Resepi Ayam Panggang Lada Hitam

Hi Assalamualaikum..hi korang..

Dalam entri sebelum ni,  abam ada ceritera kat korang...masuk jer tahun 2017 ni, dengan azam baru nak jaga pemakanan semula dengan nak rajin  pegi gym balik. Almaklum bila nak masuk 40s ni, antara benda paling penting nak kena jaga, pasal kesihatan lah kan..

Dalam bab nak turun kan berat badan atau dengan kata lain, nak hilangkan lemak kat badan ni, yang paling utama sebenarnya kena jaga apa yang kita makan. Bukan senang sebenarnya nak lawan nafsu makan ni tau..tambah-tambah pulak dok pi makan kat restoran..tengok menu ni sedap..tengok menu itu sedap…akhir semuanya dibalun..abis diet hehhe..

Jadi tengah ada mood rajin nak masak ni, abam cuba cari-cari resepi yang sedap dan abam terjumpa kat blog sahabat abam ni, si Cik Mat Gebu heheh…rasanya resepi agak sihat untuk abam kongsikan dengan korang..

Resepi Ayam Panggang Lada Hitam

Bahan-bahannya :

Bahan A

  • 10 ketul ayam bersaiz sederhana, abam lebih sukakan bahagian isi
  • 8 camca besar sos lada hitam
  • 2 camca besar madu
  • 2 camca besar sos ikan
  • Daun salad untuk hiasan*mengikut resepi asal, Cik Mat menggunakan kicap cair, tapi disebabkan kat umah abam takdo..jadi abam gunakan apa yang ada jer…masa tu yang ada hanya sos ikan…

    Bahan B – Di kisar halus

  • 2 inci halia
  • 4 batang serai, hiris halus
  •  1 inci lengkuas
  •  6-8 biji bawang merah
  •  5 ulas bawang putih
  •  1-2 camca besar ketumbar
  •  1-2 camca teh jintan manis
  •  1/2-1 inci kunyit hidup

Cara-cara membuatnya : 

  • Bahagian ayam yang dah dibersihkan dikelar-kelar atau dicucuk-cucuk dengan garfu dan kemudian dimasukan bahan-bahan B iaitu bahan yang telah kita kisarkan tadi. Tambahkan sos ikan atau kicap cair dan jugak madu. Tujuan dicucuk-cucuk dengan atau dikelar kat ayam tu untuk bagi senang bahan-bahan perap ni masuk dan meresap kat isi ayam tu.. perapkan dalam peti ais dalam 5-6 jam.
  • Macam jugak Cik Mat, abam juga gunakan pemanggang ajaib untuk memanggang ayam ni…mudah dan cepat. Gunakan api yang sederhana, dan balik-balikkan ayam tadi semasa proses memasak. Boleh sapukan bahan perapan tadi semasa proses memanggang tadi. Bila dah masak,boleh dihidangkan dan dihiaskan dengan daun salad.

Untuk resepi ni abam perapkan ayam tu dalam kuantiti yang banyak. Kemudian abam akan bahagikan dalam 2-3 ketul dalam 1 bekas. Tujuannya untuk jimatkan masa. Jadi bila nak makan jer, nyah beku dulu pastu dah boleh panggang dah.
Okeh selamat mencuba resepi sihat ni, kredit untuk Cik Mat Gebu.

 

4,349 total views, 3 views today

Sharing is caring!

7 Replies to “Resepi Ayam Panggang Lada Hitam”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge