From Ho Chi Minh with Love – Happy Anniversary buat Isteriku

Trip abam ke Ho Chi Minh kali ni agak istimewa. Kenapa istimewa? Sebab trip kali ni sama pulak dengan tarikh dengan ulang perkahwinan abam. Boleh baca entri Trip Personal Shopper Februari 2018

Banyak plan abam nak buat masa kat Vietnam, plan nak surprise kan wife ni, tapi memandangkan trip kali ni pendek sangat. Jadi banyak plan tak menjadi. Yang menjadi cuma dapat surprisekan dia dengan bunga ni. Masa kat sana abam buat bodo, macam tak ingat tarikh anniversary. Kan nak buat surprise jan..hehheh

Ok abam nak cerita pasal bunga kat Ho Chi Minh ni..Kalau korang nak tau, harga bunga kat sini memang cukup murah kalau nak bandingkan dengan harga kat tempat kita. Kalau pandai tawar, boleh dapat sekuntum hanya Rm2 jer. Murah kan..kan Jadi kalau korang ke Ho Chi Minh, pastu kena pulak dengan hari istimewa korang..beli jer bunga banyak-banyak, tak rugi pun..

From Ho Chi Minh with Love - Happy Anniversary buat Isteriku

From Ho Chi Minh with Love - Happy Anniversary buat Isteriku

From Ho Chi Minh with Love - Happy Anniversary buat Isteriku

From Ho Chi Minh with Love - Happy Anniversary buat Isteriku

From Ho Chi Minh with Love - Happy Anniversary buat Isteriku

Kredit gambar kat atas ni buat kak Norlailai Dlaila, tokei Mee Udang ohsem kat MMA Santai Bandar Baru Nilai.

Happy Anniversary buat Isteriku

Buat isteriku, kau lah sahabat peneman hidupku dikala kosong. Dikala aku perlukan sokongan dalam hidupku. Dikala aku rebah, kau memangku jiwa raga ku. Dikala aku sedih, kau pandai mencuit hatiku. Dikala aku lemah, kau lah penguat semangat hidupku. Kau bukan hanya sebagai isteriku, malah sahabat sejatiku.
Wahai isteriku, kau lah nyawaku dan sumber insprasiku.
Terima kasih atas susah dan senang selama ini. Terima kasih kerana selalu ada disampingku. Terima kasih atas segalanya.
Semoga hari-hari mendatang kita akan lebih tabah dan matang dalam menghadapi segala yang Allah uji. Setiap ujian itulah yang menguatkan kasih sayangku pada mu. Ku selalu berdoa, semoga kebahgian kita selama ini kekal sehingga akhir hayat.

Ya Allah jadikanlah kami ini pasangan yang bahagia lagi dirahmatiMu selama-lamanya. Kurniakanlah kami keberkatan hidup, kedamaian hati dan kerukunan rumah tangga.

Ya Allah, hiasilah hidup kami dengan perasaan kasih, sayang, cinta dan rindu dendam yang berpanjangan dan tiada penghujungnya. Janganlah Engkau keringkan hati dan jiwa kami dari perasaan cinta dan kasih sayang kerana ia akan membawa padah yang tidak tertanggung oleh jiwa kami ini.

From Ho Chi Minh with Love - Happy Anniversary buat Isteriku

Buat permaisuri hatiku..Aisya
SELAMAT ULANG TAHUN PERKAHWINAN KE-16

Terima kasih atas segalanya…

3,175 total views, 4 views today

Sharing is caring!

3 Replies to “From Ho Chi Minh with Love – Happy Anniversary buat Isteriku”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge