Hari pertama aku memblogging…

Akhirnya setelah bertahun aku tinggalkan dunia blog, aku mula balik hari ni…mula dari kosong balik. Sebenarnya aku dah mula ada blog pada tahun 2006 lagi. Aku rasa masa tu, facebook pun belum ada lagi kot. Aku start dengan share life aku dengan family, dengan cerita aku travel pusing-pusing Malaysia…sebab masa tu kerja aku sebagai technician aku banyak outstation dan banyak tempat aku aku travel. Dan dalam blog ni lah aku kongsi sikit-sikit cerita…
Masuk tahun 2007, aku berjinak pulak dengan bisnes kecik-kecik secara online dan medium paling top masa tu, blog lah..aku jual pakaian branded kanak-kanak yang aku order dari supplier kat oversea dan pemborong kat KL..rasanya ada 2 blog yang aktif masa tu,.. http://coolcutentrendy.blogspot.my/& Branded Kidz Store Collection.

Lepas tu sebab terlalu sibuk sangat dengan outstation, dah tak sempat nak update blog..sampai password pun dah lupa….aduhai…

Semangat berblogging ni datang balik bila Ben Ashaari encourage aku sejak dari 2014 lagi. Masa tu aku dah jadi freelance personal trainer. Citer pasal Ben ni, mula aku kenal si Ben ni,…rasanya dalam tahun 2011 kot di gym KBS Putrajaya dan aku tak tau pun dia ni blogger hehhe…dan memang dah femes pun…kawan aku lah yg bagitau..heheh
 Masa tu aku kerja kat Gym Kbs sebagai Penyelia dan memang aku akan sapa semua orang yang datang.. Rasanya hampir berbulan jugak aku kenal dia di KBS, barulah aku tau dia ni blogger…tu pun dari mulut kawan aku…hehhe pandai betul simpan rahsia…hehehe

Sekarang ni, aku ada tempat baru untuk aku bebel apa yang aku rasa nak cakap..kalau korang rasa rajin nak baca, nak follow…aku ucapkan terima kasih banyak-banyak…
ok. …hari ni banyak aktiviti nak buat, biasalah dekat dengan hujung tahun ni, kena selesai hal sekolah anak-anak ler. Pastu kita layan movie Star Wars pulak..k bai.. Assalamualaikum..