Pakaian sekolah anak..kat mana aku beli untuk tahun ni..

Tahun ni untuk mengelakan kelam kabut shopping di waktu last minit, aku ambik keputusan untuk selesaikan awal-awal baju sekolah untuk anak-anak. Untuk kakak Aqilah yang nak masuk darjah 6 dan untuk abam Hadif yang akan naik ke darjah 4. Dan untuk tahun ni, aku ambik keputusan untuk cuba bershopping di Alor Setar pulak,berbanding untuk tahun-tahun sebelum ni, kebiasaannya aku shopping di sekitar Bangi atau Putrajaya jer.

Kebetulan pada awal Disember tu, aku sekeluarga merancang untuk balik ke kampung aku kat Alor Setar dan terus pergi bercuti ke Pulau Langkawi. So masa nil ah aku ambil kesempatan untuk servey harga pakaian sekolah kat sana sekali.

Dari hasil servey aku buat, di Alor Setar aku boleh dapat pakaian sekolah dengan harga yang lebih murah sebenarnya. Kualiti kain yang memang ok, hampir sama kualiti dengan berjenama. Bayangkan aku boleh dapat baju kemeja sekolah dengan serendah Rm12.40 dan  seluar sekolah hanya pada Rm19.90 jer…jahitan kemas, rapat-rapat pulak tu…kalau nak dibandingkan harga di Putrajaya atau Bangi, memang susahlah nak dapat harga macamni..

Jadi mulai tahun depan, setiap kali cuti sekolah…aku dah tahu kat mana nak beli baju-baju sekolah untuk anak-anak aku…Untuk korang, yang mungkin tinggal di Putrajaya atau KL ke..masa balik kampung masa cuti hujung tahun tu, cubalah usha-usha tengok harga.

Bagi aku, jenama tak penting sangat. Yang paling penting, ikut budget kita tu camana dan kalau boleh dapatkan dengan kualiti mengikut badget yang kita ada… Tapi terpulang pada masing-masing untuk berbelanja camana…Apa-apa pun, semoga tahun depan ni, kita dipermudahkan segala urusan…semoga rezeki bertambah-tambah untuk menampung kos hidup yang semakin mahal sekarang ni….

Sharing is caring!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge