Harga Terkini Petrol RON97, RON95 dan Diesel Bermula Esok (1 Julai 2016)

Harga Terkini Petrol RON97, RON95 dan Diesel Bermula Esok (1 Julai 2016)


minyak
Harga petrol bagi RON95, RON97 dan diesel akan mengalami kenaikan sebanyak lima sen seliter bermula esok (tengah malam ini), kata pengusaha-pengusaha stesen minyak sebagaimana lapor Malaysiakini.Berikut adalah harga terbaru berdasarkan kenaikan itu :

  • RON 95 : RM1.75
  • RON 97 : RM2.10
  • Diesel : RM 1.60

Peningkatan harga ini adalah yang pertama sejak April lalu.

Harga minyak mentah Brent berada pada harga AS$36 setong pada Mac lalu dan secara beransur-ansur meningkat sehingga AS$48 pada April dan meningkat kepada AS$50 setong setakat hari ini menurut Nasdaq. –

Resepi Biskut Famous Amos Yang Mudah dan Sangat Sedap

Assalamualaikum,..terima kasih lah yer, sudi singgah kat blog abam ni…

Korang camana hari ni? Harap-harap korang semua sihat seadanya ya..

Lepas abam poskan gambar biskut chocolate chip & almond nips ala-ala biskut Famous Amos di FB, tak sangka ada rakan-rakan yang tanyakan pasal resepi biskut ni.

Dulu kalau pegi ke Alamanda selalu jer anak-anak minta belikan biskut Famous Amos ni. Memang sedap, tapi yang tak tahan harga nyer tu. Tapi anak-anak memang suka sangat. Fikir-fikir balik kalau abam boleh buat sendiri, boleh dapat lagi banyak.

Sebenarnya, resepi ni yang abam guna ni memang cukup mudah dan senang jer nak buat. Hasil google, wife abam yang terjumpa resepi ni dan setelah beberapa kali mencuba, ..ubah sikit-sikit resepinya .. dan hasilnya memang sedap, hampir setanding dengan biskut Famous Amos. Ni pendapat abam lah. Jika korang atau anak-anak yang memang “hantu” biskut ni, bolehlah mencuba membuatnya sendiri.

Cookies_www.abamkorie.com 4

Jom kita tengok resepi biskut Famous Amos yang abam nak share kan ni. Resepi yang abam buat ni untuk separuh adunan jer. Dapat hasilkan antara 50 ke 60 keping biskut. Ikut saiz yang korang buat.  Kalau nak kuantiti biskut tu lebih, boleh gandakan. Buatkan adunan penuh,kecuali untuk telur gunakan hanya sebiji jugak.

Biskut Famous Amos / Biskut Chocolate Chis & Almond nips

Cookies_www.abamkorie.com 5
Bahan A

1/2 cawan gula perang
1/4 cawan gula kaster
1/2 cawan minyak jagung
1/2 cawan minyak mentega (~+75 gm)
1 biji telur
1/4 sk garam
1/2 sb susu segar @ susu full cream
1/2 sk vanilla essence
Bahan B
2 cawan tepung gandum (di ayak)
1 sb serbuk koko (di ayak)
1 sb tepung jagung (di ayak)
1/2 sk jus lemon
1/2 sk soda bikarbonat
1/2 cawan almond nibs
1 cawan semi sweet chocolate chips

* Selain dari Almond, boleh juga gunakan walnut atau biji bunga matahari

Cara-cara :

Campurkan kesemua bahan-bahan A. Sebatikan dengan menggunakan whisk.

Kemudian untuk bahan B, campurkan serbuk koko, tepung jagung, soda bikarbonat dan jus lemon bahan-bahan tadi. Pastikan tepung gandum dimasuk sedikit demi sedikit dan dikacau menggunakan spatula. Kemudian masukan masukan chocolate chips dan almond nips. Selepas diadun, mungkin kelihatan adunan agak lembik. Rehatkan sekejap dalam peti ais lebih kurang 30 minit supaya aduanan tadi boleh dibentuk dengan lebih senang dan cantik.

Cookies_www.abamkorie.com 1
Cookies_www.abamkorie.com 7

Masa nak membentuk tu boleh gunakan tangan ataupun sudu. Ikut suka korang lah..hehe.

Cookies_www.abamkorie.com 6

Kemudian panaskan oven terlebih dahulu. Setkan suhu dalam 160 darjah Celcius. Bakar selama 20 minit. Bila dah masak, keluarkan biskut famous Amos tadi dan biarkan ia sejuk dahulu sebelum di simpan dalam bekas kedap udara.

Cookies_www.abamkorie.com 3

Nota:

a) Untuk mendapatkan cookies yang tak terlalu rapuh , boleh tambahkan sedikit tepung jagung ikut kesesuaian keras adunan.

b) Semasa dah aduanan dah dibentuk dalam dulang tu, sementara nak tunggu aduanan siap dibakar. boleh masuk dahulu ke dalam peti ais supaya tak cair .

Okeh, Simple kan resepi biskut Famous Amos / Biskut Chocolate Chis & Almond nips ni kan. Selamat mencuba ya..

 

 

 

Laksa Sarang D’laila – Laksa apa pulak ni?

laksa sarang dlaila laksa paling sedap di nilai

“Jom, kita pi makan laksa sarang kat kedai kak Laila..”

Pernah ke korang dengar pasal Laksa Sarang?

Haa..Laksa Sarang? Serius, ni pertama kali abam dengar nama laksa sarang. Walaupun abam ni boleh dikategorikan sebagai peminat laksa, tapi ni lah pertama kali dengar. Kalau setakat laksa utara, laksa Penang, laksa Kelantan, laksa Johor tu memang pernah lah makan. Dalam otak ni memang tak dapat bayangkan camana rupa laksa sarang ni. Takpa, petang tu jugak ke kedai Kak Laila yang terletak di MMA Santai Corner.

Keadaan orang yang begitu ramai di hadapan gerai Dlaila

Tak sampai 10 minit, laksa sarang yang abam order dah pun sampai. Menarik jugak laksa sarang ni. Rupanya, sarang yang dimaksudkan adalah telur yang digoreng dan dibentukan seperti sarang. Ooooo…baru lah tau. Kuah laksanya cukup pekat, memang tak kedekut langsung. Ditambah pula dengan bahan-bahan lain seperti timun, bawang, salad & nenas, memang dah cukup marbeles. Kalau tak disebabkan abam dah makan sebelum datang ke sini, rasanya mau ditambah mangkuk ke 2 ni…

Laksa Sarang Dlaila -www.abamkorie.com 4
Ini lah telur yang digoreng dan dibentukkan seperti sarang…memang unik kan..
Laksa Sarang Dlaila -www.abamkorie.com 5
Antara bahan-bahan yang dimasukan ke dalam laksa sarang…

 

Laksa Sarang Dlaila -www.abamkorie.com 1
Menarik kan…Unik….

Seperti biasa, kalau ke sini..kalau tak bungkuskan untuk anak-anak, memang tak sah lah. Abam minta bungkuskan mee udang, memang favourite diorang ni. Sampai di rumah, bila diorang nampak abam poskan gambar laksa sarang di Instagram & Fb tadi, diorang teringin pulak nak makan. Nampaknya kenalah datang lagi lepas ni.

laksa sarang dlaila laksa paling sedap di nilai

Komen Abam Pasal Laksa Sarang Dlaila ni… Sedap ke?

Tengoklah pic kat bawah, tak nak puji lebih-lebih. Kalau dah licin, comfirm laa sedap heheh

Jadi, kalau korang peminat laksa yang agak unik macam laksa sarang ni. Jom cuba di kedai D’laila Laksa Sarang yang terletak di MMA Santai Coner, Bandar Baru Nilai. Memang terbaekkk…!!

laksa sarang dlaila laksa paling sedap di nilai
Licin…!!

 

7,695 total views, 2 views today

8 Tip Diet Mudah Sahur by Kevin Zahri Untuk Korang Nampak Slim di Aidilfitri nanti

kevin-zahri-8 tip Diet Mudah Sahur

Rasanya ramai diantara kita, bila sampai jer bulan puasa..masa ni lah nak ambik kesempatan nak kuruskan badan  lah dan nak turunkan berat badan. Tapi kebanyakan tak tahu camana nak buat kan. Bila salah mengamalkan diet atau cara pemakanan, memang tidak dinafikan semasa menjalani ibadah puasa, badan akan menjadi letih dan lesu. Ini semua disebabkan oleh kekurangan tenaga di dalam badan. Faktor cuaca di negara kita yang panas juga menjadi punca badan kita cepat mengalami keletihan dan tidak bermaya.

Kedatangan bulan Ramadhan merupakan bulan yang paling ditunggu-tunggu bagi umat Islam kerana ia penuh dengan keberkatan dan kemuliaan. Tidak dinafikan apabila menjalanan inadah puasa ni, badan akan menjadi cepat letih disebabkan kita kekurangan tenaga dalam badan. Dengan faktor cuaca yang agak panas sekarang ni, jugak menjadi punca badan kita cepat menjadi letih dan lesu.

Sebenarnya banyak cara untuk turunkan berat badan dalam bulan Ramadhan ni. Tapi abam nak share tip yang dicadangkan oleh Kevin Zahri kat korang. Tip diet sahurnya mudah & abam rasa korang memang mampu nak buat.

1. Jangan skip sahur

Tip diet mudah sahur yang pertama dan paling penting. Sahur penting untuk bekalkan nutrisi, air dan tenaga untuk amalan berpuasa. Lagipun sahur kan sunnah nabi, memang setiap sunnah tu ada kebaikan jika diamalkan.

2. Karbo Kompleks

Tip diet mudah sahur yang ke 2. Digalakan korang memilih karbohidrat kompleks  semasa bersahur. Kenapa ia bagus? Karbohidrat kompleks bekalkan sumber tenaga yang lebih perlahan dan lebih mengenyangkan.

Contoh Karbo kompleks : Roti perang, nasi perang atau nasi putih yang ada serat dan rendah GI, oat (glycemic indeks).

3. Target Kalori: dalam 500 kcal

Untuk tip diet mudah sahur yang ke 3 ni korang kena rajin sikit men Google hehhe. Kena tau pasal brapa setiap kalori dalam makanan.
Menurut Kevin Zahri, secara purata, target pengambilan kalori untuk hidangan sahur sepatutnya dalam lingkungan 500 kcal. Pastikan ada sumber protein dan karbohidrat berserat.

Contoh hidangan:

Segenggam nasi, lauk ayam, sayur dan air.
Roti perang 2 keping + sapu, tuna ikan dalam sos tomato (awas sos-sos biasa tinggi garam).
1 mangkuk cereal berserat + susu lemak rendah.

4. Protein yang bersih

Sumber protein bersih untuk tip diet mudah sahur yang ke 4. Makanan berprotein seperti ayam, ikan sangat mengenyangkan dan mengambil masa berjam untuk lalui proses penghadaman.
Untuk sahur, abam sendiri banyak mengambil sumber protein yang “bersih” ni. Maksud bersih kat sini, digalakan mengambil dari sumber protein yang segar bukan dari makanan proses seperti sosej, daging burger, nugget dan sebaginya.

5. Elak Garam

Garam adalah penyerap atau penyimpan air. Ya betul ia penting untuk kurangkan dehidrasi semasa bersukan tapi dalam keadaan berpuasa, pengambilan sumber makanan bergaram seperti biskut, kicap, masakan bergoreng dan lain-lain ia lagi cepatkan dehidrasi dan akan buat anda cepat berasa haus. Untuk tip diet mudah sahur yang ke 5.

6. Elak Minuman berkafein

Kafein dalam minuman seperti teh tarik, teh hijau, Nescafe, kopi, milo dan lain-lain adalah diuretik – kualiti yang memaksa badan buang air. Ini lagi mempercepatkan dehidrasi semasa berpuasa.

7. Kenali kandungan kafein minuman

Air gas, teh dan coklat pun biasa mengandungi kafein. Kandungan kafein dalam setiap minuman berbeza-beza. Jadi kalau nak minum air coklat (contohnya) tidaklah menjadi masalah yang besar tapi kalau boleh, kurangkan kuantiti pengambilan.

8. Jangan minum banyak sangat!

Lagi banyak korang minum, lagi cepat badan akan membuangnya dan lagilah cepat anda anda berasa haus.

Sebagai panduan: Jumlah: 2-3 gelas sederhana dah cukup.

Suhu: Paling baik yang suam. Kalau yang ais pun boleh tapi pagi-pagi buta, badan agak terkejut dengan air ais.

Jenis? Kalau nak air manis pun, jangan lebihkan dari air kosong. Contoh: 1 gelas manis, 2 gelas air kosong.

Mudahkan. Sebenarnya tak susah pun nak amalkan tip diet mudah sahur ni. Disamping tu, jangan pula anggap dalam bulan Ramadhan  sebagai bulan untuk berehat dari melakukan aktiviti-aktiviti berbentuk kecergasan. Ramai sebenarnya yang menganggap bulan Ramadhan ini adalah platform bagi mereka untuk menguruskan berat badan dan mendapatkan bentuk badan yang menarik jika mereka mengamalkan cara pemakanan dan senaman yang betul.

Jadi, selamat beramal ya..semoga raya kali ni anda semakin ramping dan berseri-seri dengan baju raya nanti.
Selamat berpuasa semua dan selamat mengamalkan tip diet mudah sahur ni ya..

 Baca : Resepi Ayam Panggang Mudah & Sedap

5,364 total views, 2 views today

Resort Agrofarmstay @ Skill-Tech . Resort Menarik DI Melaka

Kalau korang ada baca entri abam yang sebelum ni, abam ada ceritakan pasal bengkel Fotografi bersama Kelab Blogger Ben Ashaari di Agrofarm Stay di Melaka. Sebenarnya ni lah pertama kali abam menjejak kaki ke tempat penginapan yang berkonsepkan seperti inap desa macamni. Tempat ni agak jauh dari bandar. Suasana nyaman dan rasa seperti kat kampung, rasa sunyi dan tenang jer..

Sebenarnya senang jer nak ke sini, abam guna maps dari tol Air Keroh. Tak sampai pun 30 minit dah sampai ke Agrofarm Stay ni. Kalau datang waktu siang, boleh guna laluan UTEM.


Ok, kali ni abam nak review dulu pasal kemudahan dan apa yang ada di Resort Agrofarm Stay ni… Mungkin dapat bantu korang kot-kot sesuai dengan aktiviti yang bakal korang nak buat nanti..


Dewan Liliy.

Di dewan ni sebenarnya abam dengan blogger-blogger lain mengikuti bengkel fotografi dengan Encik Adhadi pada 2 dan 3hb Januari 2016 yg lepas. Dewan ni memang luas dan cukup selesa. Memang sesuai kalau nak adakan meeting yang besar, seminar atau bengkel. 


Bilik Mesyuarat (Pool View Meeting Room)

Bilik mensyuarat ni memang betul-betul depan kolam renang. Rasa-rasa panas dalam meeting tu, terus lari terjun jer masuk dalam kolam…best kan …hehehhe

Kalau bawa famili, memang best layan dengan anak-anak mandi kat kolam renang ni. Ada kolam untuk kedalaman dewasa dan ada untuk kedalaman kanak-kanak.



Surau Teratai.
Selain pada tu, pihak Agrofarm ada juga sediakan surau secara terbuka.
 

Chalet

Rumah warna-warni ni sebenarnya chalet dan boleh muatkan sehingga 10 orang dalam tu. Ini memang sesuai untuk yang berminat nak buat kem motivasi untuk budak-budak sekolah, nak buat family day dan nak buat family reunion pun sesuai.

Villa

Kat sini lah abam stay hari tu..rumah diatas bukit. Memang sesuai lah diorang panggil villa. Villa ni memang dapat sambutan hangat setiap hujung minggu. Terutamanya famili yang tinggal di bandar, datang ke sini nak rasa suasana & keindahan seperti di kampung. Diorang datang sini, siap buat bbq dan buat pelbagai aktiviti kat resort ni.

Kenapa hot sangat villa ni..haa,..jom kita tengok apa ada dalam villa ni..



Cantik kan kat dalam villa ni. Sebab tu, setiap hujung minggu selalu jer penuh. Jadi kalau korang berminat nak lepak-lepak tenang fikiran, layan bbq dengan famili..cepat-cepat kontek pihak Agrofarm ni..
Dewan Palma.

Semasa abam berada kat sini, dewan ni dijadikan sebagai dewan makan untuk blogger-blogger. Tapi apa yang abam dipahamkan oleh pihak Agrofarm, dewan ni juga boleh digunakan untuk pelbagai acara,bergantung kepada kepada aktiviti yang sesuai korang nak buat..

Ujang si kuda padi.

Haa…inilah salah satu tarikan yang ada kat sini. Setiap pengunjung yang datang mesti nak bermesra dengan si Ujang.Tengok jer lah ni, aksi si blogger Ujang nak bagi makan kat si Ujang heheh…tak tau lah samada dia takut ke, geli ke atau malu dengan si Ujang tu.hehhe…siap acah-acah plak…heheh

Rumah Kasut (Karaoke Lounge)

Dah penat-penat buat aktiviti tu, boleh la layan karaoke kat rumah kasut ni. Memang unik rumah ni. Kat dalam lagi lah menarik dengan sound sistem yang memang tak power. Karok lah puas-puas dalam tu…heheh

Kalau korang berminat nak tau dengan lebih lanjut, korang boleh layari :

Atau
Alamat :
Lot 453, Batu 13, Jalan Tebong/ Machap, 76100, Durian Tunggal, Melaka
Atau boleh Menghubungi :
Encik Bari – 012-211 8246
Encik Mat – 016-209 8623





Bengkel Fotografi Kelab Blogger Ben Ashaari bersama Adhadi Mohd di Agro Farmstay

Pada 2 Januari 2016, tercapai cita-cita nak blajar secara formal menggunakan kamera dslr. Peluang yang tak disangka-sangka apabila Kelab Blogger Ben Ashaari membuat satu bengkel Fotografi dan Alhamdulillah, abam diterima untuk menyertai sekali dalam bengkel tu..
Resort Agro Farm @ Skill Tech, Melaka.
Bertempat di Agro Farm Stay Skill Tech Melaka, ada seramai 30 orang lagi bloggers yang turut serta, datang dari pelbagai negeri untuk belajar tentang fotografi.
Dah lama sebenarnya mencari peluang nak belajar pasal dslr ni. Sebelum ni asyik berguru dengan google, youtube dan ada beberapa rakan yang bantu bagi tips camana nak gunakan dslr dalam manual mode. Masalahnya, bila sampai nak praktikal tu yang terkial-kial. Ada dapat gambar gelap lah, ada gambar terlalu cerah lah. Memang terkial-kial betul nak pahamkan masa tu.
Dalam bengkel fotografi ni walaupun hanya satu hari saja, dengan cara dan teknik encik Adhadi Mohd bagitau memang ringkas dan memang mudah untuk paham.
Bengkel Asas Fotografi oleh Encik Adhadi Mohd
Penerangan tentang teknik pecahayaan, pemahaman tentang ISO, Aperture dan Shutter Speed baru lah dapat buka minda abam ni, baru ler paham serba sedikit camana nak setting semua tu.
Penerangan teknik & cara menggunakan pengcahayaan.
Yang menariknya, Encik Adhadi memang spoting giler,…tiada istilah soalan bodoh. Semua pertanyaan dilayan dengan sejelas-jelasnya. Kebanyakan peserta yang menggunakan kamera dslr ada yang masih menggunakan mode auto, jadi kadang-kadang ada istilah dan “setting” dalam kamera dslr yang kami sendiri pun masih blur dan tak paham. Almaklum lah sebelum ni cuma guna fungsi auto jer. Bila dah diminta menggunakan “setting” manual, baru terkial-kial. Macam abam lah hehehe…
Sesi praktikal di luar kelas.
Encik Adhadi menunjukan cara mengambil gambar.
Beliau juga lebih menekankan kepada praktikal. Pada masa ni lah, pemahaman yang ada dalam kelas teori tadi dapat digunakan atau tak..
Memang betul , memang tak semudah yang disangkakan. Abam pada mula rasa macam dah paham dalam kelas teori. Bila sesi praktikal abam dah terkial-kial selaraskan “setting” iso, aperture dan shutter speed. Tapi dengan bantuan dan tip-tip Encik Adhadi semasa sesi praktikal, barulah abam dapat paham. Yang penting kena rajin berlatih dan jangan sayang shutter count pada kamera dslr.

Yang menariknya, Encik Adhadi sediakan video tutorial dalam bahasa Melayu untuk memudahkan lagi abam ulangkaji teknik-teknik dslr ni. Almaklum lah, asyik blur jer kan..
DVD video tutorial oleh Encik Adhadi
Serius, dalam dvd ni memang senang nak follow dan memang senang nak faham. Memang sesuai sangat untuk korang yang selama ni ada dslr tapi asyik guna mode auto jer…Sesuai jugak kat korang yang malu-malu nak join kelas.
Ok,kalau korang berminat nak tau pasal kelas fotografi dengan Encik Adhadi ni ataupun dengan dvd ni, boleh kontek jer terus Encik Adhadi di https://www.facebook.com/adhadi6.
Beliau jugak ada sediakan perkhidmatan fotografi untuk perkahwinan, event dan untuk sesi bengkel yang abam join macamni pun boleh. 

Untuk maklumat lanjut berkenaan Encik Adhadi Mohd, boleh layari :

Website www.adhadi.com.

Setelah 14 tahun menabur bakti….

Kalau korang nak tau, nilah satu-satu tv yang abam guna sejak abam kahwin dulu. Dah 14 tahun rupanya abam beli tv Toshiba Bomba ni… Siang malam, kadang-kadang sampai 24 jam tak pernah tutup, biar jer terpasang. Kadang-kadang tak tengok pun. Abam yang terlelap kat sofa, tv yang tengok abam….hehehe..
Serius, memang puas hati dengan tv ni. Masa zaman abam beli tu, Toshiba Bomba ni antara yang tercanggih jugak lah. Tahan lasak…mau taknya. Selalu kena henyak dengan anak-anak abam yang sememang aktif. Tau-tau dah panjat berdiri kat atas tv. Nak jadi superman katanya..adoii…
Setahu abamlah, rasanya belum ada lagi tv “flat screen” lagi masa tu. Zaman tu semua jenis besar-besar macamni..berat jangan cakap lah. Kalau setakat sorang nak angkat, mau terbuasir nanti…hehehhe..
Sebenarnya takda apa yang rosak pun, cuma rosak pada butang “on” jer yang. Butang tu dah “loose”. Sebelum ni pun terpaksa ketatkan, abam selitkan kertas…punyalah nak jimat. Bukan kedekut tau, tapi jimat cermat..kikiki.. Kalau butang tu ok, tv ni masih berfungsi lagi sebenarnya. Masih cantik lagi..
Mungkin tiba masanya abam kena tukar tv yang lebih canggih kot, kan sekarang dah ada smart tv. Cari yang “flat screen”. Lekatkan jer kat dinding. Kalau abam pindah kuarters di Putrajaya ni pun senang, tak perlu susah-susah nak kena minta tolong jiran angkat. Jiran pun gelak kot tengok abam masih pakai tv sebesar alam macam tu..Kalau tv “flat screen” nipis, ringan jer, jadi abam sorang pun boleh angkat..
Sekarang abam dok fikir, kat siapa abam nak bagi jer tv Toshiba Bomba ni. Kalau ada yang nak, abam nak bagi free jer. Tak sampai hati lah nak buat kat tempat sampah, sayang ler pulak..lagi pun ada sentimental value tu. Mau tak nya, abam beli tv tu lepas sebulan abam kahwin tau..Kenangan tu..
So sekarang ni anak-anak nak layan tv, buka notebook…streaming jer online. Nak tengok movie, buka jer link-link movie. Google jer, kompom jumpa..
Apa-apa pun nak kena cari job banyak-banyak dulu, baru boleh beli tv baru. Mudah-mudahan ada rezeki lebih untuk tahun 2016 ni..Insya Allah .aamiin.. 🙂

Produk Hebat keluaran Nanafa Juta Beauty.

Pertama kali terpandang produk dari Nanafa Juta Beauty ni, abam cukup tertarik dengan tagline nya..” Licin Monne Putih Seppo”..

Rupanya ia dari loghat Kelantan yang bermaksud “Licin Giler Putih Melepak”. Nasib baik kawan abam dari Kelantan yang tolong translatekan. Heheh..

Set Blanco, produk kecantikan keluaran Nanafa Juta Beauty merupakan produk syarikat muslim, siap ada kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia dan dijamin halal. Yang bestnya, bukan saja sesuai untuk orang pompuan jer, tapi untuk lelaki yang nak lebih tampan, pun boleh pakai tau..hehe

Dalam set Blanco ni, didatangkan dalam dua item iaitu sabun (Blanco Bar) dan serum (Blanco Serum).

Okeh apa kelebihan pasal Nanafa Beauty Blanco set ni?

1. Membantu menghilangkan jerawat pasir

2. Membantu menghilangkan jerawat batu

3. Membantu mencerahkan kulit secara sekata

4. Membantu memulihkan kesan parut jerawat
5. Membantu memudarkan jeragat

6. Membantu mengekalkan kelembapan wajah

7. Membantu mengecilkan pori-pori kulit

8. Membantu menganjalkan kulit wajah
9. Membantu menyingkirkan toksin


Produk keluaran Nanafa Juta Beauty ni berasaskan bahan semulajadi, jadi tak perlu ragu-ragu untuk mencuba dan menggunakannya…

Pertama kali abam selepas mencuba set Blanco ni, kulit muka abam rasa lebih segar…dan setelah beberapa kali menggunakan set ni, masalah kulit berminyak dah makin berkurangan. Jadi, abam amat sarankan korang untuk dapatkan set Blanco ni..Harganya sangat berpatutan. Untuk Blanco Bar hanya RM40 dan Balanco Serum hanya RM50. Tapi abam amat sarankan korang ambik jer 1 set, hanya RM80 sahaja.


Heroes Men Wash.
Produk kedua dan agak unik, dan yang paling abam suka…nak tau sebab apa?Sebab, pertama kali abam jumpa produk khas untuk mencuci tempat intim lelaki. Selalunya dalam pasaran asyik terjumpa dengan macam-macam jenis untuk orang perempuan jer kan. Sebenarnya dah lama abam tercari-cari produk macam ni dan abam rasa bukan abam sorang jer. Orang lelaki pun nak jaga jugak tauu…haa..

Heroes Mens Wash ni bukan sahaja berfungsi untuk membersihkan tapi selepas menggunakan, comfirm korang akan rasa lebih segar.
✮ FUNGSI HEROES: 

– Mengandungi antiseptik utk bunuh kuman 
– Menghilangkan Kegatalan 
– Tahan Lama,..ini dah berkahwin,sure paham.. 
– Membantu mengatasi masalah mati pucuk 
– Meningkatkan saiz 
– Meningkatkan prestasi 
– Mengurangkan risiko kanser prostat 
– Meningkatkan pengaliran darah 

✮ Kekal Bersih, Sihat, Berstamina dan Berkeyakinan Sentiasa!


Apa Ramuan Aktif dalam HEROES Mens Wash ni..:

1. BEATIN iaitu Anti kerengsaan pada kulit yang mempunyai fungsi antiseptik yang membunuh bakteria yang tidak diingini

2. EXTRA SIREH iaitu mengurangkan radang kulit dan melegakan kegatalan. Ia juga mencegah ejakulasi premature.

3. GLYCERINE iaitu mencerahkan kulit. Mengantikan selkulityang rosak dengan sel baru. Membantu menghilangkan kotoran di permukaan sel.

4. SEA SALT iaitu melegakan gatal-gatal kulit. Bersifat alkali dan menguatkan sistem imunisasi badan.

5. CATUABA EXTRACT iaitu membantu mengatasi masalah mati pucuk, meningkatkan tumbesaran saiz penis dan meningkat syahwat dan mengurangkan risiko kanser prostat.

6. MENTHOL CRYSTAL iaitu meningkatkan pengaliran darah dan meningkatkan pengangkutan oksigen.

7. FREE SLES, FREE PARABEN & FREE SILICONE.


Dan yang paling penting Heros Mens Wash ni diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan selamat digunakan.


Untuk maklumat lebih lanjut, korang boleh layari :



Alamat : NANAFA JUTA BEAUTY, Lot 674, Jalan Setapak, Pengkalan Chepa, 16100 Kota Bharu , Kelantan.No tel : 0164126546 / 0169806500

Ohh..kasut baru aku…

Sebenarnya dah lama abam nak shopping kasut baru ni…kasut snickers abam yang lama pun dah hampir rabak dah..walaupun abam jarang guna…kalau setakat pegi jalan-jalan sekitar Putrajaya ni, abam lebih selesa bersandal jer..sarung jer terus jalan hehhe…

Hari ni, masa pegi jalan-jalan kat Alamanda..saja nak menggatal masuk ke Kedai Nike . Rupa-rupanya sekarang ni, kedai Nike kat Alamanda tu ada buat sales..puas pusing tetiba ternampak kasut snickers ni…alamak cun lah pulak, siap ada off Rm45…
Try sarung, serius memang selesa sangat…sebenarnya ada 2 warna, gray dan biru gelap…tapi abam pilih yang kaler grey, nampak stailo sket…
Harga dah ok, pakai pun dah sedap….emm apa lagi terus sambar lah sepasang…

Yang bestnya, wife pulak nak belanja…wife bagitau, prezen sempena nak pegi ke Agro Farm kat Melaka esok..nak cik hubby dia nampak hensem sket kot …hahahha…Yer lah kan…first time nak join geng Kelab Bloggers Ben Ashaari…nak kena lah jaga keterampilan sket kan…kan…


Okeh, malam ni nak kena siapkan semua barang nak dibawa ke sana, nak kena tido awal…kang lewat pulak bangun esok…apa-apa pun tengkiu gais, layan abam bebel sorang-sorang..Assalamualaikum, nite …

Percutian Tak Dirancang : Bermalam di Hotel The Royal Chateau, Cameron Highland…

Assalamualaikum gaiss…

Sepatutnya abam update entri ni masa abam kat Cameron Highland hari tu. Tapi memandangkan blog pun masih blom siap, masa tu pulak abam kurang sihat..so tertangguh ler sket.

Okeh, sebenarnya holiday ke Cameron Highland pada hari tu tak dirancang pun. Cadangnya nak balik kampung jer. Ntah malam tu terasa Cameron Highland memanggil-manggil plak heheh.. So abam decide singgah jer lah. Kalau ada hotel yang masih kosong, so boleh lah bermalam kat sana, kalau takde..kita beli strawberri jer lah…pastu terus balik ke kampung…

Entri kali ni abam nak kongsikan pasal hotel baru, memang kalau google pun tak jumpa lagi..baru jer beroperasi 2 minggu..masa abam stay kat situ..



Inilah dia hotel yang abam bagitau tu, The Royal Chateau . Hotel ni terletak di Brinchang, bersebelahan dengan Kasimani’s Strawberry Farm. Kalau dari jalan utama memang tak perasan sangat sebab hotel ni ada kat atas bukit.

Permandangan dari jalan utama, memang nampak menarik..

Pada mulanya abam bercadang nak stay kat Century Pines Cameron Highland. Masa dalam perjalanan ke Century Pines tu, abam terperasan ada satu rumah ala-ala villa kat atas bukit. Memang cukup menarik design umah tu..so dengan selamber abam tanya jer orang yang jaga kat situ..

Rupanya, hotel ni baru jer dibuka. Rasanya baru 2 minggu dibuka untuk disewa. Apa yang abam nampak masa tu hanya 80% ke 90% dah siap..masih ada sedikit pengubahsuaian yang pihak hotel tengah buat.

Cuba tengok kawasan hotel/villa ni. Nampak macam seolah-olah macam kat Bukit Tinggi pulak…kan…kan. Serius memang menarik.

Add caption

Kat sebelah hotel/villa ni siap dibuat tempat permaianan untuk kanak-kanak & kolam renang.

Setelah berbincang dengan pengurus hotel, dia mencadangkan abam mencuba bilik Family Suite. Jom kita tengok apa yang ada bilik Family Suite ni..

Bilik luas, katil besar…
Ini memang best kalau dah siap nanti, ni belum boleh digunakan lagi.
Yakuzi, tapi belum pasang lagi soket elektrik,..kalau tak memang nak berendam jer la…

Dengan harga RM200 semalam dan sarapan pun disediakan, abam rasa berbaloi untuk sewa bilik ni. Bestkan…siap ada yakuzi (walaupun tak boleh guna sepenuhnya sebab plug belum dipasang lagi masa tu), bilik air nya luas, bilik utama yang besar.. siap ada tempat pemanas api ( ni pun masih belum boleh guna lagi …heheh)…kalau bawa anak ramai pun memang boleh sumbat ni. Masa abam sampai tu dalam  pukul 10.30 pagi. Tapi memandangkan bilik tu kosong, pengurus hotel terus offer untuk terus check in..

Masa lepas check in, baru abam perasan. Takder air cond dalam bilik. Rupanya di Cameron Highland, kebayakan hotel memang jaranglah jumpa yang ada air cond. Mungkin pada waktu siang rasa agak panas sikit, tapi pada waktu malam..fuhhh memang sejuk. So memang lah jimat kalau dok kat sana. Abam rasa lah kan..air cond kat Cameron Highland ni memang susah nak jual kot kan..hehehhe….

Rasanya kalau dapat hotel di area Brinchang memang antara kawasan terbaik, sebab ada di tengah-tengah kawasan dan mudah nak pegi ke Tanah Rata..nak pegi ke Tringkap. Nak cari kedai makan pun senang, banyak pilihan restoran dekat-dekat situ.

Masa abam sampai di Cameron Highland tu, hari Rabu sehari sebelum cuti Maulidur Rasul. Disebabkan abam sampai di awal pagi, takder lah jem sangat. Tapi selepas pukul 2 petang, kebanyakan ditempat tarikan utama memang jem giler…


Pengajarannya lepas ni, janganlah nak pegi holiday kat Cameron Highland pada musim cuti sekolah. Memang buang masa jem kat atas jalan tu..sib baik abam ni penyabar orangnya heheh…
Masa kat sana, abam hanya sempat melawat beberapa tempat jer macam Lavender Farm, Butterfly Park dan Kampung Sedia.

Sebenarnya, nilah pertama kali abam tau pasal Kampung Sedia ni..heheh teruk nya.. rupanya di Kampung Sedia ni ada homestay, ada restoran/cafe, ada ladang strawberri, ada ladang sayur dan macam-macam lagi. Sebelum ni, kalau nak beli sayur ke strawberri ke..mesti nak beli kat area Brinchang atau sekitar jalan utama.. Tapi kali ni, abam beli kat sini pulak. 

Kesimpulannya, kalau korang nak cuba stay kat hotel The Royal Chateau ni…abam amat syorkan. Kalau dah siap sepenuhnya,rasanya lagi menarik nanti. Okeh, abam belanja sket pic kat sana sambil melayan si budak kecik ni dan kebetulan kat sana terjumpa pulak sahabat abam yang sama-sama dalam perjalanan nak balik kampung,tapi TERsinggah kat Cameron Highland heheh..…Terima kasih sebab sudi melayan entri abam kali ni…

Mat Bunga kalau nampak bunga mesti nak kena ambik pic punya hehhe….
Si Haziq kalau dapat aiskrim, dah tak toleh kiri kanan dah….hehehhe

p/s : pada rakan-rakan yang berminat nak sewa hotel/villa The Royal Chateau boleh hubungi pengurus kat situ..Encik Kamal 0143067685.
Kalau nak mencari lokasi, search Kasimani’s starwberry Farm…