Tips Untuk Keselamatan Semasa Check In Luggage Di Lapangan Terbang

Tips Untuk Keselamatan Semasa Check In Luggage Di Lapangan Terbang

Tips Untuk Keselamatan Semasa Check In Luggage Di Lapangan Terbang
Masa ni abam kat kaunter check in di KLIA2..Beg semua dah balut

Kalau korang prasan, baru-baru ni kecoh pasal isu travel agen yang di tuduh cuba seludup duit melalui seorang warga mas yang juga client dia sendiri. Isu ni patut jadikan pengajaran untuk korang yang suka travel atau yang nak sesapa saja di airport. Nasib baik duit, kalau dadah …mau ke tali gantung..

Di sebabkan isu ni memang besar dan patut semua orang tahu, jadi abam nak kongsikan beberapa tips yang mungkin dapat membantu.

Tips Untuk Keselamatan Semasa Check In Luggage Di Lapangan Terbang

1. Jangan sesekali terima kiriman dari orang lain yang kita tidak kenali atau yang baru dikenali…

2. Jangan sesekali combine bag dengan travel buddies yang baru kita kenal kat group-group travel..biar check in lugage masing-masing. Takpa bayar lebih, janji selamat. Takut nanti ntah apa-apa di letakan dalam beg tu.

3. Yang selalu guna begpack tu korang kena balut sebelum checkin. Banyak kes dah sebelum ni yang selitkan barang-barang terlarang ke dalam beg. Banyak kes yang kantoi kat airport tetiba ada dadah ..tak pasal-pasal jadi banduan nanti. Bukan sahaja begpack, beg yang masuk jer kat bahagian luggage..mohon sila balut. Korang boleh balut sendiri atau gunakan servis di airport/lapangan terbang.

Tips Untuk Keselamatan Semasa Check In Luggage Di Lapangan Terbang
Servis wrap/balut di lapangan terbang..ada sedikit caj dikenakan. Kluarkan sedikit duit demi keselamatan

4.  Salah satu perangai orang kita ni, terlalu baik hati sampai offer space luggage kita kat orang yang tak dikenali yang overweight luggage kat depan atau sebelah kita. Tolong ya, demi keselataman jangan buat macamni. Kalau nak tolong, rasanya lebih baik bagi dia duit untuk bayar denda overweight tadi tu.

5.  Jangan sesekali nak tolong pegang barang orang lain yang dikenali semasa di airport. Kekadang ada jer datang minta tolong jaga barang diorang sekejap sebab nak toilet ke,..untuk selamat, korang minta jer dia tinggalkan kat pondok polis atau kat kaunter informasi.

6. Kalau anda berada di surau dan kasut anda hilang, jangan pakai kasut yang di tinggalkan di surau tersebut, mungkin kasut itu dah di selitkan dadah dan cuba menjadikan anda keldai untuk melepasi border control.. kalau anda lepas akan ada orang yang pulangkan kasut anda dengan alasan tertukar semasa di surau…

7. Jangan sesekali korang tinggalkan beg anda tanpa pengawasan, bawak saja kemana korang nak pegi..walaupun ke toilet. Bukan apa, takut  nanti ada yang cuba ambik kesempatan, diorang akan masukkan barang-barang terlarang oleh sindiket-sindiket tertentu…

Jadi, untuk korang yang selalu travel tu, jangan terlalu risau..cuma kena lebih berhati-hati.

Tips Untuk Keselamatan Semasa Check In Luggage Di Lapangan Terbang
Kalau nak pegi travel kena enjoy, tapi keselamatan tetap kena jaga

Terima kasih kat korang yang singgah baca entri Tips Untuk Keselamatan Semasa Check In Luggage Di Lapangan Terbang ni..semoga dapat membantu korang semasa nak travel nanti.

 

Sumber dari fb Mazlan Zonan

 

Baca juga : Cara tuntut hutang dengan scammer pakej travel

1,402 total views, 0 views today