Putrajaya Floria 2018

Putrajaya Floria 2018
Royal Floria Putrajaya

Putrajaya Floria 2018

Tahun ini sekali Putrajaya Floria atau nama penuhnya Royal Floria Putrajaya 2018 kembali lagi. Acara tahunan yang dianjurkan setiap tahun di Putrajaya ni merupakan salah satu pameran tahunan bunga dan taman terbaik di Malaysia. Putrajaya Floria ni akan berlangsung selama 9 hari bermula dari 25 hb Ogos sehingga 2 hb September nanti.

Tema Putrajaya Floria 2018

Tema Putrajaya Floria untuk tahun ni ialah 10 Windees Of Floria sempena 10 tahun pameran Putrajaya Floria sejak dari tahun 2007 lagi.

Apa Yang Menarik di Putrajaya Floria 2018

Di khabarkan apa yang menarik pada tahun-tahun sebelum ni akan diadakan juga seperti :
1. Magical Gardens
2. Musical Garden
3. The Magic of Bonsai & Suiseki Exhibition
4. Chrysanthemum Garden
5. Tropical Magic in a Glass
6. Royal Garden
7. Designer Garden
8. International orchard Competition

Putrajaya Floria 2018
Credit pic to owner

9. Tea party Garden
10. Cat Pavilion
11. Floral Pavilion
12. Garden Bazaar & Horticultural Market
13. Floria Arts & Crafts
14. Floria Flavours
15. Showcase Garden
16. Dan lebih 300 aktiviti lain yang menarik seperti pertandingan fotografi, pertandingan mewarna, bengkel mengenai tanaman serta banyak lagi.

Putrajaya Floria 2018

Putrajaya Floria 2018
Credit pic to owner
Harga Tiket Putrajaya Floria 2018

Harga di kaunter pada hari biasa:
RM12 MyKad, RM24 bukan warganegara (Dewasa)
Kanak-kanak/warga emas/OKU RM6 MyKad, RM12 bukan warganegara

Harga di kaunter hari minggu:
RM15 MyKad, RM30 bukan warganegara (Dewasa)
Kanak-kanak/warga emas/OKU RM8 MyKad, RM16 bukan warganegara

Macamana nak dapatkan tiket dengan harga murah?
Korang boleh beli secara online dan dapat diskaun sebanyak 20%. Jadi yang nak datang dengan keluarga yang ramai tu, amat disarankan beli secara online dan dapatlah berjimat.

Berikut Harga hari biasa untuk beli terus di talian (diskaun 20% )
Tempahan awal RM 8.65 MyKad, RM 17.30 bukan warganegara (Dewasa)
Tempahan awal kanak-kanak/warga emas/OKU RM 4.35 MyKad, RM8.65 bukan warganegara

Harga biasa: RM 9.60 MyKad, RM19.20 bukan warga negara (Dewasa)
Kanak-kanak/warga emas/OKU RM 4.80 MyKad, RM 8.65 bukan warganegara

Harga di kaunter pada hari biasa:
RM12 MyKad, RM24 bukan warganegara (Dewasa)
Kanak-kanak/warga emas/OKU RM6 MyKad, RM12 bukan warganegara

Korang boleh layari laman web rasmi Putrajaya Floria di SINI untuk pembelian tiket online & maklumat lanjut.

Lokasi Putrajaya Floria 2018

Seperti tahun-tahun sebelum ni, lokasi Putrajaya Floria telah berlangsung di tempat yang sama iaitu di Anjung Floria Presint 4. Untuk ke sana, korang boleh bawa kenderaan sendiri kerana ada tapak letak kereta berhampiran dengan Anjung Floria. Tapi kalau ikut pengalaman abam lah, mulai sebelah petang dan hujung minggu, jalan kat situ akan mula sesak dan kemungkinan korang kena parking jauh dan berjalan kaki ke tapak Putrajaya Floria.

Putrajaya Floria 2018 – Magic Of The Night
Putrajaya Floria 2018
Credit pic to owner

Seperti setiap tahun, acara ni lah yang paling ditunggu-tunggu oleh pengunjung. Bot yang dihiasi dengan pelbagai dekorasi dan lampu akan menyusuri Tasik Putrajaya pada malam terakhir acara Putrajaya Floria 2018. Yang ni, korang mesti datang tengok..

Info :
Acara: Floria Dirajaya Putrajaya 2018

Tempat: Anjung Floria, Presint 4, Putrajaya

Tarikh: 25 Ogos hingga 2 September 2018

Masa: 9 pagi hingga 10.30 malam (Isnin-Khamis)
: 9 pagi hingga 12 tengah malam (Jumaat-Ahad)

Jom ke Putrajaya Floria 2018

2,451 total views, 9 views today

Sharing is caring!

2 Replies to “Putrajaya Floria 2018”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge