MUSIM BUNGA TECOMA DI PUTRAJAYA DATANG LAGI
Kalau korang ada jalan-jalan kat Putrajaya sekarang ni, mesti korang prasan ada pokok penuh dengan bunga sakura di sesetengah tempat. Serius memang cantik.

Kredit Perbadanan Putrajaya
Sebenarnya pokok ni bukan lah pokok sakura, tapi pokok Tabebuia Pentaphylla atau lebih dikenali sebagai sebagai pokok Tecoma.
Apa itu Pokok Bunga Tecoma
Pokok Tecoma ni sebenarnya berasal dari Amerika Tengah dan benua Amerika Selatan. Pokok ini sering ditanam sebagai tanaman pinggiran jalan dan juga sebagai pokok hiasan taman. Di Malaysia, pokok tecoma ni juga dikenali sebagai pokok “Cherry Blossom” Pulau Pinang kerana bunganya yang sangat lebat seolah-olah bunga sakura Jepun yang mekar pada musim bunga.
Pokok tecoma yang biasa ditanam terdapat dalam dua warna iaitu merah jambu dan putih. Nama spesies “pentaphylla” dalam bahasa Latin merujuk kepada lima “jejari” daunnya dimana “penta” bermaksud “lima” dan “phylla” bermaksud “daun”.

Pokok ini juga dikenali sebagai “pokok kertas tisu” kerana ranggi bunganya yang nipis. Ia juga dikenali sebagai pink poui, rosy trumpet tree dan pink tecoma. Di negara-negara Amerika Selatan ia juga dikenali sebagai ipê rosa. Pokok tecoma memerlukan musim kering yang ketara sebelum mengeluarkan bunganya yang lebat.

Jadi kalau korang yang tengah mencari lokasi menarik nak buat sesi photography, nak acah-acah ambil gambar macam kat Jepun, boleh lah ke Putrajaya masa musim pokok tecoma ni berbunga. 😁
Sumber : FRIM
Baca Juga : Tips Bercuti dan Bershopping kat Ho Chi Minh
2,571 total views, 9 views today