Rekod 3.7 Juta Pengunjung di MAHA 2016

Assalamualaikum…hi korang..

Tadi terjumpa pasal info pasal MAHA 2016 kat Berita Harian Online, yang mana pengunjung kali ni mencecah sampai 3.7 juta orang. Perghh..memang hebat MAHA kali ni. Tak hairanlah, rata-rata pengunjung bukan datang dari berdekatan Selangor & Negeri Sembilan saja, bahkan dari seluruh pelusuk negara. Datang nak tengok apa yang menariknya di MAHA yang dibuat setiap tahun ni.. Memang abam akui tahun ni agak berlainan sket disebabkan jalan sentiasa sesak dari mula ia dilancarkan pada 1 Disember sehingga hari terakhir MAHA 2016, 11 Disember 2016.

 

Kedatangan pengunjung mulai awal pagi sehingga malam.
Keadaan sentiasa sesak dengan penjung walaupun cuaca panas terik.

Cer tengok kat bawah ni, abam kongsikan satu video …dari pagi sampai petang, tak putus-putus dengan pengunjung yang datang.

Sebenarnya ada yang menarik kali hingga ada pengunjung sanggup tunggu sehingga ke malam. Ini kerana disebelah malamnya ada persembahan dari artis-artis terkenal seperti Khalifah, Projektor Band, Man Bai, Ramli Sarip dan ramai artis lagi.

Kali ni MAHA 2016, menerapkan konsep agrotainment yang agak berbeza dan kelainan dari MAHA sebelum ini dengan adanya Kampung Mok Cun, Upin Ipin dan Festival muzik. Pendekatan baru ni menyebabkan ramai yang lebih berminat nak datang dan tengok sendiri kelebihan kat MAHA 2016.

Satu lagi apa yang abam baca di Berita Harian Online, selain dari rekod 3.7 juta kedatangan pengunjung iaitu rekod paling tinggi sejak penganjuran MAHA,  menurut Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani lagi, Datuk Ahmad Shabery berkata, nilai jualan pada MAHA 2016 juga memberangsangkan apabila RM380 juta dicatat dalam tempoh 11 hari pameran itu berlangsung. Terbaik lah MAHA 2016.

Rasanya bukan saja abam, bahkan semua pengunjung teruja dengan MAHA2016 tahun ni. Semoga MAHA yang akan datang akan lebih hebat dan lebih menarik. Insyaallah.  Tahnia MAHA 2016.

Nak tengok gambar-gambar menari di MAHA 2016
Jom ke sini https://www.facebook.com/maha.gov.my/

3,841 total views, 0 views today

Sharing is caring!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge