Resepi Masak Lemak Cili Padi Cendawan Kukur bersama Terung Pipit

Resepi Masak Lemak Cili Padi Cendawan Kukur bersama Terung Pipit

” Malam ni nak makan apa nii..?
Solan mudah jer kan, tapi kekadang sudah nak fikir apa yang di masak. Ni lah dilemma setiap hari kalau nak masak kat umah.

Tadi masa nak ambil anak balik dari sekolah, masa kat kantin ternampak ada masak lemak cili padi. Nampak macam menarik jer ni. Apa lagi cara, mudah nak cari resepi dengan tanya pakcik Google lerr..­čśé

Haaa..terjumpa resepi masak lemak cili kat blog Che Mat Gebu. Yang menariknya, dalam resepi ni Che Mat guna cendawan kukur dengan terung pipit. Jadi ada kelainan untuk resepi ni.

Resepi Masak Lemak Cili Padi Cendawan Kukur bersama Terung Pipit
Terung pipit
Resepi Masak Lemak Cili Padi Cendawan Kukur bersama Terung Pipit
Cendawan Kukur

Ok, jom abam share resepi yang di cedok bulat-bulat dari blog Che Mat ( minta izin yer Che Mat . hehhehe)

Resepi Masak Lemak Cili Padi Cendawan Kukur bersama Terung Pipit

BAHAN – BAHAN :
– 200 gram cendawan kukur segar, bersihkan dan rendam
– 1 cawan terung pipit, buang tangkai, di cuci dan di toskan
– 1 genggam ikan bilis
– 2 batang serai, diketuk
– 1 keping asam gelugor
– 1 liter santan cair
– 300 ml pati santan
– Garam dan gula secukup rasa

BAHAN – BAHAN KISAR HALUS :
– 1/3 cawan cili padi kampung ( Boleh adjust lebihkan atau kurangkan)
– 1 inci kunyit hidup, pilih kuyit yang tua
– 4 biji bawang merah
– 2 ulas bawang putih

CARA MEMASAK :
– Kalau ikut resepi asal, terung pipit direbus hingga empuk, tapi abam terus masukan jer.
– Ikan bilis dibersihkan.
– Bersihkan dan toskan cendawan kukur, kemudian cuci sekali lagi, tos dan perah airnya.┬áMasukkan cendawan dalam lesung batu dan┬átumbuk-tumbuk sedikit biar cendawan pecah , jangan tumbuk sampai lumat.

– Kemudian masukkan cendawan kukur, serai titik, terung pipit dan bahan-bahan yang telah dikisar halus tadi ke dalam periuk. Gaul rata.Tuang santan cair, kacau dan masak hingga mendidih.

– Kemudian tambah ikan bilis dan asam gelugor. Masak hingga cendawan lembut.

– Tuanng pati santan, kacau rata dan perasakan dengan garam secukupnya (anggaran 1 1/4 camca teh) dan sedikit gula. Kacau dan masak sekejap. Boleh matikan api.

Resepi Masak Lemak Cili Padi Cendawan Kukur bersama Terung Pipit)

Okeh dah siap pun menu Masak Lemak Cili Padi Cendawan Kukur bersama Terung Pipit. Hidangkan bersama nasi putih, ikan goreng dan telur dadar..memamg auumm .
Selamat mencuba.

Kredit resepi asal Blog Che Mat Gebu

Resepi lain yang korang boleh cuba :

1. Resepi Ikan Siakap 3 Rasa

2,073 total views, 9 views today

Sharing is caring!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge