Baru-baru abam bawa wife dengan anak-anak layan filem Jumanji : Welcome To The Jungle (2017) kat GSC Alamanda Putrajaya. Filem ni sebenarnya dah mula ditayangkan kat pawagam seluruh negara mulai 22 Disember 2017 lagi. Anak-anak dah teruja nak tengok filem ni sebab diorang dah tengok Jumanji 1995 yang di lakonkan oleh Robin Williams dulu tu. Filem Jumanji 1995 memang cukup kelakar, memang teruja nak tengok sekuel yang terbaru ni.
Jumanji : Welcome To The Jungle (2017)
Sekuel kali ni, Jumanji : Welcome To The Jungle (2017) di arahkan oleh Jake Casdan dan diterbitkan oleh Columbia Pictures, Dibarisi oleh pelakon-pelakon hebat seperti Dwayne Johnson (The Rock), Jack Black, Kevin Hart, Karen Gillan, Nick Jonas dan Bobby Cannavale pasti akan menarik ramai untuk menonton filem ni.
Review Jumanji : Welcome To The Jungle (2017)
Sekuel Jumanji : Welcome To The Jungle (2017) kali ni bermula dengan mengisahkan pasal 4 remaja dari berbeza latar belakang di satu sekolah, dikenakan kelas tahanan. Mereka ditempatkan si buah perpustakaan lama dan ditugaskan untuk membersihkan perpustakaan tersebut. Masa tengah dok mengemas tu, mereka terjumpa sebuah video game Nintendo lama. Rupanya ada game Jumanji plak kat situ. Mereka berempat iaitu Spencer (Alex Wolff) , Martha (Morgan Turner), Bethany (Madison Iseman) dan Fridge (Ser’Darius Blaine) main permainan tersebut. Mereka memilih avatar dalam game Jumanji tadi. Baru jer nak mula main permainan video game tadi, tetiba mereka disedut masuk ke dalam permainan tersebut.
Masa dalam game Jumanji ni, mereka berempat mesti mendapatkan kembali kristal yang di curi oleh Van Pelt (Bobby Cannavale) dan kembalikan ke Bukit Harimau Bintang. Tujuan nya untuk mengembalikan semula keamanan di dunia Jumanji ni. Sejak Van Pelt mencuri batu permata tu, dunia Jumanji seperti berada dalam kegelapan dan dipenuhi unsur kejahatan.
Semasa pengembaraan mencari batu permata ni lah yang best. Ada part aksi dan ada part memang cukup melucukan. Yang bestnya, setiap avatar mempunyai peranan masing-masing. Masing-masing ada kelebihan dan kekurangan. Macam watak Kevin Hart, part dia meletup sebab makan kek antara yang paling lawak.
Pendapat abam pasal FILEM JUMANJI : WELCOME TO THE JUNGLE (2017)?
Apa yang boleh abam komen kat sini, lakonan setiap pelakon memang cukup mantap. Setiap watak mempunyai karektor yang tersendiri. Gabungan pelakon-pelakon hebat ini menjadikan filem ini menarik. Pendapat abam lah, lakonan hebat Kevin Hart dengan The Rock antara paling menyerlah. Memang pecah perut gelak dalam panggung.
Jumanji: Welcome To The Jungle (2017) adalah sebuah filem yang memang abam syorkan korang tengok.kalau masih sempat lah. Filem yang cukup awesome dan cukup menarik untuk tontonan seisi keluarga. Kalau korang memang peminat filem Jumanji yang pertama, korang pastinya akan layan filem Jumanji terbaru ini.
Abam bagi 8.5/10 untuk filem ini. Lepas baca review boleh try cari tiket kot-kot ada lagi heheheh…
Baca juga Review Guardian of The Galaxy Vol 2
5,647 total views, 6 views today