Resepi Ikan Siakap Masak 3 Rasa Mudah dan Sedap

‌Cuti sekolah kembali lagi, maka akan riuh rendahlah seisi rumah dengan tempik gumpita suara anak-anak. Antara benda yang susah nak fikir kalau anak-anak ada kat umah ni, …apa yang nak dimasak untuk diorang makan. Menu pun nak kena juga dengan selera tekak diorang. Belek punya belek kat dalam peti ais, ada pulak ikan siakap. Apa lagi, hari ni abam masakan ikan siakap masak 3 rasa untuk diorang.

‌Menu ikan siakap masak 3 rasa ni, bukan saja jadi favourite untuk anak-anak, tapi favourite abam dengan wife jugak. Ikan siakap tu di goreng garing-garing dengan di tambahkan dengan rasa sosnya yang masam manis pedas, fuuuhh memang akan bertambah-tambah makan nasi. Lagipun, resepi ni cukup mudah dan bahan-bahan pun senang nak dapatkan. Ok jom, abam kongsikan resepi mudah dan sedap untuk korang cuba.

Tips 6 Jenis Bahan Yang Mempengaruhi Hasil Biskut Menjadi Lebih Sedap

Resepi Ikan Siakap Masak 3 Rasa

Untuk Ikan:

Ikan Siakap Masak 3 Rasa

• 1 ekor ikan siakap di potong 2, di kelar-kelar . Lumurkan garam kunyit.

• Tepung jagung untuk di lumurkan kat ikan.

• Minyak secukupnya untuk menggoreng ikan.

Bahan-bahan untuk menumis :

• 2 ulas bawang putih (diketuk)

• 3 tangkai cili padi – dipotong kecil ( kalau nak pedas, letak ler lebih)

• 1 inci halia dihiris halus-halus.

• 1 batang serai (diketuk)

Bahan-bahan untuk sos :

• 2 sudu besar sos tomato

• 2 sudu besar sos cili

• 1 sudu besar sos tiram

• 1 sudu besar sos ikan

• 1 biji bawang besar ( dipotong dadu)

• 1 biji tomato (dipotong dadu)

• 1/2 biji cili capsicum (dipotong dadu)

• 3 helai daun limau purut yang dibuang tulangnya

• Daun sup/daun bawang untuk hiasan

• Minyak masak secukupnya untuk menumis.

• Garam

• Gula

Cara-caranya  Penyediaan Ikan Siakap Masak 3 Rasa :

1. Menggoreng ikan siakap.
Ikan siakap tadi tu dibersih terlebih dahulu dan ditoskan. Lumur dengan garam kunyit. Biarkan seketika. Bila dah nak goreng tu, lumurkan pula dengan tepung jagung keseluruhan ikan.

Panaskan minyak di dalam kuali, cukup untuk tenggelam kan ikan dalam kuali. Pastikan minyak betul-betul panas, sebelum memasukan ikan ke dalam kuali. Gorengkan ikan sehingga betul-betul garing ya.

2. Memasak sos.
Panaskan minyak dalam kuali yang lain. Tumiskan bahan menumis tadi, iaitu bawang putih, halia, cili padi dan serai.

Setelah bawang putih menjadi kekuningan, masukkan bahan sos cili, sos tomato, sos tiram,  sos ikan dan daun limau purut. Kacau sebentar. Kalau nak sedap lagi, kalau ada nenas yang dalam tin tu, ambil sedikit air sirap tu dan campurkan dalam campuran sos tadi.

Kemudian, dimasukkan bahan-bahan lain iaitu bawang besar, tomato yang telah dipotong dadu, dan cili benggala. Masukkan sedikit air jika terlalu pekat. Jika ada nenas dalam tin, boleh campurkan sekali. Tambahkan sedikit gula dan garam jika perlu.

Biarkan kuah mereneh seketika. Setelah kuah menjadi pekat dan dah nampak berkilat, boleh tutup api, angkat sos tadi dan tuangkan ke atas ikan siakap yang telah digoreng garing tadi. Kemudian taburkan sedikit daun sup dan daun bawang sebagai hiasan. Haa..siap pun ikan siakap 3 rasa dan sedia untuk dihidangkan.

Sikap masak 3 Rasa

 

Selamat mencuba resepi mudah dan sedap ni, Ikan Siakap Masak 3 Rasa

Kredit resepi asal Azie Kitchen.

Resepi Kari Ikan Ala Utara

 

1,092 total views, 24 views today

Sharing is caring!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge