10 Tips Untuk Memilih Durian

10 Tips Untuk Memilih Durian

10 Tips Untuk Memilih Durian

Hoorayyy…!! Musim durian datang lagi..!!

Sekarang ni kalau pegi mana-mana pun, banyak betul gerai-gerai yang jual buah durian, berlonggok-longgok kat tepi jalan. Yang pastinya bila dah sampai musim, harga pasti akan jadi lebih dari sebelum ni. Jadi ambil lah peluang makan sepuas-puasnya.

10 Tips Untuk Memilih Durian
Kredit google

Untuk kaki durian, musim ni lah nak ambik kesempatan nak dapatkan dengan harga murah. Kat Putrajaya ni pun boleh dikatakan setiap hari ada jer penjual yang datang dengan lori @ 4wd menjual di kawasan-kawasan perumahan. Harga murah dan memang cukup berpatutan.

Untuk korang yang tak brapa pakar macam abam ni, masih tak brapa tahu camana nak pilih durian yang mempunyai isi yang elok , kat sini abam nak kongsikan tip-tips yang korang boleh guna masa nak beli durian nanti. 10 tips memilih durian ni pun abam dapat dari rakan-rakan kat dalam facebook. Serius, memang menjadi.

10 Tips Untuk Memilih Durian

1. Bentuk bulat.
Durian berbentuk bulat mempunyai isi yang banyak berbanding bentuk lonjong.

2. Berat durian.
Makin ringan, makin banyak isi durian. Kalau ada dua durian yang sama saiz, ambil yang paling ringan.

3. Tangkai.
Tangkai pendek dan tebal menandakan isi yang tebal dan banyak. Perhatikan juga tangkai kering atau terpotong. Tak ada tangkai, tak payah beli. Saya selalu tekan dengan kuku untuk cek tangkai lama ke baru.

4. Bunyi.
Ketuk durian dan pilih yang berbunyi padat semasa diketuk.

5. Duri.
Pilih durian yang berduri pendek dan jarang untuk isi yang padat.

6. Bau.
Hidu durian dan cari yang berbau manis.

7. Juring.
Durian berjuring lima paling ideal untuk dapatkan isi yang banyak dan besar. Makin banyak juring, makin kecil isi.

8. Kulit.
Pilih durian yang belum dikopek atau tidak merekah kulitnya. Perhatikan keadaan kulit. Kalau ada tompok hitam itu tanda isi dalamnya buruk.

9. Warna.
Dah siap pilih tu, korang minta penjual tu belah untuk rasa dan tengok isi. Kalau tak ok, minta tukar. Kulit berwarna kuning tak bermakna isinya kuning juga. Jangan tertipu.

10. Musim.
Beli durian ketika musim panas/kering. Jangan semasa hujan/lembap. Takut terbeli durian yang ‘dipulas ribut’.

Nak beli durian ni, yang penting bagi puas hati. Mahal sikit pun takde hal. Asal kena dengan harga. 😁

 

Baca juga Tips ke Ho Chi Minh

2,247 total views, 3 views today

Nikmati Sepuasnya Aiskrim Durian McFlurry McDonald’s

Aiskrim Durian McFlurry McDonald's

Nikmati Sepuasnya Aiskrim Durian McFlurry McDonald’s

Nikmati Sepuasnya Aiskrim Durian McFlurry McDonald's

Kalau korang memang hantu durian & memang peminat setia McDonald, jangan lupa singgah dan dapatkan ais krim Durian Mcflurry. Yang paling bestnya, pada 17 hb Julai ni, korang boleh menikmati ais krim Durian Mcflurry ni sepuas-puasnya.

Bagaimana caranya? Haa..senang jer. Kalau korang selalu follow facebook McDonald’s, kat sana dah di beritahu pada 17 hb Julai nanti, dengan hanya Rm10 sahaja korang menikmati sebanyak yang korang nak.

Parti durian runtuh ni akan berlangsung selama 24 jam sahaja. Ia akan dibuat dalam 2 sesi. Sesi Pertama akan bermula pada jam 3 petang sehingga 4 petang. Manakala sesi kedua pula akan bermula mulai jam 5 petang sehingga 6 petang. Di maklumkan hanya 20 pelanggan pertama sahaja untuk setiap sesi. Jadi, kena lah cepat-cepat ada kat McDonald’s.

Jom kita pekena ais krim durian McFlurry sepuas-puasnya.. 😊

 

Baca jugak : Durian Crepe Paling sedap Di Alor Setar

 

1,770 total views, 3 views today

Durian crepe sedap di Alor Setar

Durian crepe sedap di Alor Setar

Durian crepe sedap di Alor Setar

Abam nak share sket dengan hangpa terutama peminat durian crepe yang dok kat area Alor Setar, Jitra dan kawasan berdekatan. Kini hangpa tak payah risau dah mana nak dapatkan durian crepe yang sedap kat sekitar Alor Setar ni.

Durian crepe sedap di Alor Setar
Cream ni memang sedap..rasa tak macam cream lain

Durian crepe ni menggunakan resepi istimewa, bukan dia boh whipping cream saja tau tapi dia ada bahan rahsia lain lagi. Bila makan tu, kombinasi cream dan durian menjadikan rasa durian tu sangat ummmmpphh..!! Isi durian yang digunakan pun yang berkualiti malah kuantiti durian dalam durian crepe ni pun agak banyak..tak seperti sesetengah durian crepe lain, hanya sket ja dibubuhnya. Kalau rasa nak isi durian tu lebih, hangpa boleh request nak extra isi durian.

Durian crepe sedap di Alor Setar

Dalam setiap pek, ada 6 biji durian crepe. Yang bestnya, ada pulak servis penghantaran terus ke rumah atau opis hangpa. Delivery kat sekitar Alor Setar Percuma plak tu.Kalau hangpa kat Area Jitra dengan Kuala Kedah, order ja 2 pek..delivery Percuma. Alang-alang boleh kutip order dengan geng opis kan.

Untuk hangpa yang memang hantu durian, hantu durian crepe..serius hangpa kena cuba durian crepe ni. Memang abam boleh kata, durian crepe sedap kat Alor Setar ni.

Camana nak order Durian Crepe Sedap kat Alor Setar ni?

Hangpa Kontek nombor kat bawah ni :
Bihah 0149021438
Fb profile : Sabihah
Harga : Rm10 sepeket
Untuk extra durian Rm12

Apa? Hangpa tak makan durian crepe?

Durian crepe sedap di Alor Setar
Kalau hanpa tak makan durian, hangpa boleh try flavors coklat, strawberi & oreo.

Jangan bimbang, ada crepe perisa lain gak tau macam perisa oreo, coklat & strawberi.
Apa lagi cepat-cepat lah order ya..

Baca juga Resepi Brownies yang mudah & sedap

Baca juga Kat mana nak order Brownies Sedap di Putrajaya

7,069 total views, no views today