Sekali lagi untuk tahun ni, sebilangan dari ahli keluarga Kelab Blogger Ben Ashaari dapat berkumpul bersama-sama untuk sesi Photoshoot Raya KBBA9 2017. Untuk abam, ini adalah kali yang ke dua dapat bersama-sama diorang. Kali pertama, dibuat pada tahun lepas di Matic Kuala Lumpur dan kali ni, untuk photoshoot Raya KBBA9 2017, dibuat di lokasi yang cukup menarik dan unik, iaitu di Muzium Warisan Melayu UPM.
Photoshoot Raya KBBA9 2017 – Muzium Warisan Melayu UPM
Lokasi kali ni, memang cukup menarik hati abam. Mau tak nya, keadaan sekeliling dengan suasana kampung, buatkan hati ni macam nak balik kampung ler pulak. Serius,memang cantik kawasan di Muzium Warisan Melayu UPM ni. Memang tak rugi abam ikut serta untuk Photoshoot Raya KBBA9 2017 kali ni.
Jutaan terima kasih kepada pihak Muzium Warisan Melayu UPM kerana sudi menaja lokasi untuk sesi Photoshoot Raya KBBA9 2017. Malah sesi photoshoot kali ni, dikendalikan oleh juru gambar yang cukup berpengalaman, Wan Izhar Abu Bakar. Beliau merupakan jurugambar profesional dan jurugambar korporat.
Photoshoot Raya KBBA9 2017- Di Belakang Tabir
Profesional betul abam tengok Wan Izhar dan krew-krew beliau ni melayan kerenah hampir 40 orang blogger semasa buat Photoshoot Raya KBBA9 2017 kali ni. Almaklumlah, kami semua bukannya model profesional. Tapi beliau cukup sabar, siap bagi tips camana nak berposing lagi tu. Kalau korang tengah mencari juru gambar. memang abam cukup syorkan servis dan kepakaran beliau kat korang. Korang hubungi jer ODS Studio Communications melalui email : onedigitalsolution@gmail.com atau boleh hubungi Puan Huda di talian 012-3031005.
Abam kongsikan beberapa gambar semasa dibelakang tabir semasa sesi photoshoot tu, jom tengok..
Tak sabar sebenarnya nak tengok hasilnya camana. Kali ni, untuk sesi Photoshoot KBBA9 2017.. abam takda gambar dibelakang tabir secara solo..cuma sesekali menumpang kacau kat gambar orang jer..macam gambar kat bawah ni hehehhe…
Photoshoot Raya KBBA9 2017 – Makan Tengah Hari cara Kampung.
Inilah antara makanan masakan kampung yang abam rasa cukup sedap dan cukup rasa kekampungannya. Masak lemak cili api dengan daging salai, antara yang terbaik pernah abam rasa. Makan bersila, makan berhidang bersama kelurga KBBA9 memang jadi satu kenangan kat sini. Menu kampung ni di taja oleh Cafe Muzium Melayu UPM. Terima kasih kerana menjadi penaja untuk sesi Photoshoot Raya KBBA9 2017.



Photoshoot Raya KBBA9 2017 – Penaja Pakaian & Make up
Pakaian:
7th Jehan
@byfaradila @bynanienazyracollections
khimar & niqab by @niqavie_malaysia
Little Prin Cess
Aizara Couture
Butik Farisha Hana
@butikpenmerah
@hanatajuddin
Cik Kiah Tailor Pukal
Urban Thobe @uthobe
@sauq_scarf
@bajumelayuslimfit
Make-up:
1. Saidila by @m.u.a_byilahamzah
2. Athirahassin by @alinaothman
3. Shazillah sani by @makeupbyninanizam
4. Syima by @afifahbakri
5. Mas by @yayabebeh.makeup
6. YB Shehan by @akid.anuar
7. Nina Mirza by @lizamahizan
8. Ema by @jemarikuct_aischa
9. Moha/kecik/Azura/Ieta/Fiza/Yanty by @theblushguru
10. Dell by @afifahbakri
11. SS dan MamaKembarTiga by @faeezah_pija
12. Qaseh / Sueizza by @hamidah_mat_shafie
13. Ayue by @emily.aisya
14. CikMa QueAchmad by @nyonyahanna
15. Kak Laila @kartina_khanib
16. Azni @byezzaharon
17. Cik EN by @elsbyeliyana
18. Bella by @surayasufian
19. Yanie by @sitinurfatehah
20. Azura by @theblushguru
21. Nadia johari @lindaus
22. Umminani / Ujang : @lilybeautyfacial
23. Yulia Fajrin by @nurfahazliani
Terima kasih kepada semua ahli keluarga Kelab Bloggers Ben Ashaari yang datang untuk sesi Photoshoot Raya KBBA9 2017 kali ni. Terima kasih juga kepada encik bos, Ben Ashaari .
10,959 total views, 9 views today
Tq untuk dessert yg sedap !
fuh.. pic behind the scene tu gempak btoi..
YB Shehan recently posted…PHOTOSHOOT RAYA KBBA9 2017 | GEMPAK GILER!
kan…hehehhe
Abam korie pulun makan sampai dua hidang teruih, lauk kiri kanan dia bedal hehehehe
yang tu behind the scene yang xda kat sini heheheh
tu dinamakan “mengelak pembaziran”…heheheh
Lokasi menarik, jurugambar terbaik, makanan best dan team KBBA semua best. Memang photoshoot paling gempak tahun ni.
memang menarik tempat kali ni…bab makan memang best heheh
fuh lega sikit bila baca abam xde gambar solo jugak..hahaha
rozita recently posted…Mee Udang Banjir Kuala Selangor mengecewakan!
ada sebenarnya…cuma tak sempat ambik sangat dengan diorang…
tak sempat nak merasa brownies abam korie…huhuhu.
Cantik behind the scene tu…
anazarin recently posted…Photoshoot Jadi Mudah Dengan Wan Izhar Abu Bakar
kan hehehe
takk sabar nak tunggu gambar siap. puas hati. seronok rasanya dapat jumpa blogger2 dan berkumpul mcm ni. sedih ta sempat makan hasil tgn abam korie, hahha
Mieza S recently posted…Giveaway (1) oleh Mieza Suhaini
Nak brownies lagi plissss. Hahaha.
Wow..behind the scane…teebaikkk…
Meriahnya Photoshoot raya KBBA9 2017 ni..
Sekali pandang wajah-wajah blogger perempuan ni ada yang rasa macam dah tak kenal… memang terbaik jurusolek dan jurukamera..
Anuar recently posted…Senarai Pemenang Tak Rasmi Contest SEO Belajar Buat Blog
yang mana tu…kalau ikut kan memang ramai tak kenal…sebab lepas makeup jer muka dah berubah…sorang dah macam Shila Amzah lah..macam Rozita Chewan lah..
heheheh
gambar photobomb tu best hahahah….
azni recently posted…El Ray Cafe, food yang best tapi harga….. berbaloi !
hehehhe….hari tu, dengan tak bawa hp..tak bawa kamera sendiri..jadi tumpang nyelit jer lah