1M) Musim 10

Sesi ice-breaking dengan semua peserta memang agak unik & lawak jugak cara ice-breaking yang Coach Cem ni buat. Cubit pipi partner lah dan macam-macam lagi benda lawak. Lepas sesi warm up jer, kami semua di uji untuk kenal pasti “fitness level” masing-masing.


Sesi Ujian Kecergasan untuk Cabaran Jom Kurus 1Malaysia (JK1M) Musim 10

Cabaran Jom Kurus 1Malaysia (JK1M) Musim 10

Fitness test yang pertama, ujian cardio. Kami perlu berlari mengelilingi kawasan tasik dalam masa yang ditetapkan. Ujian kardio ni nak menentukan tahap kecergasan dan tahap kekuatan jantung setiap peserta.

Cabaran Jom Kurus 1Malaysia (JK1M) Musim 10
Coac Cem bersama coach lain sedang menunjukan cara push up yang betul kepada semua peserta

Ujian kedua, ujian kekuatan untuk “upper body” iaitu buat pushup sebanyak mungkin dalam masa 2 minit.

Cabaran Jom Kurus 1Malaysia (JK1M) Musim 10
Fitness test yang ke 2, squat untuk bahagian lower body

Ujian ketiga pula untuk menguji kekuatan “lower body” dengan buat senaman squats. Coach Cem bagitau, untuk wanita yang nak bontot seksi macam JLo tu, rajin-rajin lah buat senaman ni. Hehehehe

Cabaran Jom Kurus 1Malaysia (JK1M) Musim 10
Coach Cem sedang tunjukan cara buat plank yang betul

Ujian seterusnya, kami diminta buat “plank”. Tujuannya nak uji kekuatan core masing-masing. Hebat akak sebelah abam ni, dah umur rasa lebih 50 tahun tapi mampu bertahan sampai 2 minit. Akibat rasa tercabar, abam kena menten jugak lah sampai 2 minit..bergegar lemak-lemak kat perut ni..hehehe..
Yang terakhir, ujian balance & awareness untuk menguji tindak balas peserta. 

Cabaran Jom Kurus 1Malaysia (JK1M) Musim 10

Hari Pertama Cabaran Jom Kurus 1Malaysia (JK1M) Musim 10 kawasan Putrajaya

Di hari pertama untuk Cabaran Jom Kurus 1Malaysia (JK1M) Musim 10 , Coach Cem berkongsi jugak mengenai pemakanan. Apa yang bagus dan tidak bagus di amalkan jika nak turunkan berat badan & kekal sihat.

Ohh lupa nak bagitau tadi. Untuk sesi ni, kami semua di bahagikan kepada 2 kumpulan iaitu kumpulan Hot & kumpulan Seksi. Cabaran selama 6 minggu ni, akan menguji semua peserta dan markah akan diberi. Kumpulan mana yang kalah nanti, kena denda. Hehheh..

Cabaran Jom Kurus 1Malaysia (JK1M) Musim 10
Coach Cem sedang menerangkan mengenai pemakanan sihat

Ok..setakat ni jer abam nak cerita untuk hari pertama Cabaran Jom Kurus 1Malaysia (JK1M) Musim 10 ni. Korang tunggu untuk entri seterusnya ya..agak brapa abam leh kurangkan berat badan lepas ni.. tungguuuuu…😂

Cabaran Jom Kurus 1Malaysia (JK1M) Musim 10
Ada geng KBBA9 ..boleh terjah blog dia nanti www.yanty.my

Jangan lupa singgah ke  blog rakan Kelab Blogger Ben Ashaari abam yang sama-sama join program JK1M kali ni,. Yanty Lee

Boleh dapatkan infomasi mengenai Cabaran Jom Kurus 1Malaysia ni di :

Web Rasmi Jom Kurus

FB Pages Rasmi Coach Cem

Jom tengok antara gambar-gambar yang menarik masa Cabaran Jom Kurus 1Malaysia (JK1M) Musim 10 hari Pertama

Cabaran Jom Kurus 1Malaysia (JK1M) Musim 10
Antara gaya-gaya paling menarik 😁
Cabaran Jom Kurus 1Malaysia (JK1M) Musim 10
Hari pertama kena dera..biasa lah kan 😂
Cabaran Jom Kurus 1Malaysia (JK1M) Musim 10
Sesi tepuk, cubit pipi partner sebelah…pompuan ok lah nampak kiut..kena yang sama lelaki..huh malas la nak cakap🤣🤣
Cabaran Jom Kurus 1Malaysia (JK1M) Musim 10
Chewah…😁

Cabaran Jom Kurus 1Malaysia (JK1M) Musim 10

Cabaran Jom Kurus 1Malaysia (JK1M) Musim 10

Cabaran Jom Kurus 1Malaysia (JK1M) Musim 10
Penyiksaan hari pertama..hehehe
Cabaran Jom Kurus 1Malaysia (JK1M) Musim 10
Antara penyeri untuk Cabaran Jom Kurus 1Malaysia (JK1M) Musim 10 ni..

Cabaran Jom Kurus 1Malaysia (JK1M) Musim 10

Terima kasih sudi singgah ya..😁

Baca juga : AJ Fitness Presint 11 Putrajaya

Baca juga : Seminar Jom Kurus Kevin Zahri di Kuala Lumpur

 

1,707 total views, 18 views today