Laksa Pak Yeop Antara Lokasi Laksa Sedap di Putrajaya

Assalamualaikum, hi korang…

Bila sebut pasal laksa ni, rasanya ramai antara korang yang memang hantu laksa kan. tak kisah lah, laksa utara ke, laksa Johor ke atau laksa dari negeri mana sekali pun pasti ada keunikan rasa  dan ada peminat yang tersendiri.

Kalau korang nak tau, abam pun memang hantu laksa jugak sebenarnya. Bukan abam sorang jer, boleh katakan satu famili memang suka makan laksa. Kalau dapat tau pot laksa sedap, pasti nak terjah..nak rasa sedap ke tak laksa kat situ.

Laksa Pak Yeop Antara Lokasi Laksa Sedap di Putrajaya

Kali ni, abam nak kongsikan dengan korang satu pot @ lokasi laksa yang sedap di Putrajaya ni. Laksa Pak Yeop. Glamer weehh Laksa Pak Yeop ni… terutama di kalangan kakitangan-kakitangan yang berkerja di sekitar kedai Laksa Pak Yeop.

Bukan tu saja, malah kadang-kadang abam prasan lah, yang dok jogging sebelah petang tu..dah abis abis jogging siap singgah pekena laksa Pak Yeop ni sebelum balik. Kalau sebelah malam, kadang-kadang geng-geng basikal ramai-ramai datang makan kat sini.

Kat Mana Lokasi Laksa Pak Yeop?

Lokasi nya cukup mudah. Hanya berdekatan dengan bangunan Kementerian Asas Tani  dan berhadapan Menara Prisma Presint 3. Kalau korang memandu kat jalan utama tu, mesti korang prasan punya. Sebab kedai Laksa Pak Yeop ni dok kat tepi jalan jer..

Laksa Pak Yeop Antara Lokasi Laksa Sedap di Putrajaya
Selain dari menu laksa utara, kat kedai Laksa Pak Yeop ada juga menu makanan western seperti spaghetti, hot dog dan macam-macam lagi. Harga pun boleh dikatakan agak berpatutan dan layanan staf kat situ amat memuaskan. memang tak sombong lah.

Komen Abam Pasal Laksa Pak Yeop ni… Sedap ke?

 

Komen abam, memang sedap…tak caya? tengok ni…

Laksa Pak Yeop Antara Lokasi Laksa Sedap di Putrajaya
haaa..licin kan.. Kalau dah licin, mestilah sedapkan. hehehe…
Jadi kepada hantu-hantu laksa, korang patut cuba laksa Pak Yeop ni. Memang abam rekomenkan antara lokasi laksa yang sedap di Putrajaya.
Pasti abam akan terjah ke pot atau lokasi laksa yang lain pulak.
Antara lokasi atau pot laksa sedap yang patut korang cuba.. Laksa Sarang.
Korang boleh baca kat Laksa Sarang Dlaila

8,590 total views, 14 views today

Sharing is caring!

15 Replies to “Laksa Pak Yeop Antara Lokasi Laksa Sedap di Putrajaya”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge