Pelumba Malaysia Terbaik di FIM Asia Supermoto Championship 2016

FIM Asia Supermoto Championship 2016


Hujung minggu lepas, abam dapat peluang bersama dengan rakan-rakan Kelab Blogger Ben Ashaari ke acara sukan FIM Asia Supermoto kat Stadium Shah Alam. Pertama kali sebenarnya abam dengar pasal acara sukan ni. Memang tak dapat nak bayangkan sukan motor ni camana. Kalau MotoGP mungkin dah biasa dengar dan tonton kat tv.

Rupanya FIM Asia Supermoto ni dibawah “The Federation International de Motorcycles” atau FIM yang telah diujudkan sejak tahun 1904 lagi. FIM ASIA SUPERMOTO CHAMPIONSHIP 2016 yang abam pegi kali dah merupakan destinasi terkhir perlumbaan untuk tahun ni selepas diadakan di Australia, Indonesia dan di Filipina.


Kalau dilihat dari segi rupa motor pun agak berbeza dengan klategori MotoGP. Dan cara pertandingan pun lebih mirip kepada sukan motocross.

Apa yang menariknya tentang perlumbaan edisi kali ni, pelumba dari negara kita, Muhd Habibullah atau lebih dikenali dengan nama Gabit telah mendahului dari segi kutipan mata keseluruhan dan ini merupakan pencapaian terbaik beliau.

Ambik kesempatan bergambar kenangan dengan pelumba negara.. Dari kiri ke kanan Gabit, Gaban & Khairi Zakaria.

FIM ASIA SUPERMOTO CHAMPIONSHIP 2016 kali ni, disertai oleh 18 pelumba dari  Indonesia, Australia, Taiwan, Jepun, Singapore dan negara-negara Asia yang lain. Yang paling menariknya, dalam pertandingan ni ada sorang pelumba wanita  dan berasal dari Malaysia pulak tu. Rasanya, dulu beliau pernah viral pasal satu-satu pelumba cub prix wanita. Siapa lagi kalau bukan Siti Fatimah Husna. Rider berJiwa kental, memang best betul tengok beliau menunggang masa pertandingan tu.

Banyak perkara menarik abam saksikan kat sana. Jom abam kongsikan ..

Rakan blogger KBBA, Ayue Jean bersama mamat motor mana ntah,..rasa macam pernah nampak kat drama tv …emmm…

 

Dua pelumba berbakat besar dari negara jiran kita,Indonesia.

Rakan-rakan KBBA bersama di kawasan khemah pelumba Malaysia.

Abam tak tau pun sapa diorang ni…saja ambik gambar sebagai kenangan..hehehhe
Lagaknya seperti jurufoto profesional, tapi tiada siapa pun tahu beliau menggunakan setting auto shj hehehe

Setelah 2 hari berlangsung perlumbaan tersebut, seperti yang telah dijangka,peserta negara kita Gabit telah menjuarai FIM Asia Supermoto t dengan mengumpul mata keseluruhan  171 mata. Mengatasi 17 pelumba lain dan memenangi hadiah utama sebanyak USD3000 (RM13,428)


Apa yang abam nampak dari sambutan yang begitu hangat di Shah Alam hari tu, Abam berharap sangat program dan perlumbangan begini diberi sokongan oleh pelbagai pihak kerana abam rasa ia mampu memberi impak yang baik setandingan MotoGP.

Terima kasih kepada penaja kerana menjemput kami bersama-sama dengan FIM Asia Supermoto  untuk tahun ni.

Untuk maklumat lanjut tentang FIM ASIA Supermoto :

Website FIM ASIA: www.supermotoasia.com

Website FIM: http://www.fim-live.com

Facebook: FIMAsiaSupermoto

Instagram: @fimasiasupermoto

 

6,493 total views, 4 views today

Sharing is caring!

3 Replies to “Pelumba Malaysia Terbaik di FIM Asia Supermoto Championship 2016”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge