Kerabu Perut dan Mangga Muda, mudah dan sedap

Kerabu Perut dan Mangga Muda

Assalamualaikum, hi  korang..

Masa pegi cari barang dapur kat pasar tadi, terpandang pulak perut (babat) lembu. Tetiba tekak ni teringin pulak nak makan kerabu perut. Wife pulak dengan rasa rela hati, meng “offer” nak buat kan. Nak buat kerabu perut dan mangga muda katanya..(tapi terbeli pulak mangga yang tak brapa muda heheh)

Kerabu perut dan mangga muda ni memang abam suka sebenarnya sebab bahan-bahan tu kita akan gunakan bahan-bahan yang memang segar. Ni kalau nak diet ke, nak makan banyak-banyak pun takda masalah.
Jom abam nak share dengan korang resepi kerabu perut yang memang simple, tapi memang sedap walaupun ratah macamtu jer..

Kerabu Perut dan Mangga Muda


Bahan-Bahan:
– 500 gm perut (dicuci bersih)
– sebiji buah mangga muda
– 1 tangkai daun ketumbar (diracik)
– 1 biji lemon (diperah & diambil jus)
– 1/2 sudu teh gula atau setitis Stevia Royal Leaf
– garam secukup rasa
– 5 biji cili merah (dihiris)
– 1-2 biji tomato
– 1 labu bawang besar (dihiris)
– 1 kuntum bunga kantan (dihiris)

Cara Membuat :
1. Perut dibasuh sampai bersih dan direbus dengan air sehingga lembut.
– boleh gak gantikan perut ni dengan isi ayam yang telah direbus.
2. Toskan perut yang sudah direbuskan tadi dan dihiris. Masukan ke dalam mangkuk.
3. Buah mangga yang siap dibuang kulit diparut dan dimasukkan kedalam mangkuk bersama perut tadi.
– Selain mangga, boleh juga gantikan dengan buah epal.
4. Masukan semua bahan-bahan yang telah dihiris tadi bersama jus lemon, gula atau setitis Stevia Royal Leaf dan garam secukup rasa.

– Selain dari jus lemon, jus limau kasturi juga boleh kita gunakan. Kalau nak elak kan gula, ganti kan dengan Stevia Royal Leaf atau gunakan jus lemon tadi lebih sket.
5. Gaul rata.
6. Sedia untuk dihidangkan.

Kerabu Perut dan Mangga Muda ni kalau dihidangkan nasi panas-panas, pastu ada pulak ikan goreng garing..perghhh memang best layan. Tapi sebab abam tengah jaga pemakanan sekarang ni, abam ratah macamtu jer lah,..semangkuk memang tak cukup. Kalau tak caya, cer try heheh..ok selamat mencuba yer.. 🙂

Kredit resepi asal dari buku 1 Hari 1 Resepi Chef Hanieliza

6,110 total views, 6 views today

Sharing is caring!

One Reply to “Kerabu Perut dan Mangga Muda, mudah dan sedap”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge