Resepi Brownies Kedut yang cukup Mudah

Resepi Brownies Kedut


Hi Assalamualaikum..

Terasa rajin pulak nak buat entri sekarang ni..Entri blog kali ni abam nak kongsikan satu resepi brownies kedut sedap dan mudah untuk korang buat. Sekarang ni, brownies memang semakin glamer dan cukup mendapat  sambutan.

 

RESEPI BROWNIES KEDUT
Plain brownies atau lebih dikenali sebagai Brownies kedut..memang cukup sedap.

 

Sebenarnya ada macam-macam variasi resepi untuk brownies ni. Yang paling asas dan paling mudah nak buat adalah brownies kedut. Kenapa namanya Brownies Kedut? Sebab apabila dah dimasak,permukaan atas nya kelihatan berkedut dan kelihatan sedikit merekah-rekah. Tekstur brownies yang padat dan agak lembap serta kaya dengan rasa coklat.

Resepi Brownies Kedut
Jom abam kongsikan resepi brownies kedut yang sedap dan mudah untuk korang cuba.

Resepi Brownies Kedut

Bahan A
400 gm Dark Chocolate
150 gm Butter (salted)
30 gm serbuk koko

Bahan B
150 gm gula kastor
4 biji telur ayam saiz A
1 sudu kecil asen vanilla

Bahan C
100 gm tepung gandum
1 sudu kecil baking powder

Cara Penyediaannya :

1 Panaskan Oven terlebih dahulu pada suhu 160 C.

2. Bahan A di campurkan sekali dan kemudian di cairkan dengan teknik double boiler.
3. Satukan bahan B didalam satu bekas. Dikacau perlahan-perlahan sehingga gula kastor sebati dengan telur dan essence vanila.

4. Kemudian satukan bahan A dan bahan B. Kacau perlahan-lahan menggunakan spatula.
5. Kemudian masukan pula campuran bahan C dan kacau perlahan-perlahan sehingga tepung betul-betul sebati.
6. Masukan aduanan tadi ke dalam loyang bersaiz 10×10. Dan pastikan didalam loyang tu dilapik dahulu dengan  kertas pembakar (baking sheet) atau Patchment paper.

7. Masukan ke dalam oven dan masakan antara 30min ke 40min. Setiap oven mempunyai tahap pembakaran yang berbeza. Jadi nak pastikan tak terlebih bakar brownies tadi tu, selalu uji dengan cake tester yer.
8. Bila brownies tadi tu dah masak, biarkan dulu kat oven tu dulu antara 10-15min. Tapi renggang sedikit pintu oven tu ya.

9. Selepas 15 min, keluarkan oven dan biarkan ia sejuk dalam suhu bilik dalam beberapa jam sebelum dipotong.

Resepi brownies ni adalah inspirasi dari resepi Puan Eny Abdullah, rakan blogger abam. Abam ubahsuai sket mengikuti citarasa abam sendiri. Kepada kawan-kawan yang ada di Jitra yang mungkin nak tempah kek..boleh kontek-kontek Puan Eny yer..kek dia cantik-cantik wooo…

Tips nak dapatkan Brownies Kedut yang sedap :
1. Simpan dalam bekas kedap udara dan brownies boleh tahan dalam beberapa hari.
2. Jangan terlebih masak atau overbaked. Brownies yang sedap, mestilah sedikit garing dibahagian atas tapi didalam masih rasa lembut/moist.
3. Kualiti Dark Choc dan serbuk koko. Gunakan jenama yang premium. Walaupun harga agak mahal, tapi perbezaan rasa yang lebih sedap dan mewah menjadikan ia lebih berbaloi.

Selamat mencuba.

Jom baca kat sini : Tempahan Brownies Sedap

5,374 total views, 57 views today

Sharing is caring!

One Reply to “Resepi Brownies Kedut yang cukup Mudah”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge