The Legend Resort Cherating Cipta Kenangan Terindah

The Legend Resort Cherating Cipta Kenangan Terindah

Bila sebut pasal Cherating , mesti ramai dah tau tempat ni antara salah satu lokasi menarik di Pahang malah salah satu lokasi percutian yang paling best di Malaysia. Pantainya yang cantik, siap boleh buat aktiviti surfing lagi. Lokasi yang menarik untuk scuba diving dan menjadi tempat persinggahan penyu untuk bertelur. Sebab tu, Cherating menjadi pilihan lokasi percutian pelancong dari dalam dan luar negara.

Baru-baru ni abam berpeluang bercuti ke Cherating dan abam sekeluarga menginap di The Legend Resort Cherating selama 3 hari 2 malam. Lokasi resort yang terletak di tepi pantai yang cantik dan kemudahan yang disediakan amat sesuai untuk sesi percutian keluarga.

The Legend Resort Cherating

Bilik di THE LEGEND RESORT CHERATING 

Kat The Resort Cherating ni korang tak perlu bimbang pasal bilik.  Kalau tak silap ada lebih kurang 205 bilik.  Pilihan dari jenis bilik Superior, Deluxe, Grand Deluxe, Junior Suite, Cherating Suite dan juga Penthouse.

Masa kat sana, abam sekeluarga menginap kat bilik superior. Cukup luas dan selesa untuk abam sekeluarga.

The Legend Resort Cherating

The Legend Resort Cherating

Di The Legend Resort Cherating, ada pelbagai harga bilik yang ditawarkan di antara Rm180 – RM2500 untuk satu malam. Terpulang kepada budget korang. Jika ada budget lebih dan berminat untuk honeymoon kat sini, boleh cuba bilik penthouse, memang cukup privasi.

The Legend Resort Cherating
The Legend Resort Cherating
The Legend Resort Cherating
The Legend Resort Cherating
The Legend Resort Cherating
The Legend Resort Cherating
The Legend Resort Cherating
The Legend Resort Cherating

Apa Yang Best kat THE LEGEND CHERATING RESORT ?

Kolam Renang di THE LEGEND CHERATING RESORT

Antara yang menarik di The Legend Cherating Resort ni adalah kolam renangnya. Rasanya antara banyak-banyak resort atau hotel yang pernah abam pegi, kat sini yang paling best. Kat sini ada 2 kolam besar dan 1 kolam kecil khas untuk kanak-kanak.

Kolam renang biru merupakan kolam renang paling besar kat The Legend Resort Cherating ni. Kedalaman ni sehingga 6 kaki. Kat sini boleh duduk lepak kat kolam ni sambil tengok anak-anak mandi, main air sampai puas.
Kat Kolam renang hijau pulak, kedalaman kolam ni sehingga 9 meter. Ini hanya khas untuk yang memang terer berenang dan kalau nak mandi kat kolam ni mesti pakai pakaian renang.

The Legend Resort Cherating

The Legend Resort Cherating
Kolam renang Hijau
The Legend Resort Cherating
Kolam renang biru di The Legend Resort Cherating

MUCK DIVE SCUBA di THE LEGEND RESORT CHERATING

 

Masa abam kat The Resort Cherating ni, ada satu aktiviti yang cukup menarik iaitu scuba diving. Rupanya kat laut Cherating ni cukup sesuai untuk lakukan scuba diving kerana ia mempunyai tarikan yang tersendiri. Dikatakan kat sini ada satu spesis batu karang yang hanya terdapat kat laut Cherating ni jer. Selain dari tu terdapat juga hidupan marin lain yang menarik dan unik disekitar pantai Cherating ni.
Untuk buat scuba diving ni, sebenarnya korang perlukan lesen dulu. Bukan boleh main terjun jer. Oleh tu, kat sini pihak Muck Dive Scuba ada menyediakan kelas untuk dapatkan lesen scuba diving ni.
The Legend Resort Cherating

Matlumat lanjut Muck Dive Scuba

  • Tel: 013-286 1620
  • Facebook: @muckdive

Email: muckdive@jomdive.com.my

Melihat Matahari Terbit di Pantai CHERATING

 

Antara aktiviti menarik kat sini setiap pagi, melihat keindahan ciptaan tuhan. Melihat terbitnya matahari. Serius sungguh cantik. Korang boleh lepak-lepak kat pantai berhadapan dengan The Legend Resort Cherating ni seawal 6.30 pagi, terasa angin pantai memang cukup menyegarkan.

The Legend Resort Cherating 8
The Legend Resort Cherating
The Legend Resort Cherating 8

The Legend Resort Cherating

Hafiz Firefly Tour

Kelip-kelip Cherating
Kelip-kelip

Sebelum ni kalau nak tengok kelip-kelip, antara lokasi yang abam tau ialah kat Kuala Selangor. Rupanya kat Cherating ni pun ada lokasi yang korang boleh tengok kelip-kelip ni. Aktiviti Firefly Tour ni korang boleh ikuti semasa korang menginap di The Legend Resort Cherating ni. Okeh nanti abam akan cerita pasal aktiviti kelip-kelip di entri seterusnya ya.

The Legend Resort Cherating 15

Lawatan ke Pasar Kuala Kemaman, Turtle Sanctuary & Kilang Keropok Lekor

 

Semasa bercuti disana, abam bersama-sama dengan keluarga besar KBBA9 dibawa melawat ke tempat-tempat yang cukup menarik. Antaranya Pasar Kuala Kemaman. Kat sini katanya cukup terkenal dengan ikan-ikan fresh terus dari laut. Rupanya ada kawan-kawan abam yang kampung diorang kat sana memang singgah kat sini beli ikan fresh, pastu bawak balik ke Putrajaya.

 

The Legend Resort Cherating Cipta Kenangan Terindah

Akan Bersambung ke bahagian ke 2

Baca juga Hari Keluarga KBBA9 di Cherating Beach Resort

3,223 total views, 2 views today

Sharing is caring!

2 Replies to “The Legend Resort Cherating Cipta Kenangan Terindah”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge