Korang peminat Hot Wheels? Kini ada di Putrajaya

Korang peminat Hot Wheels? Kini ada di Putrajaya

Kalau korang nak tau, pada setiap hari Selasa malam, bertempat di Kompleks Kejiranan Presint 16.. menjadi salah satu tempat geng-geng pengumpul Hot Wheels ni berkumpul dan menjual koleksi masing-masing. Serius meriah..

Sebenarnya abam bukan pengumpul koleksi-koleksi Hot Wheels pun, tapi disebabkan hobi baru anak-anak ni abam layan jer lah.


Apa yang abam dapat tau, gerai-gerai kat sini mula dibuka pada jam 9 malam. Masa abam sampai kat sana dalam sekitar jam 9.30 malam, ..pengunjung dah mula ramai sampai parking agak susah nak dapat. pengunjung yang datang kat situ, bukan saja warga Putrajaya malah ada yang datang dari Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Shah Alam.


Kat sini ada pelbagai jenis koleksi, dari motosikal, kereta, trailer, lori dan macam-macam lagilah. Dari segi harga pulak, dari serendah Rm5 dan ada yang mencecah harga ribuan ringgit. Tapi bila tengok diorang berbelanja nak beli koleksi-koleksi Hot Wheels ni, macam beli kuih jer. Kalau dah minat kan..heheh


Cuba tengok koleksi Hot Wheels ni, abam nampak biasa jer..tapi harga Rm280 tu..

Ada satu gerai kat sini yang jual koleksi Lego. Harga pun agak berpatutan, dari Rm5 hingga Rm10 sahaja.


Tengah pusing melayan anak-anak cari Hot Wheels yang diorang suka, ternampak replika ni. Fuuh lawa. Kreatif.


Kat situ, bukan setakat boleh beli koleksi Hot Wheels jer, tapi korang boleh gak kalau nak repair ke nak tukar tayar ke..korang boleh cari brader ni..



Haa..kalau korang nak beli ke request kereta Hot Wheels yang korang minat..korang boleh jumpa brader ni pulak, Pak Dan namanya.


Untuk anak-anak, abam dah bagi budget dah…sorang tak boleh lebih dari Rm10. heheh..kalau lebih, larik budget abah nak oiii..heheh
Nampak tak dalam gambar kat bawah ni,…koleksi Hot Wheels dari filem Fast & Furious pun ada gak tau..sib baik anak-anak tak minta heheh..


Dah hampir sejam kat situ, bila memasing dah puas hati, dah dapat Hot Wheels yang diorang nak tu..baru lah nak balik..
Masa dalam perjalanan nak balik tu, masing-masing dah pesan..
“Minggu depan kita datang lagi yer..bah”
Abah mampu tersenyum jer lah heheh…


Jadi kepada peminat & pengumpul koleksi Hot Wheels, jangan lupa singgah kat Pusat Kejiranan Presint 16, Putrajaya setiap malam Selasa bermula jam 9 malam. Memang kelam biji mata lah tengok ..semua best-best.

2,279 total views, 10 views today