Jom ke KL Tower Mini Zoo

Masuk cuti sekolah kali ni, sebenarnya abam takda rancangan sangat nak pergi bercuti kemana-mana. Dengan tempahan dessert yang makin meriah kat Putrajaya ni, jadi abam ambik keputusan bercuti dengan keluarga kat tempat berdekatan jer.

Mungkin bukan abam sorang saja yang buat keputusan macam ni, mungkin ada juga yang tak berkesempatan nak bercuti lama-lama dan nak pergi bercuti ke tempat yang jauh-jauh dari Kuala Lumpur ni atas faktor komitmen kerja atau sebagainya.

Entri kali ni, sebenarnya, abam nak bagitau kat korang,..tak sangka kat KL Tower , ada satu tempat yang begitu unik dan cukup menarik, yang mana korang boleh bawa famili dan anak-anak layan kat situ. Serius, abam tak sangka, ada Mini Zoo rupanya.

Pada bulan November yang lepas abam berpeluang berkumpul dengan keluarga Kelab Blogger Ben Ashaari kat KL Tower Mini Zoo ni. Fuuh…Memang best betul kat sini,..bukan setakat anak-anak jer teruja dengan haiwan-haiwan kat sini..dengan mak bapak sekali pun naik teruja.

Gathering Ahli Kelab Blogger Ben Ashaari di Mini Zoo Menara KL - www.abamkorie.com

Sebelum abam nak kongsi kan apa yang menarik kat dalam KL Tower Mini Zoo ni, abam nak kongsikan dulu kat mana lokasi Mini KL Tower Mini Zoo ni..

Pintu Masuk Mini Zoo Menara KL

Ok, KL Tower Mini Zoo ni memang terletak betul-betul dalam kawasan KL Tower. Bagi yang datang dengan kereta atau motorsikal, masuk jer ikut pintu masuk KL Tower tu. Untuk motorsikal, tiada caj parking. Tapi untuk kereta, caj parking dikenakan Rm4 untuk sejam yang pertama dan Rm3 untuk jam berikutnya.
Disarankan korang datang awal untuk mengelakan kesesesakan kat dalam KL ni. Kalau dah awal mesti nak sarapan dulukan. Ok, kat sini ada kedai makan korang boleh sarapan dulu. Harganya agak murah dan berbaloi.

Okeh jom kita tengok apa yang menariknya ada didalam KL Tower Mini Zoo ni.

Gathering KBBA Mini Zoo Menara KL - Burung Kakak tua -www.abamkorie.com

Okeh, mula-mula selepas korang masuk jer..korang akan berjumpa dengan penyambut tetamu yang cantik-cantik ni. Burung kakak tua ni bukan saja cantik malah jinak pulak tu. Kalau korang nak pegang ke, nak letak kan atas bahu dan nak  berswafoto pun boleh.

kl-tower-mini-zoo-white-parrot

Lepas tu korang akan mula berjumpa dengan pelbagai jenis binatang yang mungkin kita tak pernah lihat sebelum ni..seperti merkat, labi-labi, dwarf manggoes, ferret, anak kanggaro, buaya kecil, ular dan bermacam-macam jenis haiwan lain.

kl-tower-mini-zoo-landak

Mini Zoo Menara Kuala Lumpur

mini-zoo-menara-kuala-lumpur-meerkat

Mini Zoo Menara KL

Mini Zoo Menara KL

Mini Zoo Menara KL

Bila dah masuk ke dalam tu, korang akan sampai ke satu bahagian dalam zoo ni yang korang boleh sentuh dan bagi makan kat haiwan-haiwan kat dalam kawasan tu.

kl-tower-mini-zoo-nuri

Anak-anak pasti teruja kat kawasan ni. Bagi makan burung-burung yang jinak dengan tadah tangan jer.

Mini Zoo Menara Kuala Lumpur

 

Mini Zoo Menara Kuala Lumpur

Mini Zoo Menara Kuala Lumpur

Mini Zoo Menara Kuala Lumpur

Satu lagi tarikan yang ada kat sini ialah Longkang Fishing. Tempat yang memang cukup best, bukan sahaja anak-anak..mak ayah pun nak ikut sekali join.

kl-tower-mini-zoo-longkang-fishing-2

mini-zoo-menara-kuala-lumpur-longkang-fishing

Bila sampai ke penghujung ada satu lagi bahagian yang menempatkan haiwan-haiwan seperti kura-kura gergasi. iguana, monyet Albino dan racoon.

Mini Zoo Menara Kuala Lumpur

kl-tower-mini-zoo-iguana

Mini Zoo Menara KL Monyet Albino

Haa…dah puas berjalan tengok haiwan. Dah sampai ke penghujung tu ada satu kedai cenderahati. Korang boleh beli macam-macam barang kat sini sebagai kenang-kengangan kat kedai ni. Macam-macam ada untuk dipilih, dari key chai, tshirt, soft toys dan macam-macam lagi lah.

Korang mesti teruja nak pegi ke KL Tower Mini Zoo ni kan. Mesti tak sabar-sabar nak tengok sendiri haiwan-haiwan..haa ni abam bagitau harga tiketnya, memang cukup berpatutan.

Harga Tiket :

Dewasa: M32.00
Kanak-kanak dan Orang tua: RM27.00
kanak-kanak tinggi bawah 90cm: Percuma

Selain dari tu, KL Tower Mini Zoo ada juga menawarkan pakej untuk satu keluarga. Harganya lebih jimat. Siap dapat percuma ais krim lagi tu.

Mini Zoo Menara KL Tiket

Mini (RM50.00):
1 dewasa
1 kanak-kanak
Percuma 1 aiskrim

Keluarga (RM98.000):
2 dewasa
2 kanak-kanak
Percuma 2 aiskrim

Untuk mengikuti aktiviti dan info terkini KL Tower Mini Zoo korang boleh follow:

Facebook: KL Tower Mini Zoo Malaysia

Sebenarnya banyak lagi tarikan dalam ni yang tak dapat abam nak kongsikan, tapi tak best lah kan kalau bagitau korang semua apa yang ada dalam KL Tower Mini Zoo ni kan..Korang kena pegi dan alami sendiri. Baru best..heheh.

Serius, abam memang cukup sarankan KL Tower Mini Zoo ni dijadikan sebagai salah tempat yang korang mesti datang dan luangkan masa dengan anak-anak dan keluarga terutama masa cuti sekolah ni.

Ok ..Dah penat jalan-jalan kat dalam KL Tower Mini Zoo tu, kompom korang rasa lapar kan. Jangan bimbang, ada Plaza The Weld dekat jer dengan Menara KL tu. Time lapar ni, layan Domino Pizza memang best..

domino-pizza3-abamkoriedotcom

Pizza kat Domino Pizza memang jadi pilihan famili abam, terutama anak-anak sebab ada pelbagai variasi topping yang cukup menarik dan sedap. Yang bestnya, bila layan banyak tak terasa muak..memang terbaik Domino Pizza.

domino-pizza3-abamkoriedotcom

domino-pizza2-abamkoriedotcom

Okeh terima kasih banyak-banyak sebab singgah layan entri kat blog abam kali ni.. Insyaallah abam akan kongsikan benda lain pulak lepas ni … 🙂

5,944 total views, 10 views today

Sharing is caring!

One Reply to “Jom ke KL Tower Mini Zoo”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge