28 Jan Seminar Jom Kurus Kevin Zahri di Kuala Lumpur

28 Jan Seminar Jom Kurus Kevin Zahri di Kuala Lumpur

28 Jan Seminar Jom Kurus Kevin Zahri di Kuala Lumpur

Hari ni rakan-rakan dari Kelab Blogger Ben Ashaari turut meyertai bersama Seminar Jom Kurus Kevin Zahri yang diadakan di Shah Alam,Selangor. Shah Alam merupakan destinasi pertama untuk seminar ini, dan banyak lagi lokasi lain akan diadakan selepas ni.

28 Jan Seminar Jom Kurus Kevin Zahri di Kuala Lumpur
28 Jan Seminar Jom Kurus Kevin Zahri di Kuala Lumpur

Butiran Seminar Jom Kurus Kevin Zahri di Kuala Lumpur

Berikut adalah butir untuk sessi seminar dan senaman bersama Coach Kevin Zahri untuk peserta Cabaran Jom Kurus musim 10 di Kuala Lumpur.

  • Date: 28 January 2018
  • Time: 8.00am – 1.30pm
  • Venue: Dewan Raja Muda Musa, Shah Alam

Tentative program:

  • 8.00am – 9.00am: Bhangra Dance by Master Trainer Aliez & Team
  • 9.00am – 9.30am: Rehat
  • 9.30am – 9.45am: Group Photo
  • 9.45am – 10.30am: Weight loss sharing session by Natrah dan ChaCha (Ikon JK1M10)
  • 10.30am – 1.30pm: Seminar and Games by Kevin Zahri & Team Leaders JK1M10
  • 1.30pm – 2pm: Photo Session

Untuk jadual seluruh Malaysia, sila rujuk kepada laman Jom Kurus Seminar Tour

Seminar Jom Kurus Kevin Zahri di Kuala Lumpur
Sesi bergambar bersama Coach Kevin Zahri selepas tamatnya Seminar Jom Kurus Kevin Zahri untuk zon Kuala Lumpur

Baca jugak Pengalaman hari pertama di Jom Kurus 1Malaysia

702 total views, no views today

Cabaran Jom Kurus 1Malaysia (JK1M) Musim 10

Cabaran Jom Kurus 1Malaysia (JK1M) Musim 10

 

Cabaran Jom Kurus 1Malaysia (JK1M) Musim 10 – Minggu Pertama

Cabaran Jom Kurus 1Malaysia (JK1M) Musim 10
Bersama rakan blogger, www.yanty.my ..tak sabar nak kurus ni..😂

Hari Sabtu semalam.. 7.30 pagi abam dah ada kat Taman Tasik Cyberjaya. Hari ni adalah hari pertama abam bersama program Jom Kurus 1Malaysia (JK1M) musim 10. Ni lah kali pertama abam join program ni, dan abam pilih Coach Cem untuk area Putrajaya. Rasanya ramai yang kenal Coach Cem ni, beliau pernah jadi coach untuk 1 program tv kat astro dulu.

Cabaran Jom Kurus 1Malaysia (JK1M) Musim 10
Coach Cem

Hari pertama untuk program Cabaran Jom Kurus 1Malaysia (JK1M) Musim 10 (kawasan Putrajaya) ni, semua peserta telah diminta untuk berkumpul kat Taman Tasik Cyberjaya. First time abam sampai kat taman ni. Dekat jer pun dari umah, dalam 10 minit jer. Tapi tak pernah sampai pun. Al maklumlah kat Putrajaya pun dah banyak taman, jadi layan kat Putrajaya jer lah kan..

Cabaran Jom Kurus 1Malaysia (JK1M) Musim 10

Ok..Apabila semua peserta Cabaran Jom Kurus 1Malaysia (JK1M) Musim 10 dah sampai kat sini, semua peserta telah diminta untuk merekodkan berat masing-masing. Kemudian setiap peserta di ambil gambar Ini untuk nak tengok perubahan masa di akhir program nanti.

Cabaran Jom Kurus 1Malaysia (JK1M) Musim 10
Sesi menimbang berat badan masing-masing

Cabaran Jom Kurus 1Malaysia (JK1M) Musim 10

Sesi ice-breaking dengan semua peserta memang agak unik & lawak jugak cara ice-breaking yang Coach Cem ni buat. Cubit pipi partner lah dan macam-macam lagi benda lawak. Lepas sesi warm up jer, kami semua di uji untuk kenal pasti “fitness level” masing-masing.


Sesi Ujian Kecergasan untuk Cabaran Jom Kurus 1Malaysia (JK1M) Musim 10

Cabaran Jom Kurus 1Malaysia (JK1M) Musim 10

Fitness test yang pertama, ujian cardio. Kami perlu berlari mengelilingi kawasan tasik dalam masa yang ditetapkan. Ujian kardio ni nak menentukan tahap kecergasan dan tahap kekuatan jantung setiap peserta.

Cabaran Jom Kurus 1Malaysia (JK1M) Musim 10
Coac Cem bersama coach lain sedang menunjukan cara push up yang betul kepada semua peserta

Ujian kedua, ujian kekuatan untuk “upper body” iaitu buat pushup sebanyak mungkin dalam masa 2 minit.

Cabaran Jom Kurus 1Malaysia (JK1M) Musim 10
Fitness test yang ke 2, squat untuk bahagian lower body

Ujian ketiga pula untuk menguji kekuatan “lower body” dengan buat senaman squats. Coach Cem bagitau, untuk wanita yang nak bontot seksi macam JLo tu, rajin-rajin lah buat senaman ni. Hehehehe

Cabaran Jom Kurus 1Malaysia (JK1M) Musim 10
Coach Cem sedang tunjukan cara buat plank yang betul

Ujian seterusnya, kami diminta buat “plank”. Tujuannya nak uji kekuatan core masing-masing. Hebat akak sebelah abam ni, dah umur rasa lebih 50 tahun tapi mampu bertahan sampai 2 minit. Akibat rasa tercabar, abam kena menten jugak lah sampai 2 minit..bergegar lemak-lemak kat perut ni..hehehe..
Yang terakhir, ujian balance & awareness untuk menguji tindak balas peserta. 

Cabaran Jom Kurus 1Malaysia (JK1M) Musim 10

Hari Pertama Cabaran Jom Kurus 1Malaysia (JK1M) Musim 10 kawasan Putrajaya

Di hari pertama untuk Cabaran Jom Kurus 1Malaysia (JK1M) Musim 10 , Coach Cem berkongsi jugak mengenai pemakanan. Apa yang bagus dan tidak bagus di amalkan jika nak turunkan berat badan & kekal sihat.

Ohh lupa nak bagitau tadi. Untuk sesi ni, kami semua di bahagikan kepada 2 kumpulan iaitu kumpulan Hot & kumpulan Seksi. Cabaran selama 6 minggu ni, akan menguji semua peserta dan markah akan diberi. Kumpulan mana yang kalah nanti, kena denda. Hehheh..

Cabaran Jom Kurus 1Malaysia (JK1M) Musim 10
Coach Cem sedang menerangkan mengenai pemakanan sihat

Ok..setakat ni jer abam nak cerita untuk hari pertama Cabaran Jom Kurus 1Malaysia (JK1M) Musim 10 ni. Korang tunggu untuk entri seterusnya ya..agak brapa abam leh kurangkan berat badan lepas ni.. tungguuuuu…😂

Cabaran Jom Kurus 1Malaysia (JK1M) Musim 10
Ada geng KBBA9 ..boleh terjah blog dia nanti www.yanty.my

Jangan lupa singgah ke  blog rakan Kelab Blogger Ben Ashaari abam yang sama-sama join program JK1M kali ni,. Yanty Lee

Boleh dapatkan infomasi mengenai Cabaran Jom Kurus 1Malaysia ni di :

Web Rasmi Jom Kurus

FB Pages Rasmi Coach Cem

Jom tengok antara gambar-gambar yang menarik masa Cabaran Jom Kurus 1Malaysia (JK1M) Musim 10 hari Pertama

Cabaran Jom Kurus 1Malaysia (JK1M) Musim 10
Antara gaya-gaya paling menarik 😁
Cabaran Jom Kurus 1Malaysia (JK1M) Musim 10
Hari pertama kena dera..biasa lah kan 😂
Cabaran Jom Kurus 1Malaysia (JK1M) Musim 10
Sesi tepuk, cubit pipi partner sebelah…pompuan ok lah nampak kiut..kena yang sama lelaki..huh malas la nak cakap🤣🤣
Cabaran Jom Kurus 1Malaysia (JK1M) Musim 10
Chewah…😁

Cabaran Jom Kurus 1Malaysia (JK1M) Musim 10

Cabaran Jom Kurus 1Malaysia (JK1M) Musim 10

Cabaran Jom Kurus 1Malaysia (JK1M) Musim 10
Penyiksaan hari pertama..hehehe
Cabaran Jom Kurus 1Malaysia (JK1M) Musim 10
Antara penyeri untuk Cabaran Jom Kurus 1Malaysia (JK1M) Musim 10 ni..

Cabaran Jom Kurus 1Malaysia (JK1M) Musim 10

Terima kasih sudi singgah ya..😁

Baca juga : AJ Fitness Presint 11 Putrajaya

Baca juga : Seminar Jom Kurus Kevin Zahri di Kuala Lumpur

 

687 total views, no views today

Grumpy Cat Menang Saman AS$710,000

Grumpy Cat Menang Saman AS$710,000

Grumpy Cat Menang Saman AS$710,000

Grumpy Cat Menang Saman AS$710,000

Kalau sebut Grumpy Cat jer, mesti korang tau kan, kucing ni antara kucing paling femes kat internet. Ini disebabkan muka kucing ni yang nampak garang. Sekarang ni Grumpy Cat bertambah-tambah lagi glamer bila tuannya menang saman sebanyak AS$710,000 (RM2.8 juta) . Ni lah rezeki tuannya Tabatha Bundse

Grumpy Cat Menang Saman AS$710,000
Grumpy Cat bersama tuannya..

Grumpy Cat Menang Saman AS$710,000

Keputusan mahkamah persekutuan di California memihak kepada Grumpy Cat & Tabatha Bundse apabila syarikat Granade Beverage dan Bundse dikatakan telah melanggar kontrak terhadap penggunaan Grumpy Cat atau nama sebenarnya Tardar Sauce untuk barisan minuman kopi ais yang dikenali sebagai “Grumpiccionos”.

Grumpy Cat Menang Saman AS$710,000

Dikatakan syarikat Granade Beverage dan Bundse telah tempek kebanyakan produk diorang dengan muka Grumpy Cat. Sepatutnya 1 produk je diorang guna imej Grumpy Cat, tapi diorang dah guna pelbagai produk lain yang tak ada dalam kontrak.

Kalau korang nak tau lah, Grumpy Cat mula jadi popular lepas abang kepada tuannya upload gambar kucing ni kat web Reddit.
Sebab muka kucing ni yang memang unik, muka pemarah atau ada yang kata muka “what ever…!!” Hehhe.. kucing ni terus jadi popular kat internet.

Bayangkan kucing Grumpy Cat ni sangat popular sampai kucing ni di jemput ke rancangan-rancangan tv, filem dan menjadi duta kepada pelbagai produk.

Jadi kalau korang ada bela binatang peliharaan macam kambing ke, ayam ke, yang ada muka unik macam Grumpy Cat ni..rajin-rajin lah share kat laman web. Ye lah, mana tau kot-kot ada rezeki korang kaya cam tuan kucing ni hehhe…

Jom singgah jap : Resepi Brownies yang mudah & sedap

683 total views, no views today

FILEM JUMANJI : WELCOME TO THE JUNGLE (2017)

FILEM JUMANJI : WELCOME TO THE JUNGLE (2017)

Baru-baru abam bawa wife dengan anak-anak layan filem Jumanji : Welcome To The Jungle (2017) kat GSC Alamanda Putrajaya. Filem ni sebenarnya dah mula ditayangkan kat pawagam seluruh negara mulai 22 Disember 2017 lagi. Anak-anak dah teruja nak tengok filem ni sebab diorang dah tengok Jumanji 1995 yang di lakonkan oleh Robin Williams dulu tu. Filem Jumanji 1995 memang cukup kelakar, memang teruja nak tengok sekuel yang terbaru ni.

FILEM JUMANJI : WELCOME TO THE JUNGLE (2017)

 Jumanji : Welcome To The Jungle (2017)

Sekuel kali ni,  Jumanji : Welcome To The Jungle (2017) di arahkan oleh Jake Casdan dan diterbitkan oleh Columbia Pictures, Dibarisi oleh pelakon-pelakon hebat seperti  Dwayne Johnson (The Rock), Jack Black, Kevin Hart, Karen Gillan, Nick Jonas dan Bobby Cannavale pasti akan menarik ramai untuk menonton filem ni.

FILEM JUMANJI : WELCOME TO THE JUNGLE (2017)

Review Jumanji : Welcome To The Jungle (2017)

Sekuel Jumanji : Welcome To The Jungle (2017) kali ni bermula dengan mengisahkan pasal 4 remaja dari berbeza latar belakang di satu sekolah, dikenakan kelas tahanan. Mereka ditempatkan si buah perpustakaan lama dan ditugaskan untuk membersihkan perpustakaan tersebut. Masa tengah dok mengemas tu, mereka terjumpa sebuah video game Nintendo lama. Rupanya ada game Jumanji plak kat situ. Mereka berempat iaitu Spencer (Alex Wolff) , Martha (Morgan Turner), Bethany (Madison Iseman) dan Fridge (Ser’Darius Blaine) main permainan tersebut. Mereka memilih avatar dalam game Jumanji tadi. Baru jer nak mula main permainan video game tadi, tetiba mereka disedut masuk ke dalam permainan tersebut.

FILEM JUMANJI : WELCOME TO THE JUNGLE (2017)

Masa dalam game Jumanji ni, mereka berempat mesti mendapatkan kembali kristal yang di curi oleh  Van Pelt (Bobby Cannavale) dan kembalikan ke Bukit Harimau Bintang. Tujuan nya untuk mengembalikan semula keamanan di dunia Jumanji ni. Sejak  Van Pelt mencuri batu permata tu, dunia Jumanji seperti berada dalam kegelapan dan dipenuhi unsur kejahatan.

Semasa pengembaraan mencari batu permata ni lah yang best. Ada part aksi dan ada part memang cukup melucukan. Yang bestnya, setiap avatar mempunyai peranan masing-masing. Masing-masing ada kelebihan dan kekurangan. Macam watak Kevin Hart, part dia meletup sebab makan kek antara yang paling lawak.

FILEM JUMANJI : WELCOME TO THE JUNGLE (2017)

FILEM JUMANJI : WELCOME TO THE JUNGLE (2017)

FILEM JUMANJI : WELCOME TO THE JUNGLE (2017)

FILEM JUMANJI : WELCOME TO THE JUNGLE (2017)

FILEM JUMANJI : WELCOME TO THE JUNGLE (2017)

Pendapat abam pasal FILEM JUMANJI : WELCOME TO THE JUNGLE (2017)?

Apa yang boleh abam komen kat sini, lakonan setiap pelakon memang cukup mantap. Setiap watak mempunyai karektor yang tersendiri. Gabungan pelakon-pelakon hebat ini menjadikan filem ini menarik. Pendapat abam lah, lakonan hebat Kevin Hart dengan The Rock antara paling menyerlah. Memang pecah perut gelak dalam panggung.

Jumanji: Welcome To The Jungle (2017) adalah sebuah filem yang memang abam syorkan korang tengok.kalau masih sempat lah. Filem yang cukup awesome dan cukup menarik untuk tontonan seisi keluarga. Kalau korang memang peminat filem Jumanji yang pertama, korang pastinya akan layan filem Jumanji terbaru ini.
Abam bagi 8.5/10 untuk filem ini. Lepas baca review boleh try cari tiket kot-kot ada lagi heheheh…

 

Baca juga Review Guardian of The Galaxy Vol 2

 

915 total views, no views today

The Legend Resort Cherating Cipta Kenangan Terindah

The Legend Resort Cherating

The Legend Resort Cherating Cipta Kenangan Terindah

Bila sebut pasal Cherating , mesti ramai dah tau tempat ni antara salah satu lokasi menarik di Pahang malah salah satu lokasi percutian yang paling best di Malaysia. Pantainya yang cantik, siap boleh buat aktiviti surfing lagi. Lokasi yang menarik untuk scuba diving dan menjadi tempat persinggahan penyu untuk bertelur. Sebab tu, Cherating menjadi pilihan lokasi percutian pelancong dari dalam dan luar negara.

Baru-baru ni abam berpeluang bercuti ke Cherating dan abam sekeluarga menginap di The Legend Resort Cherating selama 3 hari 2 malam. Lokasi resort yang terletak di tepi pantai yang cantik dan kemudahan yang disediakan amat sesuai untuk sesi percutian keluarga.

The Legend Resort Cherating

Bilik di THE LEGEND RESORT CHERATING 

Kat The Resort Cherating ni korang tak perlu bimbang pasal bilik.  Kalau tak silap ada lebih kurang 205 bilik.  Pilihan dari jenis bilik Superior, Deluxe, Grand Deluxe, Junior Suite, Cherating Suite dan juga Penthouse.

Masa kat sana, abam sekeluarga menginap kat bilik superior. Cukup luas dan selesa untuk abam sekeluarga.

The Legend Resort Cherating

The Legend Resort Cherating

Di The Legend Resort Cherating, ada pelbagai harga bilik yang ditawarkan di antara Rm180 – RM2500 untuk satu malam. Terpulang kepada budget korang. Jika ada budget lebih dan berminat untuk honeymoon kat sini, boleh cuba bilik penthouse, memang cukup privasi.

The Legend Resort Cherating
The Legend Resort Cherating
The Legend Resort Cherating
The Legend Resort Cherating
The Legend Resort Cherating
The Legend Resort Cherating
The Legend Resort Cherating
The Legend Resort Cherating

Apa Yang Best kat THE LEGEND CHERATING RESORT ?

Kolam Renang di THE LEGEND CHERATING RESORT

Antara yang menarik di The Legend Cherating Resort ni adalah kolam renangnya. Rasanya antara banyak-banyak resort atau hotel yang pernah abam pegi, kat sini yang paling best. Kat sini ada 2 kolam besar dan 1 kolam kecil khas untuk kanak-kanak.

Kolam renang biru merupakan kolam renang paling besar kat The Legend Resort Cherating ni. Kedalaman ni sehingga 6 kaki. Kat sini boleh duduk lepak kat kolam ni sambil tengok anak-anak mandi, main air sampai puas.
Kat Kolam renang hijau pulak, kedalaman kolam ni sehingga 9 meter. Ini hanya khas untuk yang memang terer berenang dan kalau nak mandi kat kolam ni mesti pakai pakaian renang.

The Legend Resort Cherating

The Legend Resort Cherating
Kolam renang Hijau
The Legend Resort Cherating
Kolam renang biru di The Legend Resort Cherating

MUCK DIVE SCUBA di THE LEGEND RESORT CHERATING

 

Masa abam kat The Resort Cherating ni, ada satu aktiviti yang cukup menarik iaitu scuba diving. Rupanya kat laut Cherating ni cukup sesuai untuk lakukan scuba diving kerana ia mempunyai tarikan yang tersendiri. Dikatakan kat sini ada satu spesis batu karang yang hanya terdapat kat laut Cherating ni jer. Selain dari tu terdapat juga hidupan marin lain yang menarik dan unik disekitar pantai Cherating ni.
Untuk buat scuba diving ni, sebenarnya korang perlukan lesen dulu. Bukan boleh main terjun jer. Oleh tu, kat sini pihak Muck Dive Scuba ada menyediakan kelas untuk dapatkan lesen scuba diving ni.
The Legend Resort Cherating

Matlumat lanjut Muck Dive Scuba

  • Tel: 013-286 1620
  • Facebook: @muckdive

Email: muckdive@jomdive.com.my

Melihat Matahari Terbit di Pantai CHERATING

 

Antara aktiviti menarik kat sini setiap pagi, melihat keindahan ciptaan tuhan. Melihat terbitnya matahari. Serius sungguh cantik. Korang boleh lepak-lepak kat pantai berhadapan dengan The Legend Resort Cherating ni seawal 6.30 pagi, terasa angin pantai memang cukup menyegarkan.

The Legend Resort Cherating 8
The Legend Resort Cherating
The Legend Resort Cherating 8

The Legend Resort Cherating

Hafiz Firefly Tour

Kelip-kelip Cherating
Kelip-kelip

Sebelum ni kalau nak tengok kelip-kelip, antara lokasi yang abam tau ialah kat Kuala Selangor. Rupanya kat Cherating ni pun ada lokasi yang korang boleh tengok kelip-kelip ni. Aktiviti Firefly Tour ni korang boleh ikuti semasa korang menginap di The Legend Resort Cherating ni. Okeh nanti abam akan cerita pasal aktiviti kelip-kelip di entri seterusnya ya.

The Legend Resort Cherating 15

Lawatan ke Pasar Kuala Kemaman, Turtle Sanctuary & Kilang Keropok Lekor

 

Semasa bercuti disana, abam bersama-sama dengan keluarga besar KBBA9 dibawa melawat ke tempat-tempat yang cukup menarik. Antaranya Pasar Kuala Kemaman. Kat sini katanya cukup terkenal dengan ikan-ikan fresh terus dari laut. Rupanya ada kawan-kawan abam yang kampung diorang kat sana memang singgah kat sini beli ikan fresh, pastu bawak balik ke Putrajaya.

 

The Legend Resort Cherating Cipta Kenangan Terindah

Akan Bersambung ke bahagian ke 2

Baca juga Hari Keluarga KBBA9 di Cherating Beach Resort

664 total views, no views today

Haziq ke Pra Sekolah

Haziq ke Pra Sekolah

Akhirnya semangat membara nak update blog dah datang heheh..😁

Kali ni abam nak kongsikan moment si Haziq masuk ke Pra Sekolah. Harap-harap nanti akan jadi kenangan untuk abam sekeluarga tengok balik bila Haziq dah besar nanti.

First day si Haziq memang macho abis. Takda aksi-aksi drama menyayat hati. Mungkin dia segan kot kalau nangis nanti mesti orang pandang dia punya.

Haziq ke Pra Sekolah
Amboi,..sampai jer kat sekolah..ada Upin Ipin sambut diorang..
Haziq ke Pra Sekolah
Pikachu pun ada..bertuah bebudak sekarang ni..Tahniah pihak sekolah yang kreatif
Haziq ke Pra Sekolah
Muka konfiden takda drama hari pertama kat pra sekolah 😁
Haziq ke Pra Sekolah
Dengan bangganya tunjuk nama yang cikgu bagi..sebab ada 2 orang nama Haziq..so kenalah panggil Zikri
Haziq ke Pra Sekolah
Cantiknya kelas diorang..kreatif cikgu-cikgu pra sekolah ni

Haziq ke Pra Sekolah

Haziq ke Pra Sekolah

Haziq ke Pra Sekolah
Masa untuk makan pagi
Haziq ke Pra Sekolah
Makan pagi disediakan untuk murid-murid pra sekolah
Haziq ke Pra Sekolah
Bestnya…abis je 1st day siap dapat makan mekdi lagi…

Alhamdulillah..minggu pertama..semuanya berjalan lancar tanpa sebarang drama. Tapi masuk minggu ke dua..selama 3 hari dia nangis siap pegang kaki abam kat depan kelas tak nak lepaskan. Aaaa..sudah..🤣

Rupanya, dia ada kecik ati dengan cikgu sebab cikgu ada tegur dia sebab tak tulis kat buku..heheh tapi pastu apa ntah cikgu dia dah buat..semua ok..dia semangat balik dah nak masuk kelas..setiap hari semangat nak pegi sekolah.

Tahniah cikgu, terima kasih atas kesabaran melayan karenah anak-anak pra ni. Bukan semua cikgu dapat buat macam diorang. Terima kasih juga sebab kreatif dalam mendidik anak-anak kami..

 

Baca juga Bercuti di Cherating

730 total views, no views today

AJ Fitness Centre Presint 11 Putrajaya

Aj Fitness presint 11 Putrajaya

Review : AJ Fitness Centre Presint 11 Putrajaya

Antara misi penting untuk 2018 ni, abam memang dah tekad dah nak turunkan berat badan ni. Penat lah bawak lemak ni hehehhe… Abam dah tekad selain nak amalkan pemakanan sihat , abam jugak nak aktif balik ke gym. Nak bagi fit balik badan ni.

Jadi, masuk 2018 ni apa yang abam buat, terus register jadi gym member di AJ Fitness Centre Presint 11 Putrajaya. Jadi bila dah jadi member kena lah paksa diri datang kan. Ok, untuk penduduk Putrajaya, khas nya yang stay area Presint 9 & Presint 11..Lokasi gym berada di No 128 Jalan Jati Bukit 11/25, Presint 11 1 ..berada di lot kedai, berdekatan dengan Pusat Kejiranan Presint 11.

 

 

Jom tengok apa yang menarik kat dalam AJ Fitness Centre Presint 11 Putrajaya ni,..

AJ Fitness Centre Presint 11 Putrajaya

AJ Fitness Centre Presint 11 Putrajaya
Brader yang jaga ni memang tak sombong ..selalu senyum jer 😁

AJ Fitness Centre Presint 11 Putrajaya

AJ Fitness Centre Presint 11 Putrajaya

AJ Fitness Centre Presint 11 Putrajaya

AJ Fitness Centre Presint 11 Putrajaya

AJ Fitness Centre Presint 11 Putrajaya

AJ Fitness Centre Presint 11 Putrajaya

Boleh dikatakan peralatan yang disediakan cukup untuk buat senaman beban. Keadaan susunan pun teratur dan kemas. Kebersihan di gym pun cukup memuaskan. Selain dari tu, surau, bilik persalinan untuk lelaki dan wanita serta loker pun ada disediakan.

AJ Fitness Centre Presint 11 Putrajaya

AJ Fitness Centre Presint 11 Putrajaya

Bayaran masuk ke AJ Fitness Centre Presint 11 Putrajaya ni agak berpatutan. Kalau rasa tak nak jadi member, nak walk in jer..dari jam 9 pagi hingga 5 petang hanya Rm5 sahaja. Selepas pukul 5 petang, bayaran sebanyak Rm7 dikenakan untuk sekali masuk.

Untuk  wanita, kalau korang tengah cari gym tu,..sekarang kat AJ Fitness Centre Presint 11 Putrajaya ni tengah ada promo,..sebulan Rm60 sahaja.

Keseluruhan, abam cukup berpuas hati workout kat sini. Kalau pihak pengurusan AJ Fitness Centre Presint 11 Putrajaya nak tambah lagi peralatan yang ada, abam cukup mengalu-alukan.

Aj Fitness presint 11 Putrajaya
Ok…abam nak posing seround dulu 🤣

Terima kasih kat korang yang sudi singgah lagi entri ni….😁

Untuk maklumat lanjut boleh ke FB page AJ Fitness Presint 11 Putrajaya

 

Baca juga Tips Senaman Untuk Bakar Lemak dengan Lebih Cepat

1,877 total views, no views today

Resepi Ayam Masak Sos Simple, Mudah, Cepat dan Sedap

Resepi Ayam Masak Sos Simple, Mudah, Cepat dan Sedap

Resepi Ayam Masak Sos Simple, Mudah, Cepat dan Sedap

Hari ni kena turn abam masak plak untuk anak-anak. Kalau abam masak, macam biasalah abam cari menu simple, mudah dan yang pasti anak-anak suka nak makan. Jadi hari ni, abam nak kongsikan resepi abam masak hari ni, Resepi Ayam Masak Sos.

Resepi Ayam Masak Sos Simple, Mudah, Cepat dan Sedap
Resepi Ayam Masak Sos Simple, Mudah, Cepat dan Sedap

Bahan-bahan untuk

– Ayam – 8 ketul

Bahan untuk ditumbuk atau dikisarkan :

– Bawang merah – 3 ulas
– Bawang putih – 3 ulas
– Bawang besar – 2 biji

Bahan yang dipotong/dihiris :

– Halia – 3 inci
– Cili padi / cili kampung – 2-3 biji ( kalau nak pedas boleh tambah lagi)

Bahan untuk kuah

– Sos cili – 4-5 sudu
– Sos tiram – 2 sudu
– Sedikit air
– Minyak masak secukupnya
– Garam – Secukupnya
– Gula – secukupnya

Cara-caranya :

Panaskan kuali dan masukan minyak yang cukup untuk menggoreng ayam.
Gorengkan ayam sehingga separuh masak dan angkat dari kuali.
Gunakan baki minyak yang guna untuk goreng ayam tadi, dalam 4-5 sudu minyak untuk menumis bahan yang kita kisar tadi (bawang merah, bawang putih, dan bawang besar). Tumis kan sehingga naik bau.

Pastu masukkan cili padi dan halia yang dipotong kecil tadi dan kacau sehingga rata.
Kemudian tambahkan soso cili dan sps tiram dan kacau sehingga kuahnya sebati. Tambah sedikit air. Sambung lagi kacau . Biarkan sebentar sehingga kuah pecah minyak.

Rasa sedikit kuah tadi.kalau perlu ditambah garam atau gula..tambahkan secukup rasa. abam tak tambah pun sebab rasa dari sos cili dan sos tiram tadi pun dah ok.

Kemudian masukan ayam dan gaul sehingga semua sebati..
Lupa nak tambah tadi…abam tambah kan hirisan bawang holland, tomato & capsicum . Abam masukan masa dekat-dekat nak masak.

Hidangkan panas-panas..makan dengan nasik putih saja pun ok dah.
Terima sebab sudi singgah kat blog abam ni.Nanti boleh ler cuba Resepi Ayam Masak Sos Simple, Mudah, Cepat dan Sedap ni ya 😋

Resepi Ayam Masak Sos Simple, Mudah, Cepat dan Sedap1

 

Menu asal dari Blog Rahmat RMD

Baca juga Resepi Mee Goreng Mudah dan Sedap,

2,480 total views, 0 views today

Tahniah KBB9 Jalinkan Kerjasama Bersama Inomedik Info Perubatan dan Kesihatan Terkini

Tahniah KBB9 Jalinkan Kerjasama Bersama Inomedik Info Perubatan dan Kesihatan Terkini

 

Tahniah KBB9 Jalinkan Kerjasama Bersama Inomedik Info Perubatan dan Kesihatan Terkini

 

Baru-baru ni ,Kelab Blogger Ben Ashaar (KBBA9) di berikan peluang bekerjasama bersama-sama dengan Komuniti Blogger Rasmi INOMEDIK untuk membantu menyebarkan bahan portal Inomedik kepada orang ramai melalui laman-laman media sosial.

Apa Fungsi sebenarnya INOMEDIK?

INOMEDIK, merupakan sebuah portal perubatan dan kesihatan Malaysia yang menyediakan maklumat dalam pelbagai platform seperti  dalam bentuk artikel, video dan ulasan pakar untuk menyampaikan info daripada pakar-pakar perubatan di seluruh Malaysia dan berita kesihatan terkini yang bertujuan memberi pendedahan kepada Malaysia melalui laman media sosial.

Tahniah KBB9 Jalinkan Kerjasama Bersama Inomedik Info Perubatan dan Kesihatan Terkini
INOMEDIK juga adalah kerjasama oleh pihak hospital, Universiti dan NGO. Untuk maklumat korang..INOMEDIK tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan. Ia sekadar menyalurkan info yang berkaitan tentang kesihatan sahaja seperti 1001 sakit & rawat, ibu & anak, i-sihat, i-berita, i-sokongan, -forum dan tool kesihatan.

 

 

Tahniah KBB9 Jalinkan Kerjasama Bersama Inomedik Info Perubatan dan Kesihatan Terkini
INOMEDIK juga adalah kerjasama oleh pihak hospital, Universiti dan NGO.

Jalinan Kerjasama antara KBBA9 dan Inomedik

Semoga dengan kerjasama antara Kelab Blogger Ben Ashaari (KBBA9) dan INOMEDIK, masyarakat akan lebih mudah untuk mendapat info-info terkini berkaitan kesihatan melalui media sosial. Moga kerjasama ini mampu memberi manfaat sepenuhnya kepada masyarakat di luar sana. Bagi yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai Inomedik, bolehlah layari laman sesawang mereka di www.inomedik.com . Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua  Sekali lagi tahniah kepada KBBA9 atas kerjasama ni.

Sumber : web   Kelab Blogger Ben Ashaari (KBBA9)  & Web INOMEDIK

Baca juga : Tips Keselamatan Beg di Airport

657 total views, no views today

Tips Untuk Keselamatan Semasa Check In Luggage Di Lapangan Terbang

Tips Untuk Keselamatan Semasa Check In Luggage Di Lapangan Terbang

Tips Untuk Keselamatan Semasa Check In Luggage Di Lapangan Terbang
Masa ni abam kat kaunter check in di KLIA2..Beg semua dah balut

Kalau korang prasan, baru-baru ni kecoh pasal isu travel agen yang di tuduh cuba seludup duit melalui seorang warga mas yang juga client dia sendiri. Isu ni patut jadikan pengajaran untuk korang yang suka travel atau yang nak sesapa saja di airport. Nasib baik duit, kalau dadah …mau ke tali gantung..

Di sebabkan isu ni memang besar dan patut semua orang tahu, jadi abam nak kongsikan beberapa tips yang mungkin dapat membantu.

Tips Untuk Keselamatan Semasa Check In Luggage Di Lapangan Terbang

1. Jangan sesekali terima kiriman dari orang lain yang kita tidak kenali atau yang baru dikenali…

2. Jangan sesekali combine bag dengan travel buddies yang baru kita kenal kat group-group travel..biar check in lugage masing-masing. Takpa bayar lebih, janji selamat. Takut nanti ntah apa-apa di letakan dalam beg tu.

3. Yang selalu guna begpack tu korang kena balut sebelum checkin. Banyak kes dah sebelum ni yang selitkan barang-barang terlarang ke dalam beg. Banyak kes yang kantoi kat airport tetiba ada dadah ..tak pasal-pasal jadi banduan nanti. Bukan sahaja begpack, beg yang masuk jer kat bahagian luggage..mohon sila balut. Korang boleh balut sendiri atau gunakan servis di airport/lapangan terbang.

Tips Untuk Keselamatan Semasa Check In Luggage Di Lapangan Terbang
Servis wrap/balut di lapangan terbang..ada sedikit caj dikenakan. Kluarkan sedikit duit demi keselamatan

4.  Salah satu perangai orang kita ni, terlalu baik hati sampai offer space luggage kita kat orang yang tak dikenali yang overweight luggage kat depan atau sebelah kita. Tolong ya, demi keselataman jangan buat macamni. Kalau nak tolong, rasanya lebih baik bagi dia duit untuk bayar denda overweight tadi tu.

5.  Jangan sesekali nak tolong pegang barang orang lain yang dikenali semasa di airport. Kekadang ada jer datang minta tolong jaga barang diorang sekejap sebab nak toilet ke,..untuk selamat, korang minta jer dia tinggalkan kat pondok polis atau kat kaunter informasi.

6. Kalau anda berada di surau dan kasut anda hilang, jangan pakai kasut yang di tinggalkan di surau tersebut, mungkin kasut itu dah di selitkan dadah dan cuba menjadikan anda keldai untuk melepasi border control.. kalau anda lepas akan ada orang yang pulangkan kasut anda dengan alasan tertukar semasa di surau…

7. Jangan sesekali korang tinggalkan beg anda tanpa pengawasan, bawak saja kemana korang nak pegi..walaupun ke toilet. Bukan apa, takut  nanti ada yang cuba ambik kesempatan, diorang akan masukkan barang-barang terlarang oleh sindiket-sindiket tertentu…

Jadi, untuk korang yang selalu travel tu, jangan terlalu risau..cuma kena lebih berhati-hati.

Tips Untuk Keselamatan Semasa Check In Luggage Di Lapangan Terbang
Kalau nak pegi travel kena enjoy, tapi keselamatan tetap kena jaga

Terima kasih kat korang yang singgah baca entri Tips Untuk Keselamatan Semasa Check In Luggage Di Lapangan Terbang ni..semoga dapat membantu korang semasa nak travel nanti.

 

Sumber dari fb Mazlan Zonan

 

Baca juga : Cara tuntut hutang dengan scammer pakej travel

1,449 total views, 0 views today