Macamana nak pastikan kek dah masak ke belum?

Assalamualaikum. Hi korang..lama abam tak update blog abam ni. Rasanya dah lebih dari sebulan hehehe.. Bukan nya malas, tapi  tido tak cukup. Pantang ada masa nak rehat jer, terus terlelap…

Ingat lagi tak dengan gambar garfu ni?

Ingat lagi dengan gambar ni. Gambar garfu yang lain macam jer. Sampai ada yang kata abam mencarut heheh..pandai-pandai jer korang..heheh. Tapi tengkiu sebab rajin nak meneka heheh.

Kalau korang nak tau, garfu ni sebenarnya abam gunakan sebagai penguji kek. Abam gunakan garfu ni sebab nak tau samada brownies dah masak ke belum. Itu jer..

Terdesak punya pasal, tengah masak brownies dengan wife memalam buta. Tetiba tak tau mana letaknya “cake tester” yang selalu dok guna tu. So, yang jadi mangsanya garfu ni lah.

Penguji kek atau cake tester sebenarnya penting bila kita nak masak kek atau brownies. Sebab kekadang dah nampak kek ni macam dah masak jer..bila potong kat bahagian tengah, kek tu masih lembik lagi. Jadi memang perlu sangat kita uji dulu sebelum keluarkan dari oven.

Macamana nak pastikan kek dah masak ke belum?


Abam just nak kongsikan sedikit info camana nak tau kek atau brownies yang dah dimasak dalam oven tu, dah betul-betul masak ke belum..?
Ok, caranya senang jer sebenarnya. Dengan gunakan cake tester atau garfu hikmat abam tadi tu (heheheh) ..abam cucuk jer kat bahagian tengah kek atau brownies. Jika bila ditarik cake tester tadi keluar dari kek, tiada yang melekat pada batang tester tu. Kalau masih ada yang melekat, boleh tambah masa dalam 1 ke 2 minit dan kemudian uji semula..Senang jer kan..

Jadi tu lah cerita nya heheh. Saja nak buatkan korang tertanya-tanya..apa lah abam nak buat nak garfu tu kan heheh..so sekarang dah tau kan. Tu lah yang  abam maksudkan…” Kalau tak ada rotan, akar pun berguna juga..”

Cake tester / Penguji kek baru.


Hari ni, abam dah belikan penguji kek @ cake tester baru..tak yah nak guna garfu lagi. Tapi standby jer lah garfu tu…mana tau..pasni hilang lagi…garfu juga dicari..kan..kan..heheh

Terima kasih sebab sudi singgah baca, walaupun abam ceritera pasal garfu jer…

3,610 total views, 10 views today

Sharing is caring!

2 Replies to “Macamana nak pastikan kek dah masak ke belum?”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge