Sepatutnya abam update entri ni masa abam kat Cameron Highland hari tu. Tapi memandangkan blog pun masih blom siap, masa tu pulak abam kurang sihat..so tertangguh ler sket.
Okeh, sebenarnya holiday ke Cameron Highland pada hari tu tak dirancang pun. Cadangnya nak balik kampung jer. Ntah malam tu terasa Cameron Highland memanggil-manggil plak heheh.. So abam decide singgah jer lah. Kalau ada hotel yang masih kosong, so boleh lah bermalam kat sana, kalau takde..kita beli strawberri jer lah…pastu terus balik ke kampung…
Entri kali ni abam nak kongsikan pasal hotel baru, memang kalau google pun tak jumpa lagi..baru jer beroperasi 2 minggu..masa abam stay kat situ..
Permandangan dari jalan utama, memang nampak menarik.. |
Rupanya, hotel ni baru jer dibuka. Rasanya baru 2 minggu dibuka untuk disewa. Apa yang abam nampak masa tu hanya 80% ke 90% dah siap..masih ada sedikit pengubahsuaian yang pihak hotel tengah buat.
Cuba tengok kawasan hotel/villa ni. Nampak macam seolah-olah macam kat Bukit Tinggi pulak…kan…kan. Serius memang menarik.
Add caption |
Kat sebelah hotel/villa ni siap dibuat tempat permaianan untuk kanak-kanak & kolam renang. |
Bilik luas, katil besar… |
Ini memang best kalau dah siap nanti, ni belum boleh digunakan lagi. |
Yakuzi, tapi belum pasang lagi soket elektrik,..kalau tak memang nak berendam jer la… |
Rasanya kalau dapat hotel di area Brinchang memang antara kawasan terbaik, sebab ada di tengah-tengah kawasan dan mudah nak pegi ke Tanah Rata..nak pegi ke Tringkap. Nak cari kedai makan pun senang, banyak pilihan restoran dekat-dekat situ.
Masa abam sampai di Cameron Highland tu, hari Rabu sehari sebelum cuti Maulidur Rasul. Disebabkan abam sampai di awal pagi, takder lah jem sangat. Tapi selepas pukul 2 petang, kebanyakan ditempat tarikan utama memang jem giler…
Masa kat sana, abam hanya sempat melawat beberapa tempat jer macam Lavender Farm, Butterfly Park dan Kampung Sedia.
Mat Bunga kalau nampak bunga mesti nak kena ambik pic punya hehhe…. |
Si Haziq kalau dapat aiskrim, dah tak toleh kiri kanan dah….hehehhe |
p/s : pada rakan-rakan yang berminat nak sewa hotel/villa The Royal Chateau boleh hubungi pengurus kat situ..Encik Kamal 0143067685.
Kalau nak mencari lokasi, search Kasimani’s starwberry Farm…