Resepi Mee Goreng Mudah, Ringkas dan Sedap

Resepi Mee Goreng Mudah, Ringkas dan Sedap

Haaah.. setelah dah nak sampai penghujung Ramadhan baru lah ada kesempatan nak update blog abam ni. Draf dah lama buat tapi masa saja takda nak buat. Mau tak nya, tahun ni spesel sket. Abam buat biskut raya..haaa..hehehhe.. Waktu malam, abam dengan wife sama-sama buat tempahan biskut raya sampai sahur pastu bila siangnya, kalau takda keja ..memang tido lah jawapnya.

Okeh,..entri kali ni sebenarnya abam just nak share salah satu resepi yang mudah nak buat. Terutama masa bulan Ramadhan ni, ramai yang rajin nak masak untuk berbuka dan untuk sahur. Resepi kali ni, resepi mee goreng yang mudah dan ringkas & Insyaallah sedap hehehe..

Jom layan resepi Mee Goreng Mudah, Ringkas dan Sedap ni. Sesuai untuk korang yang nak buat sarapan ke atau nak buat minum petang atau bila-bila korang suka lah..hehhe

Resepi Mee Goreng Mudah, Ringkas dan Sedap

Resepi Mee Goreng Mudah, Ringkas dan Sedap

Bahan-bahan :

1 bungkus mee kuning
2 cawan daging kisar atau isi ayam
1 cawan fish ball & fish cake
3 sudu  sos cili
2 sudu sos tiram
5 sudu kicap pekat
1 cawan taugeh
1 cawan kobis
1 cawan sawi hijau
1 cawan lobak merah
2 biji telur

Bahan untuk dikisar halus :
1/4 cawan cili kering yang telah direbus
2 biji bawang besar
8 ulas bawang putih

Cara-caranya :

Panaskan sedikit minyak terlebih dahulu.
Tumiskan bahan-bahan yang telah dikisarkan tadi sehingga naik bau.

Kemudian masukkan daging kisar atau isi ayam
Kacau sehingga ia masak.
Kemudian masukan sos cili, sos tiram dan kicap pekat.
Masukkan fish ball & fish cake kemudian kacau seketika.
Kemudian masukan telur dan sambung kacau sehingga rata.

Masukkan sayur keras seperti kobis dahulu. Biarkan ia masak sekejap

Kemudian masukkan mee dan tambahkan sedikit air dan kacau sehingga rata. Kalau korang suka mee goreng yang agak basah, boleh lah masukan air lebih sket. Tapi kena mungkin kena tambah sket sos cili dan sos tiram untuk tambahkan rasa.

Bila hampir nak masak tu, boleh dimasukan sayur sawi dan taugeh ke dalam mee goreng tadi. Kalau nak tambahkan daun kuchai pun sodap jugak.
Lepas tu boleh korang rasa samada perlu dicampurkan sedikit garam atau pun gula mengikut selera tekak korang.

Selain dari isi daging kisar atau isi ayam, korang boleh jugak gunakan udang, sotong atau kerang untuk resepi mee goreng ni.

Sebelum dihidangkan, bolehlah tabur sedikit cili merah yang dihiris dan daun bawang serta bawang goreng. Jika suka, perahkan air asam limau nipis. Nak best lagi tambahkan telur goreng kat atas mee tu..peeghhh..heheh..

Sekian perkongsian resepi Mee Goreng Mudah, Ringkas dan Sedap ni. Khas untuk korang. Selamat mencuba nanti.

Resepi asal, kredit untuk Cik Eny

Nak cuba resepi lain ? Jom ke Resepi Brownies kedut

12,097 total views, 48 views today

Sharing is caring!

3 Replies to “Resepi Mee Goreng Mudah, Ringkas dan Sedap”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge