Iron Gym & Fitness Jalan Langgar Alor Setar

Iron Gym & Fitness Jalan Langgar Alor Setar

Hari ni, abam balik kampung jap kat Alor Setar. Balik jap ziarah famili abam ni. Rindu dengan mak abah kat kampung. Kalau balik kampung ni, kekadang kalau ada masa abam singgah jap kat gym yang ada dekat-dekat umah ni. Umur macam abam ni, kesihatan pun nak kena jaga juga, sementara belum ada penyakit ni, boleh lah lagi nak bersenam. Kali ni abam nak cuba satu gym,  Iron Gym & Fitness Jalan Langgar Alor Setar. Lokasi nya betul-betul seberang jalan berhadapan dengan masjid Al-Bhukary.

Jom abam abam kongsikan apa yang ada dalam Iron Gym & Fitness Jalan Langgar Alor Setar ni..

Review  Iron Gym & Fitness Jalan Langgar Alor Setar 

 Iron Gym & Fitness Jalan Langgar Alor Setar

 Iron Gym & Fitness Jalan Langgar Alor Setar
Ruang untuk cardio

 Iron Gym & Fitness Jalan Langgar Alor Setar

 Iron Gym & Fitness Jalan Langgar Alor Setar

 Iron Gym & Fitness Jalan Langgar Alor Setar

 Iron Gym & Fitness Jalan Langgar Alor Setar

Ulasan abam pasal Iron Gym & Fitness Jalan Langgar Alor Setar :

1. Keseluruhan peralatan kat Iron Gym & Fitness ni cukup untuk buat latihan bebanan walaupun ada sedikit peralatan yang kelihatan agak lama.
2. Cukup sesuai untuk pengunjung lelaki dan wanita.
3. Kemudahan seperti tandas dan loker disediakan.
4. Staf cukup friendly
5. Lokasi strategik, dekat jer dengan jalan. Kalau korang lalu kat area jalan langgar, dan sampai kat masjid Al Bukhary mesti nampak punya.

Keseluruhan nya abam berpuas hati guna perkhidmatan kat sini. Jadi hangpa yang dok dekat-dekat Alor Setar, terutama dekat-dekat jalan Langgar tu boleh lah ke sini nanti.

Kalau korang nak dapatkan lebih informasi, boleh ke Facebook Pages  Iron Gym & Fitness

 Iron Gym & Fitness Jalan Langgar Alor Setar

Baca juga Pengalaman hari pertama di Jom Kurus 1Malaysia

Baca juga Review Gym : AJ Fitness Presint 11 Putrajaya

2,763 total views, no views today