Stevia Royal Leaf, stevia paling sedap

Assalamualaikum ..hai korang..

Entri abam kali ni, abam nak ceritera sket pasal Stevia. Mungkin korang dah pernah guna dan mungkin dan ada yang dah guna dah pun kan… Banyak orang bagitau stevia ni sesuai untuk kencing manis jer. Tapi sebenarnya stevia ni bagus untuk di amalkan oleh semua orang. Terutama sekali yang nak jaga kesihatan dan tak pun nak kuruskan badan.


Sebut pasal kuruskan badan, abam mula diperkenalkan dengan stevia ni oleh budak-budak gym. Rupanya salah satu benda yang diorang gunakan masa diet, nak dapatkan badan yang cantik dengan gunakan stevia lah. Sebab stevia ni boleh dijadikan sebagai pemanis dalam minuman dan yang bestnya, stevia ni takda kalori langsung. Jadi nak gunakan bebila masa pun boleh.

Stevia Royal Leaf, stevia paling sedap

Tapi kan, dalam banyak jenama stevia yang abam gunakan,..abam cukup suka dengan Stevia Royal Leaf ni sebab rasanya seakan-akan rasa gula putih. Jika dibandingkan dengan jenama stevia lain, ada yang rasa nya agak payau dan kurang sedap. Nak tau napa? sebab Stevia Royal Leaf Stevia Royal Leaf diperbuat daripada stevia rebaudiana gred A yang terpilih dan berkualiti. Ianya merupakan pemanis semulajadi yang terbaik sekali. Sebab tu rasanya sedap.


Rupanya banyak kelebihan kalau kita mengamalkan Stevia Royal Leaf ni rupanya, antaranya :

■ Boleh membantu menurunkan paras gula dalam darah (pesakit kencing manis & hypoglycaemia)
■ Boleh menurunkan tekanan darah
■ Mengurangkan kesan radang
■ Anti oksidan yang tinggi dan boleh mengurangkan risiko kanser
■ Merawat cirit birit
■ Membetulkan sistem dalam badan
■ Melawaskan
■ Mengawal kandungan air dalam badan
■ Meningkatkan sistem imun terhadap kuman
■ Membunuh bakteria, kulat, virus
■ Mengurangkan tahap asid urik dalam badan
■ Membantu mengurangkan berat badan
■ Mempercepatkan pengeringan luka

Sebenarnya ramai yang tak sedar kelebihan dan kebaikan mengamalkan Stevia Royal Leaf ni. Dah terlalu banyak diwawarkan tentang keburukan penggunaan gula putih atau gula perang jika diamalkan berlebihan.

Bahaya gula pasir/gula perang
⊙ Terdapat terlalu banyak keburukan gula putih/gula perang yang memudaratkan kesihatan baik dalam jangkamasa singkat mahupun panjang.

Antaranya:-
1. Boleh mengganggu sitem imun badan.
2. Menyebabkan daya tahan badan lemah untuk melawan jangkitan bakteria
3. Meningkatkan tahap glukosa
4. Menambah kalori yang tidak diperlukan dalam badan
5. Menyebabkan hiperaktif di kalangan kanak-kanak dan mengganggu tumpuan.
6. Kehilangan keanjalan tisu badan dqn fungsinya.
7. Menjadi racun dalam badan jika diambil dalam jangka masa yang panjang dan membawa kepada pelbagai jenis penyakit

dan pelbagai masalah-masalah lain yang berkaitan dengan pengambilan gula secara tidak terkawal dan berlebihan.
Lagi satu, Stevia Royal Leaf bukan sahaja sesuai untuk dicampur kedalam minuman sahaja, malah boleh jugak kalau korang nak guna dalam masakan ke,..nak buat kuih ke..
Contoh dalam entri abam yang lepas, abam ada kongsikan tentang Jus Sayur dan Buah aka Jus Detox. Dengan menambahkan Stevia Royal Leaf  ke dalam jus tadi,pergghh rasanya lagi sedap..
Korang boleh tengok resepi nya kat sini..Resepi Jus Sayur dan Buah aka Jus Detox

Kalau korang berminat nak dapat Stevia Royal Leaf ni, boleh hubungi :
Facebook : Royal Leaf Stevia HQ
Instagram : Royal Leaf Stevia
email: royalleafstevia@yahoo.com
whatsapp : 019-2000 647

Komen abam, …abam  cukup rekomen korang bertukar dengan menggunakan Stevia Royal Leaf sebagai pengganti gula. Bukan sahaja mampu membantu meningkatkan kesihatan malah penggunaannya pun jimat.

Bayangkan, setitis pun dah mampu memaniskan segelas air. Anggaran lebih kurang setitis Stevia Royal Leaf bersamaan dengan 3 sudu gula.
Dengan hanya Rm30 sebotol dah boleh dapat sehingga 280 titis, Memang jimat sangat.


Semoga perkongsian abam kali ni dapat bagi manfaat kepada semua..

 

6,427 total views, 3 views today

Sharing is caring!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge