Pelbagai Produk Himalaya di Constant Pharmacy KIPPMall Kota Warisan

“Abah..nak pegi mana hujung minggu ni?”
Tu lah antara soalan-soalan yang selalu anak abam tanya. Kebiasaan memang tak kemana. Berehat, mengisi masa dengan anak-anak kat rumah je. Kekadang kalau ada tempahan, abam dan wife memang sehari suntuk mengadap oven jer lah.

Minggu lepas, katanya ada mall baru buka area Kota Warisan. Tak jauh pun dari rumah, lebih kurang 15 minit kalau memandu dari Putrajaya ni. Kebetulan anak abam yang sulung tu nak cari barang keperluaan penjagaan diri, jadi boleh jugak jalan-jalan sambil shopping, sambil tengok-tengok tempat baru.

KIPMALL Kota Warisan.

Dari Putrajaya, kalau memandu lebih kurang 15 minit dah sampai. Memang tak jauh pun dan memang mudah nak cari. Kalau dekat jalan utama memang dah nampak KipMall Kota Warisan ni. Kalau nak memudahkan korang, gunakan aplikasi Waze atau Maps. Di KippMall ni cukup mudah untuk korang dapatkan parking. Kat dalam ni siap ada pasaraya Econsave. Harga memang cukup berpatutan kat dalam pasaraya ni. Boleh kata banyak jugak kedai-kedai yang pun beroperasi dalam KippMall ni. Kalau rasa lapar tu, boleh singgah kat food court, yang beroperasi di bahagian atas.

CONSTANT Pharmacy di KIPMall Kota Warisan

Credit to Uminani.com

Masa tengok dok mencari barang keperluan anak abam tu, ternampak ada satu farmasi kat sini, Constant Pharmacy. Apa lagi, terus tarik anak-anak ke sana..mana lah apa yang dicari ada kat situ..

Tak sangka, masa abam datang tu, Constant Pharmacy tengah buat soft launching kat cawangan KIPPMall Kota Warisan ni. Bila ada soft launching, mesti lah ada offer baik punya kat sini. Diskaun 20%, 30% dan ada yang sampai 70 % pun ada kat sini. Memang rezeki abam lah hari tu.

Pelbagai Produk Himalaya di Constant Pharmacy KIPPMall Kota Warisan.

Pelbagai Produk Himalaya di Constant Pharmacy KIPPMall Kota Warisan

Pelbagai Produk Himalaya di Constant Pharmacy KIPPMall Kota Warisan

Masa tengah dok tengok-tengok kat dalam Constant Pharmacy tu, ternampak satu sudut penuh dengan dengan produk Himalaya. Siapa yang tak kenal dengan produk Himalaya. Produk yang memang terbukti bagus dan cukup dikenali diseluruh dunia dek kerana kandungannya yang selamat dan terbukti berkesan.

Masa hari tu, ada juga pemeriksaan kesihatan percuma yang dibuat oleh kakitangan farmasi. Ada kaunter yang menyediakan pemeriksaan kulit kepala dan kaunter untuk pemeriksaan kelembapan kulit. Untuk pemeriksaan kulit kepala ni abam tak sempat nak cek, tapi korang boleh baca cerita pasal pemeriksaan kat blog Ben &  Nina

Pelbagai Produk Himalaya di Constant Pharmacy KIPPMall Kota Warisan
Pemeriksaan kelembapan kulit dibuat oleh kakitangan Farmasi.. percuma jer ni..

Masa abam pemeriksaan kelembapan kulit, Alhamdulillah kulit tangan abam ok, tak kering. Tapi abam cukup berkenan dengan produk pelembap Himalaya ni sebab bila pakai memang tak berminyak dan boleh pakai seisi keluarga. Terus beli 2 bekas..buat stok kat umah..

Pelbagai Produk Himalaya di Constant Pharmacy KIPPMall Kota Warisan
Puas hati dengan produk pelembap dari Himalaya ni..pastu dapat promo Rm10 pulak tu..terus grab 2 set terus..

Membership CONSTANT Pharmacy

Pelbagai Produk Himalaya di Constant Pharmacy KIPPMall Kota Warisan
Card membership Constant Pharmacy

Rupanya kat CONSTANT Pharmacy di KIPMall Kota Warisan ni korang boleh menikmati pelbagai promosi jika korang join membership. Pastu ada pulak dapat pemeriksaan percuma khas untuk pemegang kad membership sahaja. Jangan bimbang, untuk jadi membership Constant Pharmacy ni tak dikena sebarang bayaran pun. Dengan kata lain, free laaa… hehehehe

Best ke kat CONSTANT Pharmacy di KIPMall Kota Warisan ni?

Pelbagai Produk Himalaya di Constant Pharmacy KIPPMall Kota Warisan
Akhir apa yang dicari dapat di Constant Pharmacy

 

Abam bagi “two thumbs up” sebab boleh dikatakan kebayakan produk kesihatan dan penjagaan diri boleh didapati kat sini seperti produk kecantikan dan kosmatik, sudut Ibu dan Bayi, dan yang paling menarik sebab ada sudut khas untuk untuk produk Himalaya Healthcare Malaysia. Kalau korang memang pengguna tegar produk ni, dan ada berada berdekatan KIPPMall Kota Warisan, dah tau dah kan kat mana beli nanti.

Pelbagai Produk Himalaya di Constant Pharmacy KIPPMall Kota Warisan
Ok..sebelum balik kita selfy seround…awww..hehhe

Nak dapat kan info lebih lanjut , boleh singgah jap kat sini, mana lah tau ada promosi nanti kan..
Facebookhttps://www.facebook.com/constantpharmacy
Facebook : https://www.facebook.com/kipmallKW/

2,943 total views, 3 views today

Sharing is caring!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge