Resepi Nasi Liwet Sunda – Mudah dan Sedap

Assalamualaikum… hi korang..

Giler lama tak update blog. Sejak berkecimpung dalam bidang pemakanan ni, abam sibuk betul. Kadang-kadang tidur dalam 2-3 jam jer dalam sehari sampai blog pun terbengkalai. Tapi hari ni, abam dapat curi masa sket..nak update jugak. Kali ni abam nak update pasal resepi yang abam cuba dari akak viral kat FB tu..kak Norlaila Dlaila, tokei kedai Mee Udang Dlaila yang femes kat Nilai. Boleh tengok entri abam sebelum ni http://abamkorie.com/2016/02/bubur-nasi-berlauk-dlaila-terbaik/

Resepi yang abam nak share kali ni, cukup mudah. resepi Nasi Liwet Sunda, resepi yang amat sesuai untuk korang yang nak masak tapi bz macam abam ni. Bahan-bahannya cukup mudah. Tapi rasa, memang mabeles abiss…

RESEPI NASI LIWET SUNDA – MUDAH & SEDAP

BAHAN-BAHAN :

 

abamkorie-com-nasi-liwit4

Beras 3 cup (ikut cup sukat beras tu)

Bawang Besar – 1 labu di potong-potong

Serai – 2 batang

Daun pandan – 2/3 helai

Daun Salam – Ini nak letak pun boleh, tak nak letak pun boleh…nak bagi wangi.

Daun bawang – 2/3 pokok di potong kecil-kecil

Cili Api – 2/3 biji di ricik, kalau korang suka pedas boleh bubuh lebih dari tu.

Minyak masak/marjerin/mentega – abam gunakan mentega.. lebih kurang 2 sudu makan.

Pati ayam Maggi – 3-4 sudu makan.

abamkorie-com-nasi-liwit2

Garam – secukup rasa atau jika perlu.

Ikan masin

Petai – 1 mangkuk

abamkorie-com-nasi-liwit3

Nenas – 1 mangkuk yang telah hiris halus

abamkorie-com-nasi-liwit1

buah mangga – 1 mangkuk yang telah hiris halus

 

CARA-CARANYA :

Beras yang telah dibersihkan dan diletakan air ikut sukatan biasa untuk memasak nasi.

Masukan kesemua bahan tadi kecuali ikan masin dan petai. Untuk ikan masin korang boleh gunakan sebarang jenis ikan masin dan boleh samada digoreng dahulu, kalau korang rajin atau kalau masa korang malas tahap gaban, boleh jer terus campak masuk dalam periuk tu.

abamkorie-com-nasi-liwit7

Okeh, bila semua bahan tadi dah dimasukan. Biarkan sehingga air kering. Kemudian baru masukan ikan kering dan petai. Sebenarnya abam lebih suka kan petai yang ada kulit tu, tapi sebabkan susah sangat nak cari. Abam beli jer yang dah packing tanpa kulit.

disebabkan abam suka daun bawang tu nampak hijau-hijau lagi, so abam masukkan bersama dengan petai dan ikan masin..
disebabkan abam suka daun bawang tu nampak hijau-hijau lagi, so abam masukkan bersama dengan petai dan ikan masin..

Kecil kan api dapur & tutup kan periuk nasi. Biarkan sehingga masak.

Haaa…simple kan resepi Nai Liwet Sunda ni kan. Serius abam cakap rasana memang sedap. Korang boleh masak banyak-banyak, simpan sampai malam, dah tak yah nak pikir..apa nak dimasak malam nanti.

Disebabkan ada yang tak makan petai, yang ni korang boleh skip…kira petai ni optional lah. Tapi kalau yang memang hantu petai, boh jer banyak-banyak.. Tapiii…jangan lupa flush dengan clorok masa korang lepas masuk toilet nanti …ahhaha jangan kata abam tak bagi tau…hahaha..

Okeh..terima kasih sebab terjah blog abam yang tak seberapa ni, dan selamat mencuba resepi yang cukup mudah tapi rasa nya, emm..walllah.. cukup ohsem…

Nasi tu agak lembik sket, sebab abam terlajak taruk air...heheh...
Nasi Liwet Sunda ni agak lembik sket, sebab abam terlajak taruk air…heheh…

Sharing is caring!

6 Replies to “Resepi Nasi Liwet Sunda – Mudah dan Sedap”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge