Resepi Fruits Pastry Cake Yang Sedap Dan Mudah

Resepi Fruits Pastry Cake Yang Sedap Dan Mudah

Fruits Pastry Cake

Kalau korang follow IG abam yang satu lagi ni, IG Khaisya Delite mungkin korang akan perasan abam ada buat jugak kek viral yang tengah hot sekarang ni iaitu Fruits Pastry Cake.

Sebenarnya Fruits Pastry Cake ni dah lama dah popular. Cuma baru-baru kek ni dapat perhatian semula dikalangan bakers. Rasanya yang sedap, ditambah dengan ada rasa masam manis dari buah-buahan pastu rupanya agak menarik, mungkin menjadikan kek ni viral semula.

Kalau korang rajin search resepi Fruits Pastry Cake ni samada kat Google ke atau kat Facebook ke..ramai yang dah berkongsi resepi Fruits Pastry Cake ni. Tapi antara banyak-banyak reaepi yang abam dah cuba, resepi kat bawah ni abam boleh katakan yang paling sedap.

Fruits Pastry Cake

FRUITS PASTRY CAKE

100 gm unsalted Pure Butter
160 gm gula castor ( resepi asal 200 gm ) 20 gm lagi ita gaul dengan buah
50 gm sour cream atau boleh guna yogurt
3 biji telur saiz A
1 sudu teh esen vanilla
1 biji orange – parut kulitnya aje ( resepi asal lemon )
210 gm tepung gandum
1 sudu teh baking powder
500 gm buah-buah citrus ( strawberry, blueberry, peach, resberry dll)
– abam gunakan buah peach, strawberi, kiwi dan blueberry.

Satukan tepung gandum dengan baking powder dan ayak ( ada orang letak sikit tepung jagung, sebagai contoh dia akan kurangkan 20 gm  sukatan tepung gandum dan tambahkan dengan 20 gm tepung jagung)

Buah-buah seperti kiwi, peach dan strawberi dibasuh sehingga bersih dan toskan. Untuk pic abam gunakan yang dalam tin tu. Kemudian di potong ke bentuk yang sesuai, kalau saiz buah tu agak besar. Kemudian cuci bersih dan toskan.
Lepas tu gaul dengan 20 gm gula atau 2 sudu besar gula.

Dalam mixer, putar butter , sour cream dengan gula hingga menjadi putih dan gebu.

Kemudian, Masukkan telur satu persatu dan terus putar.

Adunan akan jadi becah atau berbintil-bintil (itu normal)

Masukkan vanilla dan kulit orange dan terus putar

Tutup mixer

Masukkan tepung dan kaup balik rata

Keadaan adunan tadi akan jadi agak pekat.

Tuang dalam loyang 8 inc yang dilapik kertas dan sapukan sedikit butter pada permukaan tu.

Kemudian ratakan adunan.

Taburkan buah-buahan atas adunan tadi

Panaskan oven dahulu. Kemudian adunan tadi dibakar dalam oven pada suhu 170C selama 45 – 1 jam atau sehungga adunan masak sempurna dan permukaan atasnya golden brown.
Suhu ni kekadang bergantung kepada jenis oven. Kalau korang pernah masak kek dalam oven korang tu, boleh gunakan suhu dan masa yang sama.

Kemudian untuk memastikan kek tadi tu masak dengan sempurna atau tak, cucuk kan lidi atau cake tester kat bahagian tengah kek.

Senang jer kan nak buat Fruits Pastry Cake ni kan? Tapi abam paham ramai antara korang cukup berminat nak buat tapi kekadang masa jer takda kan… Jadi jangan bimbang terutama korang yang dok dalam kawasan Putrajaya atau Cyberjaya. Korang boleh jer order dengan Khaisya Delite. Insyaallah berbaloi dan memang puas hati 😁

Fruits Pastry Cake

Terima kasih sebab sudi singgah kat blog abam.

Resepi Asal : Azlita Masam Manis

Baca juga : Resepi Brownies Yang Mudah

1,872 total views, 3 views today

Sharing is caring!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge