Faiz Subri Melakar Sejarah Bola Sepak Malaysia dan Dunia

Setinggi-tinggi tahniah kepada Faiz Subri selepas di nobatkan sebagai penerima Anugerah Puskas FIFA 2016 di Zurich, Switzerland untuk kategori pemenang jaringan tercantik di dunia.

Faiz Subri ucapan Tahniah dr FIFA

Sepakan percuma Faiz Subri  pada minit ke 61 ketika menentang Pahang dalam Liga Super Malaysia bukan sahaja telah  memukau peminat bolasepak tanahair, malah telah memukau peminat bola sepak dunia.

Jom kita tengok jaringan ajaib dari Faiz Subri.

Ini terbukti apabila sepakan Faiz Subri dipilih sebagai jaringan terbaik di dunia selepas menerima undian keseluruhan sebanyak 59.46 peratus dan menewaskan pesaingnya Johnath Marlone Azevedo da Silva dari Brazil (22.86 peratus), wakil tunggal pemain bola sepak wanita Daniuska Rodriguez dari Venezuela. (10.01) peratus dan lain-lain (7.68 peratus)


Dari apa yang abam faham FIFA Puskas Award yang dimenangi oleh Faiz Subri ni merupakan anugerah yang diperkenalkan pada 20 Oktober 2009 oleh Fédération Internationale de Football Association (FIFA) semasa Sepp Blatter menjadi presiden. diperkenalkan untuk mengiktiraf pemain bola sepak lelaki atau wanita yang menjaringkan gol terbaik atau “fantastik” secara tahunan.

Anugerah ini dinamakan sempena memperingati pemain dari Hungary, Ferenc Puskás dan bekas penyerang Real Madrid pada lewat 1950an dan 1960an. Beliau juga sebahagian daripada pasukan gemilang Hungary pada 1950an.

Puskás dianggap secara meluas sebagai pemain bola sepak yang paling berkuasa di Eropah dengan menjaringkan 84 gol dalam 85 perlawanan antarabangsa. Beliau adalah salah satu daripada penjaring terbanyak pada abad ke-20 dengan 512 gol dalam 528 perlawanan.

Anugerah ini dinamakan sempena memperingati pemain dari Hungary, Ferenc Puskás, bekas penyerang Real Madrid pada lewat 1950an dan 1960an

Cristiano Ronaldo daripada Portugal merupakan pemain pertama yang memenangi anugerah ini pada tahun 2009 yang pertama kali diadakan di Switzerland.  Jom kita tengok senarai pemai yang pernah memenangi anugerah ini sebelum Muhd Faiz Subri…


Biodata Muhd Faiz Subri

  • beliau dilahirkan di Ayer Hitam, Jerlun, Kedah pada 8 Nov, 1987
  • Mohd Faiz Subri mula mengenali dan bermain bola sepak di kawasan sawah padi di kampungnya di Ayer Hitam.
  • Minat Mohd Faiz dalam bola sepak dipupuk seawal usianya lapan tahun
  • impiannya untuk mewakili negeri tercapai pada usia 18 tahun apabila terpilih mewakili Kedah selama empat tahun pada saingan Piala Presiden.
  • Karier profesional selaku pemain bola sepaknya bermula pada 2010 setelah dipilih menyertai pasukan Perlis selama dua tahun bagi posisi pemain tengah
  • kemudian berhijrah ke Pantai Timur bagi pasukan T-Team pada 2012, dan Kelantan (2013-2014).
  • Setelah enam tahun beraksi dalam Liga Malaysia, karier Mohd Faiz berada di kemuncak apabila beliau menyertai pasukan Pulau Pinang sejak 2015 sehingga kini.
  • Jaringan tercantik oleh penyerang Pulau Pinang itu membolehkan beliau berada di bandar raya glamor itu bersama-sama penerima anugerah pada majlis berkenaan pada Isnin (awal pagi Selasa di Malaysia) seperti bekas pemenang gol tercantik dunia, Cristiano Ronaldo (2009) dan Neymar pada 2012.
  • Biarpun masih belum menyarung jersi kebangsaan namun pencapaian pemain berusia 29 tahun itu lebih bermakna apabila muncul sebagai pemain pertama dari Asia menerima anugerah tersebut.
  • Mohd Faiz melakukan jaringan tersebut yang disifatkan ‘melanggar hukum fizik’ ketika membantu Pulau Pinang menewaskan Pahang 4-1 dalam saingan Liga Super di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang, pada 16 Feb tahun lepas.
  • Jaringan luar biasa beliau itu, antara yang dianggap paling menarik sepanjang tahun lepas, telah mendapat pengiktirafan antarabangsa.
  • beliau seorang yang rajin berusaha termasuk berlatih bersendirian selepas tamat waktu latihan
  • Beliau mendapat pendidikan sekolah rendah di Sekolah Kebangsaan Tunku Laksamana Hitam sebelum ke Sekolah Menengah Kebangsaan Permatang Bonglai, kedua-duanya di Ayer Hitam dan seterus ke sekolah teknikal di Arau, Perlis.
  • Mohd Faiz mempunyai dua cahaya mata iaitu Akif Fayyadh berusia lima tahun dan Muhammad Aqil Zayyan, lapan bulan, hasil perkahwinan dengan Norzawanis Hashim, 29.
  • Faiz Subri buat pertama kalinya telah dipanggil untuk mewakili sepak bola negara pada tahun 2012 dan 2013 di bawah jurulatih K. Rajagopal, tetapi beliau belum diberikan peluang bermain. Setelah pernampilan yang baik pada tahun 2015 bersama pasukan Penang FA, beliau dipanggil semula bersama skuad negara pada bulan Ogos 2015 di bawah kelolaan jurulatih Dollah Salleh.
  • Prestasi terbaik beliau, pernah membawa pasukan Kelantan menjuarai Piala FA Malaysia pada tahun 2013 dan Runner up Piala Malaysia pada tahun 2013. Pencapaian individu beliau apabila dapat meraih PFAM Player of the Month pada Februari 2016.

Sekali lagi tahniah kepada Muhd Faiz Subri yang telah menjadi pemain pertama Malaysia dan pertama di Asia yang memenangi  PUSKAS FIFA Award. Walaupun beliau kurang dikenali sebelum ini dikalangan pemain di Malaysia tapi beliau telah membuka mata banyak pihak bahawa Malaysia masih mempunyai ramai lagi pemain lain yang berkualiti dan berskill tinggi yang perlu diberi perhatian dan peluang untuk mewakili negara.

Terima kasih sebab singgah blog abam, sebelum tu jom kita layan dulu saat-saat manis Faiz Subri memberi ucapan di majlis tersebut.

3,473 total views, 3 views today

Sharing is caring!

One Reply to “Faiz Subri Melakar Sejarah Bola Sepak Malaysia dan Dunia”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge