Resepi Fruits Pastry Cake Yang Sedap Dan Mudah

Fruits Pastry Cake

Resepi Fruits Pastry Cake Yang Sedap Dan Mudah

Fruits Pastry Cake

Kalau korang follow IG abam yang satu lagi ni, IG Khaisya Delite mungkin korang akan perasan abam ada buat jugak kek viral yang tengah hot sekarang ni iaitu Fruits Pastry Cake.

Sebenarnya Fruits Pastry Cake ni dah lama dah popular. Cuma baru-baru kek ni dapat perhatian semula dikalangan bakers. Rasanya yang sedap, ditambah dengan ada rasa masam manis dari buah-buahan pastu rupanya agak menarik, mungkin menjadikan kek ni viral semula.

Kalau korang rajin search resepi Fruits Pastry Cake ni samada kat Google ke atau kat Facebook ke..ramai yang dah berkongsi resepi Fruits Pastry Cake ni. Tapi antara banyak-banyak reaepi yang abam dah cuba, resepi kat bawah ni abam boleh katakan yang paling sedap.

Fruits Pastry Cake

FRUITS PASTRY CAKE

100 gm unsalted Pure Butter
160 gm gula castor ( resepi asal 200 gm ) 20 gm lagi ita gaul dengan buah
50 gm sour cream atau boleh guna yogurt
3 biji telur saiz A
1 sudu teh esen vanilla
1 biji orange – parut kulitnya aje ( resepi asal lemon )
210 gm tepung gandum
1 sudu teh baking powder
500 gm buah-buah citrus ( strawberry, blueberry, peach, resberry dll)
– abam gunakan buah peach, strawberi, kiwi dan blueberry.

Satukan tepung gandum dengan baking powder dan ayak ( ada orang letak sikit tepung jagung, sebagai contoh dia akan kurangkan 20 gm  sukatan tepung gandum dan tambahkan dengan 20 gm tepung jagung)

Buah-buah seperti kiwi, peach dan strawberi dibasuh sehingga bersih dan toskan. Untuk pic abam gunakan yang dalam tin tu. Kemudian di potong ke bentuk yang sesuai, kalau saiz buah tu agak besar. Kemudian cuci bersih dan toskan.
Lepas tu gaul dengan 20 gm gula atau 2 sudu besar gula.

Dalam mixer, putar butter , sour cream dengan gula hingga menjadi putih dan gebu.

Kemudian, Masukkan telur satu persatu dan terus putar.

Adunan akan jadi becah atau berbintil-bintil (itu normal)

Masukkan vanilla dan kulit orange dan terus putar

Tutup mixer

Masukkan tepung dan kaup balik rata

Keadaan adunan tadi akan jadi agak pekat.

Tuang dalam loyang 8 inc yang dilapik kertas dan sapukan sedikit butter pada permukaan tu.

Kemudian ratakan adunan.

Taburkan buah-buahan atas adunan tadi

Panaskan oven dahulu. Kemudian adunan tadi dibakar dalam oven pada suhu 170C selama 45 – 1 jam atau sehungga adunan masak sempurna dan permukaan atasnya golden brown.
Suhu ni kekadang bergantung kepada jenis oven. Kalau korang pernah masak kek dalam oven korang tu, boleh gunakan suhu dan masa yang sama.

Kemudian untuk memastikan kek tadi tu masak dengan sempurna atau tak, cucuk kan lidi atau cake tester kat bahagian tengah kek.

Senang jer kan nak buat Fruits Pastry Cake ni kan? Tapi abam paham ramai antara korang cukup berminat nak buat tapi kekadang masa jer takda kan… Jadi jangan bimbang terutama korang yang dok dalam kawasan Putrajaya atau Cyberjaya. Korang boleh jer order dengan Khaisya Delite. Insyaallah berbaloi dan memang puas hati 😁

Fruits Pastry Cake

Terima kasih sebab sudi singgah kat blog abam.

Resepi Asal : Azlita Masam Manis

Baca juga : Resepi Brownies Yang Mudah

1,869 total views, no views today

Resepi Masak Lemak Cili Padi Cendawan Kukur bersama Terung Pipit

Resepi Masak Lemak Cili Padi Cendawan Kukur bersama Terung Pipit

Resepi Masak Lemak Cili Padi Cendawan Kukur bersama Terung Pipit

” Malam ni nak makan apa nii..?
Solan mudah jer kan, tapi kekadang sudah nak fikir apa yang di masak. Ni lah dilemma setiap hari kalau nak masak kat umah.

Tadi masa nak ambil anak balik dari sekolah, masa kat kantin ternampak ada masak lemak cili padi. Nampak macam menarik jer ni. Apa lagi cara, mudah nak cari resepi dengan tanya pakcik Google lerr..😂

Haaa..terjumpa resepi masak lemak cili kat blog Che Mat Gebu. Yang menariknya, dalam resepi ni Che Mat guna cendawan kukur dengan terung pipit. Jadi ada kelainan untuk resepi ni.

Resepi Masak Lemak Cili Padi Cendawan Kukur bersama Terung Pipit
Terung pipit
Resepi Masak Lemak Cili Padi Cendawan Kukur bersama Terung Pipit
Cendawan Kukur

Ok, jom abam share resepi yang di cedok bulat-bulat dari blog Che Mat ( minta izin yer Che Mat . hehhehe)

Resepi Masak Lemak Cili Padi Cendawan Kukur bersama Terung Pipit

BAHAN – BAHAN :
– 200 gram cendawan kukur segar, bersihkan dan rendam
– 1 cawan terung pipit, buang tangkai, di cuci dan di toskan
– 1 genggam ikan bilis
– 2 batang serai, diketuk
– 1 keping asam gelugor
– 1 liter santan cair
– 300 ml pati santan
– Garam dan gula secukup rasa

BAHAN – BAHAN KISAR HALUS :
– 1/3 cawan cili padi kampung ( Boleh adjust lebihkan atau kurangkan)
– 1 inci kunyit hidup, pilih kuyit yang tua
– 4 biji bawang merah
– 2 ulas bawang putih

CARA MEMASAK :
– Kalau ikut resepi asal, terung pipit direbus hingga empuk, tapi abam terus masukan jer.
– Ikan bilis dibersihkan.
– Bersihkan dan toskan cendawan kukur, kemudian cuci sekali lagi, tos dan perah airnya. Masukkan cendawan dalam lesung batu dan tumbuk-tumbuk sedikit biar cendawan pecah , jangan tumbuk sampai lumat.

– Kemudian masukkan cendawan kukur, serai titik, terung pipit dan bahan-bahan yang telah dikisar halus tadi ke dalam periuk. Gaul rata.Tuang santan cair, kacau dan masak hingga mendidih.

– Kemudian tambah ikan bilis dan asam gelugor. Masak hingga cendawan lembut.

– Tuanng pati santan, kacau rata dan perasakan dengan garam secukupnya (anggaran 1 1/4 camca teh) dan sedikit gula. Kacau dan masak sekejap. Boleh matikan api.

Resepi Masak Lemak Cili Padi Cendawan Kukur bersama Terung Pipit)

Okeh dah siap pun menu Masak Lemak Cili Padi Cendawan Kukur bersama Terung Pipit. Hidangkan bersama nasi putih, ikan goreng dan telur dadar..memamg auumm .
Selamat mencuba.

Kredit resepi asal Blog Che Mat Gebu

Resepi lain yang korang boleh cuba :

1. Resepi Ikan Siakap 3 Rasa

2,379 total views, no views today

Resepi Ikan Siakap Masak 3 Rasa Mudah dan Sedap

Sikap masak 3 Rasa

‌Cuti sekolah kembali lagi, maka akan riuh rendahlah seisi rumah dengan tempik gumpita suara anak-anak. Antara benda yang susah nak fikir kalau anak-anak ada kat umah ni, …apa yang nak dimasak untuk diorang makan. Menu pun nak kena juga dengan selera tekak diorang. Belek punya belek kat dalam peti ais, ada pulak ikan siakap. Apa lagi, hari ni abam masakan ikan siakap masak 3 rasa untuk diorang.

‌Menu ikan siakap masak 3 rasa ni, bukan saja jadi favourite untuk anak-anak, tapi favourite abam dengan wife jugak. Ikan siakap tu di goreng garing-garing dengan di tambahkan dengan rasa sosnya yang masam manis pedas, fuuuhh memang akan bertambah-tambah makan nasi. Lagipun, resepi ni cukup mudah dan bahan-bahan pun senang nak dapatkan. Ok jom, abam kongsikan resepi mudah dan sedap untuk korang cuba.

Tips 6 Jenis Bahan Yang Mempengaruhi Hasil Biskut Menjadi Lebih Sedap

Resepi Ikan Siakap Masak 3 Rasa

Untuk Ikan:

Ikan Siakap Masak 3 Rasa

• 1 ekor ikan siakap di potong 2, di kelar-kelar . Lumurkan garam kunyit.

• Tepung jagung untuk di lumurkan kat ikan.

• Minyak secukupnya untuk menggoreng ikan.

Bahan-bahan untuk menumis :

• 2 ulas bawang putih (diketuk)

• 3 tangkai cili padi – dipotong kecil ( kalau nak pedas, letak ler lebih)

• 1 inci halia dihiris halus-halus.

• 1 batang serai (diketuk)

Bahan-bahan untuk sos :

• 2 sudu besar sos tomato

• 2 sudu besar sos cili

• 1 sudu besar sos tiram

• 1 sudu besar sos ikan

• 1 biji bawang besar ( dipotong dadu)

• 1 biji tomato (dipotong dadu)

• 1/2 biji cili capsicum (dipotong dadu)

• 3 helai daun limau purut yang dibuang tulangnya

• Daun sup/daun bawang untuk hiasan

• Minyak masak secukupnya untuk menumis.

• Garam

• Gula

Cara-caranya  Penyediaan Ikan Siakap Masak 3 Rasa :

1. Menggoreng ikan siakap.
Ikan siakap tadi tu dibersih terlebih dahulu dan ditoskan. Lumur dengan garam kunyit. Biarkan seketika. Bila dah nak goreng tu, lumurkan pula dengan tepung jagung keseluruhan ikan.

Panaskan minyak di dalam kuali, cukup untuk tenggelam kan ikan dalam kuali. Pastikan minyak betul-betul panas, sebelum memasukan ikan ke dalam kuali. Gorengkan ikan sehingga betul-betul garing ya.

2. Memasak sos.
Panaskan minyak dalam kuali yang lain. Tumiskan bahan menumis tadi, iaitu bawang putih, halia, cili padi dan serai.

Setelah bawang putih menjadi kekuningan, masukkan bahan sos cili, sos tomato, sos tiram,  sos ikan dan daun limau purut. Kacau sebentar. Kalau nak sedap lagi, kalau ada nenas yang dalam tin tu, ambil sedikit air sirap tu dan campurkan dalam campuran sos tadi.

Kemudian, dimasukkan bahan-bahan lain iaitu bawang besar, tomato yang telah dipotong dadu, dan cili benggala. Masukkan sedikit air jika terlalu pekat. Jika ada nenas dalam tin, boleh campurkan sekali. Tambahkan sedikit gula dan garam jika perlu.

Biarkan kuah mereneh seketika. Setelah kuah menjadi pekat dan dah nampak berkilat, boleh tutup api, angkat sos tadi dan tuangkan ke atas ikan siakap yang telah digoreng garing tadi. Kemudian taburkan sedikit daun sup dan daun bawang sebagai hiasan. Haa..siap pun ikan siakap 3 rasa dan sedia untuk dihidangkan.

Sikap masak 3 Rasa

 

Selamat mencuba resepi mudah dan sedap ni, Ikan Siakap Masak 3 Rasa

Kredit resepi asal Azie Kitchen.

Resepi Kari Ikan Ala Utara

 

10,994 total views, no views today

Resepi Kari Ikan Tenggiri ala Utara Mudah dan Cepat

Resepi Kari Ikan Tenggiri ala Utara Mudah dan Cepat

Resepi Kari Ikan Tenggiri ala Utara Mudah dan Cepat

Hari ni teringin pulak nak makan kari ikan atau orang utara lebih suka sebut gulai. Biasa kalau kat utara, paling common bila buat gulai ni, lebih suka guna ikan temenung aka ikan kembung. Tapi memandangkan harga ikan kembung sekarang ni dah sama level ikan orang ada-ada, jadi abam cari ikan lain lah yang abam rasa lebih berbaloi.

Hari ni pi beli barang dapur kat Pasaraya Hero kat Presint 3, ada pulak ikan tenggiri yang less sampai 30%. Apa lagi, terus bungkus bawa balik laa. 😁

Entri kali ni abam nak kongsikan dengan korang Resepi Kari Ikan Tenggiri ala Utara Mudah dan Cepat. Yang masak pun memang orang utara, memang kena lah kan…heheh

Resepi Kari Ikan Tenggiri ala Utara Mudah dan Cepat

Bahan-bahannya :

– 5 keping isi ikan tenggiri
– 5 ulas bawang merah (dipotong halus)
– 3 ulas bawang putih (dipotong halus)
– Daun kari

– 1 pack rempah kari ikan Adabi (larut rempah dengan sedikit air)
– 1 sudu asam jawa Extra Adabi (larut asam jawa dengan sedikit air)
– 1 pek kecil santan Kara

– Garam & gula secukup rasa
– Sedikit minyak untuk menumis
– kacang Bendi
– tomato – di potong 4

Cara-caranya :
1. Masukkan sedikit minyak masak ke dalam periuk
2. Setelah minyak dah panas, masukan bawang merah, bawang putih dan daun kari.
3. Kacau bahan-bahan tadi sehingga layu dan naik bau.
4. Rempah yang dah dilarutkan dengan air tadi, dimasukan ke dalam periuk dan dikacau sehingga naik bau dan pecah minyak.
5. Kemudian masukan air asam jawa dan kacau sebentar.
6. Masukan 1/2 kotak kecil santan Kara dan kacau sehingga sebagai.
7. Masukan air secukupnya.
8. Bila kari dah mula mendidih, masukan ikan.
9. Apabila dah hampir masak baru masukan tomato dan kacang bendi. Kacau sekejap.
10. Tutup api dan masukan sedikit garam sehingga secukup rasa.

Resepi Kari Ikan Tenggiri ala Utara Mudah dan Cepat
Resepi Kari Ikan Tenggiri ala Utara Mudah dan Cepat

Hidangkan, makan dengan nasi panas-panas. Pastu ada pulak sambal belacan dengan ulam…Fuuuuh memang bertambah-bertambah nanti. Kuah ni kalau tak abis, jangan di buang tau. Panaskan balik, boleh cicah dengan roti benggali. Memang sedap.

Selamat mencuba 😊

Baca juga : Resepi Brownies yang mudah & sedap

Baca jugaResepi Ayam Masak Merah

5,760 total views, 2 views today

Resepi Ayam Masak Sos Simple, Mudah, Cepat dan Sedap

Resepi Ayam Masak Sos Simple, Mudah, Cepat dan Sedap

Resepi Ayam Masak Sos Simple, Mudah, Cepat dan Sedap

Hari ni kena turn abam masak plak untuk anak-anak. Kalau abam masak, macam biasalah abam cari menu simple, mudah dan yang pasti anak-anak suka nak makan. Jadi hari ni, abam nak kongsikan resepi abam masak hari ni, Resepi Ayam Masak Sos.

Resepi Ayam Masak Sos Simple, Mudah, Cepat dan Sedap
Resepi Ayam Masak Sos Simple, Mudah, Cepat dan Sedap

Bahan-bahan untuk

– Ayam – 8 ketul

Bahan untuk ditumbuk atau dikisarkan :

– Bawang merah – 3 ulas
– Bawang putih – 3 ulas
– Bawang besar – 2 biji

Bahan yang dipotong/dihiris :

– Halia – 3 inci
– Cili padi / cili kampung – 2-3 biji ( kalau nak pedas boleh tambah lagi)

Bahan untuk kuah

– Sos cili – 4-5 sudu
– Sos tiram – 2 sudu
– Sedikit air
– Minyak masak secukupnya
– Garam – Secukupnya
– Gula – secukupnya

Cara-caranya :

Panaskan kuali dan masukan minyak yang cukup untuk menggoreng ayam.
Gorengkan ayam sehingga separuh masak dan angkat dari kuali.
Gunakan baki minyak yang guna untuk goreng ayam tadi, dalam 4-5 sudu minyak untuk menumis bahan yang kita kisar tadi (bawang merah, bawang putih, dan bawang besar). Tumis kan sehingga naik bau.

Pastu masukkan cili padi dan halia yang dipotong kecil tadi dan kacau sehingga rata.
Kemudian tambahkan soso cili dan sps tiram dan kacau sehingga kuahnya sebati. Tambah sedikit air. Sambung lagi kacau . Biarkan sebentar sehingga kuah pecah minyak.

Rasa sedikit kuah tadi.kalau perlu ditambah garam atau gula..tambahkan secukup rasa. abam tak tambah pun sebab rasa dari sos cili dan sos tiram tadi pun dah ok.

Kemudian masukan ayam dan gaul sehingga semua sebati..
Lupa nak tambah tadi…abam tambah kan hirisan bawang holland, tomato & capsicum . Abam masukan masa dekat-dekat nak masak.

Hidangkan panas-panas..makan dengan nasik putih saja pun ok dah.
Terima sebab sudi singgah kat blog abam ni.Nanti boleh ler cuba Resepi Ayam Masak Sos Simple, Mudah, Cepat dan Sedap ni ya 😋

Resepi Ayam Masak Sos Simple, Mudah, Cepat dan Sedap1

 

Menu asal dari Blog Rahmat RMD

Baca juga Resepi Mee Goreng Mudah dan Sedap,

33,346 total views, 2 views today

Resepi Mee Goreng Mudah, Ringkas dan Sedap

Resepi Mee Goreng Mudah, Ringkas dan Sedap

Resepi Mee Goreng Mudah, Ringkas dan Sedap

Haaah.. setelah dah nak sampai penghujung Ramadhan baru lah ada kesempatan nak update blog abam ni. Draf dah lama buat tapi masa saja takda nak buat. Mau tak nya, tahun ni spesel sket. Abam buat biskut raya..haaa..hehehhe.. Waktu malam, abam dengan wife sama-sama buat tempahan biskut raya sampai sahur pastu bila siangnya, kalau takda keja ..memang tido lah jawapnya.

Okeh,..entri kali ni sebenarnya abam just nak share salah satu resepi yang mudah nak buat. Terutama masa bulan Ramadhan ni, ramai yang rajin nak masak untuk berbuka dan untuk sahur. Resepi kali ni, resepi mee goreng yang mudah dan ringkas & Insyaallah sedap hehehe..

Jom layan resepi Mee Goreng Mudah, Ringkas dan Sedap ni. Sesuai untuk korang yang nak buat sarapan ke atau nak buat minum petang atau bila-bila korang suka lah..hehhe

Resepi Mee Goreng Mudah, Ringkas dan Sedap

Resepi Mee Goreng Mudah, Ringkas dan Sedap

Bahan-bahan :

1 bungkus mee kuning
2 cawan daging kisar atau isi ayam
1 cawan fish ball & fish cake
3 sudu  sos cili
2 sudu sos tiram
5 sudu kicap pekat
1 cawan taugeh
1 cawan kobis
1 cawan sawi hijau
1 cawan lobak merah
2 biji telur

Bahan untuk dikisar halus :
1/4 cawan cili kering yang telah direbus
2 biji bawang besar
8 ulas bawang putih

Cara-caranya :

Panaskan sedikit minyak terlebih dahulu.
Tumiskan bahan-bahan yang telah dikisarkan tadi sehingga naik bau.

Kemudian masukkan daging kisar atau isi ayam
Kacau sehingga ia masak.
Kemudian masukan sos cili, sos tiram dan kicap pekat.
Masukkan fish ball & fish cake kemudian kacau seketika.
Kemudian masukan telur dan sambung kacau sehingga rata.

Masukkan sayur keras seperti kobis dahulu. Biarkan ia masak sekejap

Kemudian masukkan mee dan tambahkan sedikit air dan kacau sehingga rata. Kalau korang suka mee goreng yang agak basah, boleh lah masukan air lebih sket. Tapi kena mungkin kena tambah sket sos cili dan sos tiram untuk tambahkan rasa.

Bila hampir nak masak tu, boleh dimasukan sayur sawi dan taugeh ke dalam mee goreng tadi. Kalau nak tambahkan daun kuchai pun sodap jugak.
Lepas tu boleh korang rasa samada perlu dicampurkan sedikit garam atau pun gula mengikut selera tekak korang.

Selain dari isi daging kisar atau isi ayam, korang boleh jugak gunakan udang, sotong atau kerang untuk resepi mee goreng ni.

Sebelum dihidangkan, bolehlah tabur sedikit cili merah yang dihiris dan daun bawang serta bawang goreng. Jika suka, perahkan air asam limau nipis. Nak best lagi tambahkan telur goreng kat atas mee tu..peeghhh..heheh..

Sekian perkongsian resepi Mee Goreng Mudah, Ringkas dan Sedap ni. Khas untuk korang. Selamat mencuba nanti.

Resepi asal, kredit untuk Cik Eny

Nak cuba resepi lain ? Jom ke Resepi Brownies kedut

23,022 total views, 12 views today

Resepi Brownies Kedut yang cukup Mudah

Resepi Brownies Kedut

Resepi Brownies Kedut


Hi Assalamualaikum..

Terasa rajin pulak nak buat entri sekarang ni..Entri blog kali ni abam nak kongsikan satu resepi brownies kedut sedap dan mudah untuk korang buat. Sekarang ni, brownies memang semakin glamer dan cukup mendapat  sambutan.

 

RESEPI BROWNIES KEDUT
Plain brownies atau lebih dikenali sebagai Brownies kedut..memang cukup sedap.

 

Sebenarnya ada macam-macam variasi resepi untuk brownies ni. Yang paling asas dan paling mudah nak buat adalah brownies kedut. Kenapa namanya Brownies Kedut? Sebab apabila dah dimasak,permukaan atas nya kelihatan berkedut dan kelihatan sedikit merekah-rekah. Tekstur brownies yang padat dan agak lembap serta kaya dengan rasa coklat.

Resepi Brownies Kedut
Jom abam kongsikan resepi brownies kedut yang sedap dan mudah untuk korang cuba.

Resepi Brownies Kedut

Bahan A
400 gm Dark Chocolate
150 gm Butter (salted)
30 gm serbuk koko

Bahan B
150 gm gula kastor
4 biji telur ayam saiz A
1 sudu kecil asen vanilla

Bahan C
100 gm tepung gandum
1 sudu kecil baking powder

Cara Penyediaannya :

1 Panaskan Oven terlebih dahulu pada suhu 160 C.

2. Bahan A di campurkan sekali dan kemudian di cairkan dengan teknik double boiler.
3. Satukan bahan B didalam satu bekas. Dikacau perlahan-perlahan sehingga gula kastor sebati dengan telur dan essence vanila.

4. Kemudian satukan bahan A dan bahan B. Kacau perlahan-lahan menggunakan spatula.
5. Kemudian masukan pula campuran bahan C dan kacau perlahan-perlahan sehingga tepung betul-betul sebati.
6. Masukan aduanan tadi ke dalam loyang bersaiz 10×10. Dan pastikan didalam loyang tu dilapik dahulu dengan  kertas pembakar (baking sheet) atau Patchment paper.

7. Masukan ke dalam oven dan masakan antara 30min ke 40min. Setiap oven mempunyai tahap pembakaran yang berbeza. Jadi nak pastikan tak terlebih bakar brownies tadi tu, selalu uji dengan cake tester yer.
8. Bila brownies tadi tu dah masak, biarkan dulu kat oven tu dulu antara 10-15min. Tapi renggang sedikit pintu oven tu ya.

9. Selepas 15 min, keluarkan oven dan biarkan ia sejuk dalam suhu bilik dalam beberapa jam sebelum dipotong.

Resepi brownies ni adalah inspirasi dari resepi Puan Eny Abdullah, rakan blogger abam. Abam ubahsuai sket mengikuti citarasa abam sendiri. Kepada kawan-kawan yang ada di Jitra yang mungkin nak tempah kek..boleh kontek-kontek Puan Eny yer..kek dia cantik-cantik wooo…

Tips nak dapatkan Brownies Kedut yang sedap :
1. Simpan dalam bekas kedap udara dan brownies boleh tahan dalam beberapa hari.
2. Jangan terlebih masak atau overbaked. Brownies yang sedap, mestilah sedikit garing dibahagian atas tapi didalam masih rasa lembut/moist.
3. Kualiti Dark Choc dan serbuk koko. Gunakan jenama yang premium. Walaupun harga agak mahal, tapi perbezaan rasa yang lebih sedap dan mewah menjadikan ia lebih berbaloi.

Selamat mencuba.

Jom baca kat sini : Tempahan Brownies Sedap

25,062 total views, no views today