Ohh..kasut baru aku…

Sebenarnya dah lama abam nak shopping kasut baru ni…kasut snickers abam yang lama pun dah hampir rabak dah..walaupun abam jarang guna…kalau setakat pegi jalan-jalan sekitar Putrajaya ni, abam lebih selesa bersandal jer..sarung jer terus jalan hehhe…

Hari ni, masa pegi jalan-jalan kat Alamanda..saja nak menggatal masuk ke Kedai Nike . Rupa-rupanya sekarang ni, kedai Nike kat Alamanda tu ada buat sales..puas pusing tetiba ternampak kasut snickers ni…alamak cun lah pulak, siap ada off Rm45…
Try sarung, serius memang selesa sangat…sebenarnya ada 2 warna, gray dan biru gelap…tapi abam pilih yang kaler grey, nampak stailo sket…
Harga dah ok, pakai pun dah sedap….emm apa lagi terus sambar lah sepasang…

Yang bestnya, wife pulak nak belanja…wife bagitau, prezen sempena nak pegi ke Agro Farm kat Melaka esok..nak cik hubby dia nampak hensem sket kot …hahahha…Yer lah kan…first time nak join geng Kelab Bloggers Ben Ashaari…nak kena lah jaga keterampilan sket kan…kan…


Okeh, malam ni nak kena siapkan semua barang nak dibawa ke sana, nak kena tido awal…kang lewat pulak bangun esok…apa-apa pun tengkiu gais, layan abam bebel sorang-sorang..Assalamualaikum, nite …

Sharing is caring!

2 Replies to “Ohh..kasut baru aku…”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge