Iron Gym & Fitness Jalan Langgar Alor Setar

Iron Gym & Fitness Jalan Langgar Alor Setar

Hari ni, abam balik kampung jap kat Alor Setar. Balik jap ziarah famili abam ni. Rindu dengan mak abah kat kampung. Kalau balik kampung ni, kekadang kalau ada masa abam singgah jap kat gym yang ada dekat-dekat umah ni. Umur macam abam ni, kesihatan pun nak kena jaga juga, sementara belum ada penyakit ni, boleh lah lagi nak bersenam. Kali ni abam nak cuba satu gym,  Iron Gym & Fitness Jalan Langgar Alor Setar. Lokasi nya betul-betul seberang jalan berhadapan dengan masjid Al-Bhukary.

Jom abam abam kongsikan apa yang ada dalam Iron Gym & Fitness Jalan Langgar Alor Setar ni..

Review  Iron Gym & Fitness Jalan Langgar Alor Setar 

 Iron Gym & Fitness Jalan Langgar Alor Setar

 Iron Gym & Fitness Jalan Langgar Alor Setar
Ruang untuk cardio

 Iron Gym & Fitness Jalan Langgar Alor Setar

 Iron Gym & Fitness Jalan Langgar Alor Setar

 Iron Gym & Fitness Jalan Langgar Alor Setar

 Iron Gym & Fitness Jalan Langgar Alor Setar

Ulasan abam pasal Iron Gym & Fitness Jalan Langgar Alor Setar :

1. Keseluruhan peralatan kat Iron Gym & Fitness ni cukup untuk buat latihan bebanan walaupun ada sedikit peralatan yang kelihatan agak lama.
2. Cukup sesuai untuk pengunjung lelaki dan wanita.
3. Kemudahan seperti tandas dan loker disediakan.
4. Staf cukup friendly
5. Lokasi strategik, dekat jer dengan jalan. Kalau korang lalu kat area jalan langgar, dan sampai kat masjid Al Bukhary mesti nampak punya.

Keseluruhan nya abam berpuas hati guna perkhidmatan kat sini. Jadi hangpa yang dok dekat-dekat Alor Setar, terutama dekat-dekat jalan Langgar tu boleh lah ke sini nanti.

Kalau korang nak dapatkan lebih informasi, boleh ke Facebook Pages  Iron Gym & Fitness

 Iron Gym & Fitness Jalan Langgar Alor Setar

Baca juga Pengalaman hari pertama di Jom Kurus 1Malaysia

Baca juga Review Gym : AJ Fitness Presint 11 Putrajaya

2,189 total views, 4 views today

AJ Fitness Centre Presint 11 Putrajaya

Aj Fitness presint 11 Putrajaya

Review : AJ Fitness Centre Presint 11 Putrajaya

Antara misi penting untuk 2018 ni, abam memang dah tekad dah nak turunkan berat badan ni. Penat lah bawak lemak ni hehehhe… Abam dah tekad selain nak amalkan pemakanan sihat , abam jugak nak aktif balik ke gym. Nak bagi fit balik badan ni.

Jadi, masuk 2018 ni apa yang abam buat, terus register jadi gym member di AJ Fitness Centre Presint 11 Putrajaya. Jadi bila dah jadi member kena lah paksa diri datang kan. Ok, untuk penduduk Putrajaya, khas nya yang stay area Presint 9 & Presint 11..Lokasi gym berada di No 128 Jalan Jati Bukit 11/25, Presint 11 1 ..berada di lot kedai, berdekatan dengan Pusat Kejiranan Presint 11.

 

 

Jom tengok apa yang menarik kat dalam AJ Fitness Centre Presint 11 Putrajaya ni,..

AJ Fitness Centre Presint 11 Putrajaya

AJ Fitness Centre Presint 11 Putrajaya
Brader yang jaga ni memang tak sombong ..selalu senyum jer 😁

AJ Fitness Centre Presint 11 Putrajaya

AJ Fitness Centre Presint 11 Putrajaya

AJ Fitness Centre Presint 11 Putrajaya

AJ Fitness Centre Presint 11 Putrajaya

AJ Fitness Centre Presint 11 Putrajaya

AJ Fitness Centre Presint 11 Putrajaya

Boleh dikatakan peralatan yang disediakan cukup untuk buat senaman beban. Keadaan susunan pun teratur dan kemas. Kebersihan di gym pun cukup memuaskan. Selain dari tu, surau, bilik persalinan untuk lelaki dan wanita serta loker pun ada disediakan.

AJ Fitness Centre Presint 11 Putrajaya

AJ Fitness Centre Presint 11 Putrajaya

Bayaran masuk ke AJ Fitness Centre Presint 11 Putrajaya ni agak berpatutan. Kalau rasa tak nak jadi member, nak walk in jer..dari jam 9 pagi hingga 5 petang hanya Rm5 sahaja. Selepas pukul 5 petang, bayaran sebanyak Rm7 dikenakan untuk sekali masuk.

Untuk  wanita, kalau korang tengah cari gym tu,..sekarang kat AJ Fitness Centre Presint 11 Putrajaya ni tengah ada promo,..sebulan Rm60 sahaja.

Keseluruhan, abam cukup berpuas hati workout kat sini. Kalau pihak pengurusan AJ Fitness Centre Presint 11 Putrajaya nak tambah lagi peralatan yang ada, abam cukup mengalu-alukan.

Aj Fitness presint 11 Putrajaya
Ok…abam nak posing seround dulu 🤣

Terima kasih kat korang yang sudi singgah lagi entri ni….😁

Untuk maklumat lanjut boleh ke FB page AJ Fitness Presint 11 Putrajaya

 

Baca juga Tips Senaman Untuk Bakar Lemak dengan Lebih Cepat

6,278 total views, 3 views today