Setelah 14 tahun menabur bakti….

Kalau korang nak tau, nilah satu-satu tv yang abam guna sejak abam kahwin dulu. Dah 14 tahun rupanya abam beli tv Toshiba Bomba ni… Siang malam, kadang-kadang sampai 24 jam tak pernah tutup, biar jer terpasang. Kadang-kadang tak tengok pun. Abam yang terlelap kat sofa, tv yang tengok abam….hehehe..
Serius, memang puas hati dengan tv ni. Masa zaman abam beli tu, Toshiba Bomba ni antara yang tercanggih jugak lah. Tahan lasak…mau taknya. Selalu kena henyak dengan anak-anak abam yang sememang aktif. Tau-tau dah panjat berdiri kat atas tv. Nak jadi superman katanya..adoii…
Setahu abamlah, rasanya belum ada lagi tv “flat screen” lagi masa tu. Zaman tu semua jenis besar-besar macamni..berat jangan cakap lah. Kalau setakat sorang nak angkat, mau terbuasir nanti…hehehhe..
Sebenarnya takda apa yang rosak pun, cuma rosak pada butang “on” jer yang. Butang tu dah “loose”. Sebelum ni pun terpaksa ketatkan, abam selitkan kertas…punyalah nak jimat. Bukan kedekut tau, tapi jimat cermat..kikiki.. Kalau butang tu ok, tv ni masih berfungsi lagi sebenarnya. Masih cantik lagi..
Mungkin tiba masanya abam kena tukar tv yang lebih canggih kot, kan sekarang dah ada smart tv. Cari yang “flat screen”. Lekatkan jer kat dinding. Kalau abam pindah kuarters di Putrajaya ni pun senang, tak perlu susah-susah nak kena minta tolong jiran angkat. Jiran pun gelak kot tengok abam masih pakai tv sebesar alam macam tu..Kalau tv “flat screen” nipis, ringan jer, jadi abam sorang pun boleh angkat..
Sekarang abam dok fikir, kat siapa abam nak bagi jer tv Toshiba Bomba ni. Kalau ada yang nak, abam nak bagi free jer. Tak sampai hati lah nak buat kat tempat sampah, sayang ler pulak..lagi pun ada sentimental value tu. Mau tak nya, abam beli tv tu lepas sebulan abam kahwin tau..Kenangan tu..
So sekarang ni anak-anak nak layan tv, buka notebook…streaming jer online. Nak tengok movie, buka jer link-link movie. Google jer, kompom jumpa..
Apa-apa pun nak kena cari job banyak-banyak dulu, baru boleh beli tv baru. Mudah-mudahan ada rezeki lebih untuk tahun 2016 ni..Insya Allah .aamiin.. 🙂

Sharing is caring!

One Reply to “Setelah 14 tahun menabur bakti….”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge