Jus Sayur dan Buah, Jus Detox untuk Sihat dan Kurus

Jus Sayur dan Buah, Jus Detox untuk Sihat dan Kurus


Sebenarnya abam tak terfikir pun sebelum ni pasal nak buat jus sayur ni. Kalau jus buah tu memang biasa lah buat. Tau-tau lah rasa sayur tu camana kan. Sebenarnya yang abam teruja sangat nak buat bila terbaca kat blog Ben Ashaari pasal pemakanan sihat. Nampak macam sedap jer. Tapi masih tak dapat nak bayangkan rasanya camana. Jadi kenalah buat sendiri,baru tau..betul tak?

Kenapa teruja sangat nak buat jus sayur dengan buah ni? Best sangat ke?
Mai abam  bagitau. Sebenarnya dari apa yang abam baca, dengan mengamalkan jus ni atau lebih dikenali sebagai jus detox boleh membantu meningkatkan kesihatan badan tau. Boleh bantu jugak korang menyahkan toksin yang ada dalam badan tu. Haa..ini yang paling best, mesti ramai yang suka… dengan mengamalkan jus ni, ia boleh membantu mengurangkan berat badan korang. Dengan kata lain…korang boleh kurus laaa…Bestkan..bestkan..mesti ramai nak cuba pasni..heheh

Ok. Resepi asalnya dari SaidilaDotCom, tapi abam adjust sket ..abam tambah kan tomato, lobak merah  dan disebabkan daun Kale takder, jadi abam guna mix salad yang siap packing kat pasaraya tu.

Resepi Jus Sayur dan Buah aka Jus Detox Abam Korie punya stail.
Bahan-bahan :

  • 2 batang saleri
  • 3 biji buah epal hijau
  • 1-2 biji lemon,diperah airnya
  • 2 batang timun jepun
  • 2 batang lobak merah
  • 3 biji tomato
  • semangkuk mix salad
Sayur dengan buah tadi dipotong kecil-kecil supaya senang nak blend nanti.

Sebenarnya takda sukatan pun untuk bahan-bahan kat atas tu, ikut kesesuaian dan bahan mana yang korang suka lebih tu..letak jer lebih.

Ok disebabkan semua bahan ni bahan  yang segar dan belum dimasak, pastikan ia betul-betul di bersihkan dulu dan direndamkan dalam air bersih dan bertapis. Abam gunakan air kangen pH 11.5 untuk basuh dan rendamkan sayur dengan buah-buahan tadi. Air kangen pH11.5 ni, salah satu fungsinya hampir sama dengan bahan pencuci sayur yang dijual kat pasaraya tu. Dah mesin air kangen kat umah ni jadi tak perlu lagi nak beli bahan pencuci sayur tu,kan dah jimat.

Semua sayur dan buah tadi abam rendamkan dan basuhkan dengan air kangen pH 11.5

Disebabkan kat umah ni belum ada lagi juice extractor,jadi abam gunakan blender jer. Jadi kena campur sedikit air, dalam 2 gelas  untuk memudahkan proses masa blend tu. Abam lebih syor korang gunakan air alkali atau air kangen untuk buat jus ni.

Ok, Dah siapkan pun jus sayur dan buah-buahan aka jus detox ni. Abam tak buang pun hampas-hampas tu, tapi abam minum sekali. Serius memang kenyang dah kalau minum segelas.
Nak tau rasa camana?  Memang sedap siot, dengan rasa epal hijau, dicampur pulak dengan lobak merah dan tomato, memang takda rasa langsung mix salad tadi. Rasanya pasni nak tambah lagi sayur lain macam bayam dan Kale.

Satu lagi rahsia abam nak kongsikan dengan korang, rahsia nak lagi sedap tambahkan dalam 1-2 titis Stevia Royal Leaf ke dalam jus tadi. Perghh..lagi sedap.

Nak lagi sedap, boleh tambah Stevia Royal Leaf…dan jangan letakkan gula taww..

Abam syorkan korang selalu amalkan jus sayur dan buah-buahan aka jus detox macamni. Lagi pun boleh campur ikut kesukaan korang jer. Janji jangan letak gula dah. Bukan apanya, sesekali nak rehatkan usus kita yang dah masuk macam-macam kat dalam tu. Gejala penyakit usus seperti kanser dah semakin banyak dah kan. Jadi mungkin ini salah satu cara untuk membantu kita lebih sihat dan manatau korang minum selalu boleh bantu korang kurus heheh.. Dan satu lagi mungkin boleh membantu untuk anak-anak tak mau makan sayur tu sebab rasanya yang memang ohsem…!!

Haaa…apa lagi, selamat mencuba.. 😉

*Sumber lain,  korang boleh ziarah blog rakan abam ni MassaariDotCom

 

5,733 total views, 2 views today

Sharing is caring!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge