Kena Kejar Dengan Kambing di Rabbit Fun Land Lenggeng

Bila sampai jer hujung minggu, kekadang buntu juga tak tau nak kemana… Asyik melepak kat area Putrajaya jer. Dok fikir kat mana tempat yang anak-anak teruja nak pegi, tempat yang santai-santai..pastu dengan budget yang rendah. Pastu baru teringat kat Semenyih ada satu taman arnab. Dah tak jauh dari Putrajaya ni. Bila google, rupanya taman arnad ni dah berpindah ke Lenggeng rupanya. Boleh jer cari Rabbit Fun Land Lenggeng, satu jalan jer dari tapak asal taman arnab yang lama tu.

Kalau korang kat Putrajaya, perjalanan ke Rabbit Fun Land Lenggeng ni hanya ambil masa lebih kurang 50 minit sahaja. Masa abam ke sana, abam ikut jalan Broga. Tips sket untuk korang kalau nak kesana. Pegi awal pagi untuk elakan kesesakan lalu lintas kat pekan Semenyih dan nak elakan panas masa kat Rabbit Fun Land nanti.

Jom abam kongsikan apa yang menarik kat dalam Rabbit Fun Land lenggeng ni..

RABBIT FUN LAND LENGGENG, NEGERI SEMBILAN

Bila masuk jer Rabbit Fun Land Lenggeng ni, anak-anak dah teruja dah..terus terkam ke rumah arnab. Macam-macam warna, semua gebu-gebu arnab kat sini. Arnab-arnab kat sini pun jinak-jinak. Hulur jer makanan, memang cepat jer arnab-arnab ni makan..

Broga Fun Land Lenggeng
Rabbit Fun Land Lenggeng
Rabbit Fun Land Lenggeng
Rabbit Fun Land Lenggeng
Rabbit Fun Land Lenggeng
Selain dari arnab, terdapat haiwan lain jugak kat Rabbit Fun land Lenggeng ni..antaranya burung merpati ni..

Rabbit Fun Land Lenggeng
Selain dari arnab, ada haiwan lain jugak tau yang korang boleh bagi makan. Makanan haiwan tu korang boleh beli kat kaunter masa masuk tu..

Rabbit Fun Land Lenggeng
Memula semua takut nak bagi kuda ni makan..tengok lah gigi kuda tu..heheh jadi abam kena buat demo dulu…

Rabbit Fun Land Lenggeng

Rabbit Fun Land Lenggeng
Burung Merak pun ada kat Rabbit Fun Land Lenggeng ni..
Rabbit Fun Land Lenggeng
First time dapat tengok monyet dekat-dekat…
Rabbit Fun Land Lenggeng
Kalau balik kampung sebenarnya ada jer kambing …tapi sejak dok Putrajaya ni..dah lama tak tengok..tu yang teruja nak bagi makan tu hehehe

Rabbit Fun Land Lenggeng

Rabbit Fun Land Lenggeng

Kat Rabbit Fun Land Lenggeng ni ada sekor lembu dengan sekor kerbau albino yang besar giler..ni korang kena tengok dekat-dekat..

Rabbit Fun Land Lenggeng
kat Rabbit Fun Land Lenggeng ada lembu dengan kerbau albino yang besar giler…


Salah satu tarikan kat Rabbit Fun Land Lenggeng ni, pony ride..yang ni korang mesti cuba…

Rabbit Fun Land Lenggeng

Rabbit Fun Land Lenggeng

Rabbit Fun Land Lenggeng
Rusa pun ada kat sini…bukan senang nak jumpa rusa ni…

Lepas bagi rusa-rusa tu makan. Datang sekawan kambing nak join sekali. memula ok jer. Bila dah banyak kambing tu..Haziq dah cuak dah..heheh . Korang tengok lah muka Haziq, dah nak nangis sebab ada sekor anak kambing tu suka ikut dia..hehhe..

Rabbit Fun Land Lenggeng
Ntah apa yang anak kambing tu berkenan sangat dengan si Haziq ni…sampai wife dah dukung Haziq pun, kambing tu siap nak panjat kat beg wife. Abam kat belakang dengan anak-anak abam yang lain dah tak tahan gelak dah..heheheh

Rabbit Fun Land Lenggeng
Haziq dengan wife dapat melepaskan diri dari anak kambing tadi tu bila ada staf kat situ tolong pegang anak kambing tadi. Tempat seterusnya, kat Rabbit Fun Land Lenggeng ni ada jambatan gantung. Jambatan ni takda lah setaraf  dengan jambatan gantung kat Taman Negara tu. Bagi anak-anak layan seronok jer.

Rabbit Fun Land Lenggeng
Komen abam, persekitaran kat sini memang agak best jugak. Jauh dari bandar. Banyak pokok-pokok dan ada suasana hutan dan ladang. Kawasan Rabbit Fun Land Lenggeng ni pun agak bersih.  Tapi kan kalau Rabbit Fun Land Lenggeng dapat besarkan dan tambahkan lagi pelbagai jenis haiwan seperti KL Tower Mini Zoo yang abam pernah pegi dulu tu, rasanya lebih menarik.

Keseluruhannya, abam rasa Rabbit Fun Land Lenggeng ni boleh  dijadikan salah tempat untuk bersantai dengan keluarga dihujung minggu. Ini kerana bayaran masuk pun tak mahal sangat, hanya Rm8 sahaja untuk setiap pengunjung. Hanya kanak-kanak yang berusia 2 tahun kebawah,masuk adalah percuma.

Rabbit Fun Land Lenggeng ni hanya dibuka pada setiap hari Sabtu, Ahad dan hari cuti umum sahaja. Kalau hari biasa ditutup untuk pengunjung luar sebab nak bagi ruang khas untuk rombongan sekolah. Untuk maklumat lanjut boleh dapatkan detail kat bawah ni.

Instagram : @Rabbit_funland
Facebook : Rabbit Fun Land Lenggeng

Lot 1556, Mukim Lenggeng, 71750, Lenggeng, N.Sembilan
Waze : rabbit fun land , Setul Lenggeng
Waktu operasi setiap Sabtu, Ahad dan Cuti Umum
Jam: 11.00 pagi sehingga 6.30 petang

 Sebelum balik, lembu ni ajak selfy dulu…so layan jer lah..kang kecik ati plak nanti… hehehRabbit Fun Land Lenggeng

6,088 total views, 6 views today

Sharing is caring!

2 Replies to “Kena Kejar Dengan Kambing di Rabbit Fun Land Lenggeng”

  1. Tak Pernah tahu ada tempat cmni..padahal dok ulang alik balik kg jer sebelum ni..kt umh ada bela rabbit n ayam kampung jer..bw ank2 g tempat ni agaknya lg teruja kot budak2..hihihi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge