From Ho Chi Minh with Love – Happy Anniversary buat Isteriku

From Ho Chi Minh with Love - Happy Anniversary buat Isteriku www.abamkorie.com

Trip abam ke Ho Chi Minh kali ni agak istimewa. Kenapa istimewa? Sebab trip kali ni sama pulak dengan tarikh dengan ulang perkahwinan abam. Boleh baca entri Trip Personal Shopper Februari 2018

Banyak plan abam nak buat masa kat Vietnam, plan nak surprise kan wife ni, tapi memandangkan trip kali ni pendek sangat. Jadi banyak plan tak menjadi. Yang menjadi cuma dapat surprisekan dia dengan bunga ni. Masa kat sana abam buat bodo, macam tak ingat tarikh anniversary. Kan nak buat surprise jan..hehheh

Ok abam nak cerita pasal bunga kat Ho Chi Minh ni..Kalau korang nak tau, harga bunga kat sini memang cukup murah kalau nak bandingkan dengan harga kat tempat kita. Kalau pandai tawar, boleh dapat sekuntum hanya Rm2 jer. Murah kan..kan Jadi kalau korang ke Ho Chi Minh, pastu kena pulak dengan hari istimewa korang..beli jer bunga banyak-banyak, tak rugi pun..

From Ho Chi Minh with Love - Happy Anniversary buat Isteriku

From Ho Chi Minh with Love - Happy Anniversary buat Isteriku

From Ho Chi Minh with Love - Happy Anniversary buat Isteriku

From Ho Chi Minh with Love - Happy Anniversary buat Isteriku

From Ho Chi Minh with Love - Happy Anniversary buat Isteriku

Kredit gambar kat atas ni buat kak Norlailai Dlaila, tokei Mee Udang ohsem kat MMA Santai Bandar Baru Nilai.

Happy Anniversary buat Isteriku

Buat isteriku, kau lah sahabat peneman hidupku dikala kosong. Dikala aku perlukan sokongan dalam hidupku. Dikala aku rebah, kau memangku jiwa raga ku. Dikala aku sedih, kau pandai mencuit hatiku. Dikala aku lemah, kau lah penguat semangat hidupku. Kau bukan hanya sebagai isteriku, malah sahabat sejatiku.
Wahai isteriku, kau lah nyawaku dan sumber insprasiku.
Terima kasih atas susah dan senang selama ini. Terima kasih kerana selalu ada disampingku. Terima kasih atas segalanya.
Semoga hari-hari mendatang kita akan lebih tabah dan matang dalam menghadapi segala yang Allah uji. Setiap ujian itulah yang menguatkan kasih sayangku pada mu. Ku selalu berdoa, semoga kebahgian kita selama ini kekal sehingga akhir hayat.

Ya Allah jadikanlah kami ini pasangan yang bahagia lagi dirahmatiMu selama-lamanya. Kurniakanlah kami keberkatan hidup, kedamaian hati dan kerukunan rumah tangga.

Ya Allah, hiasilah hidup kami dengan perasaan kasih, sayang, cinta dan rindu dendam yang berpanjangan dan tiada penghujungnya. Janganlah Engkau keringkan hati dan jiwa kami dari perasaan cinta dan kasih sayang kerana ia akan membawa padah yang tidak tertanggung oleh jiwa kami ini.

From Ho Chi Minh with Love - Happy Anniversary buat Isteriku

Buat permaisuri hatiku..Aisya
SELAMAT ULANG TAHUN PERKAHWINAN KE-16

Terima kasih atas segalanya…

736 total views, no views today

Trip Personal Shopper Ho Chi Min Vietnam Februari 2018

Trip Personal Shopper Ho Chi Min Vietnam Februari 2018

Trip Personal Shopper Ho Chi Min Vietnam Februari 2018

Trip Personal Shopper Ho Chi Min Vietnam Februari 2018 | Trip personal shopper abam kali ni, hanya dalam 6 orang sahaja, abam bersama wife dan 4 lagi rakan. Trip kali ni agak pendek sket berbanding trip sebelum ni, dari 7hb sampai 9hb Februari. Sebelum ni sampai 4 hari kat sana. Macam biasa, kalau nak ke sana, abam akan servey dulu tiket fligt yang murah.
Untuk trip kali ni, abam menggunakan penerbangan Air Asia. Mungkin untuk next trip nak cuba yang lain pulak.

Trip Personal Shopper Ho Chi Min Vietnam Februari 2018

Trip Personal Shopper Ho Chi Min Vietnam Februari 2018 Starbucks Klia2
Sementara nak tunggu check in tu, singgah kat Starbucks jap. Cuba kopi ni, Cafe Lathe. Sedap jugak. Hilang mengantuk jap. Perut tengah lapar pulak tu.

Trip Personal Shopper Ho Chi Min Vietnam Februari 2018

 

Trip Personal Shopper Ho Chi Min Vietnam Februari 2018
Kluar dari tempat ambik luggage akan jumpa kaunter-kaunter yang jual telco camni..

Sampai kat Tan Son Nhat Airport dalam pukul 3.30 cam tu…Ā dah selesai semua urusan pemeriksaan Imigresen , abam terus belikan sim card telco yang ada jual kat luar pintu masuk airport ni. Abam ambik pakej internet unlimited Rm40.

Trip Personal Shopper Ho Chi Min Vietnam Februari 2018
Abam ambik pakej unlimited internet, pakai lah sampai muntah šŸ˜

Kali ni nak berjimat sket, tak ambik 2 sim card tapi abam letak dalam 1 phone dan set kan sebagai mobile ho spot, so boleh kongsi dengan wife abam sekali.

Kalau korang nak berjimat, korang boleh gunakan khidmat uber atau grab untuk ke destinasi yang korang nak pegi. Dari airport tu abam gunakan khidmat uber 7 seater, caj nya D 14100. Kalau dalam Rm lebih kurang Rm3.50 camtu jer. Biasanya kalau teksi, caj lebih kurang double dari caj uber/grab. Tapi terpulang kepada keselesaan koranglah, kalau rasa teksi lebih selesa..ambik jer teksi. Kalau ada ada budget lebih boleh tempah tourist guide dari sana, diorang akan bawa korang ikut mana korang nak pegi.

Trip Personal Shopper Ho Chi Min VietnamĀ – Penginapan

Trip Personal Shopper Ho Chi Min Vietnam Februari 2018
Kredit to booking.com

Kalau trip sebelum ni, abam selalu stay kat Hotel Xavier jer, tapi kali ni rasa nak cuba kat hotel baru pulak lah. Jadi kami decide tempah kat Hotel Pravina pulak. Kami dah tempah siap-siap sebelum datang. Nak mudah boleh gunakanĀ  webĀ TRAVELOKAĀ . Lokasi hotel Pravina masih lagi dalam kawasanĀ  Ben Than Market, tapi kalau berjalan kaki ambik masa jugak lah, dalam 10 minit camtu. Serius, hotel ni agak jauh kalau nak banding dengan Hotel Xavier. Rasa menyesal plak tak booked Hotel Xavier šŸ˜‚..Dah la.sekali tu sesat. Cari hotel tak jumpa, dah la bawa barang kat tangan ni banyak..wife dah mencebik sampai lutut.abam nak gelak jeršŸ¤£šŸ¤£. Jom tengok, abam sikit gambar bilik yang kami menginap kat sini.

Trip Personal Shopper Ho Chi Min Vietnam Februari 2018

Trip Personal Shopper Ho Chi Min Vietnam Februari 2018

Trip Personal Shopper Ho Chi Min Vietnam Februari 2018 Hotel Pravina

Trip Personal Shopper Ho Chi Min Vietnam Februari 2018 Hotel Pravina

Trip Personal Shopper Ho Chi Min Vietnam Februari 2018 Hotel Pravina

Trip Personal Shopper Ho Chi Min Vietnam Februari 2018 Hotel Pravina

Trip Personal Shopper Ho Chi Min Vietnam Februari 2018 Hotel Pravina
Ini pulak bilik Kak Norlaila, bilik ni lagi besar..

Trip Personal Shopper Ho Chi Min Vietnam Februari 2018 Hotel Pravina

 

Trip personal shopper abam kali abam rasa agak tersilap timing sket sebab masa ni dah hampir dengan perayaan CNY. Kat sini rupanya diorang sambut awal. Kilang-kilang besar ada yang dah tutup dah. Jadi ada order yang abam tak dapat belikan. Nasib baik lah customer abam ni semua sporting, diorang ok jer. Ada juga yang minta abam belikan untuk next trip.
Dalam masa dok bershopping sempat jugak abam buat surprise kat wife abam. Surprise apa? Korang baca kat SINI

Insyaallah, next trip personal shopper pada bulan 3@4 nanti.

Korang nak tips berjimat masa travel kat Ho Chi Minh? Next entri abam cerita k…šŸ˜

Trip Personal Shopper Ho Chi Min Vietnam Februari 2018
Shoping Lace untuk customer yang dah order

Trip Personal Shopper Ho Chi Min Vietnam Februari 2018

 

Baca jugaĀ Tips Bercuti & Bershopping kat Ho Chi Minh Vietnam

Baca jugaĀ Tips Keselamatan Beg di Airport

666 total views, 0 views today

Apom Lenggang Kampung Berjaya Alor Setar

Apom Lenggang Kampung Berjaya Alor Setar

Apom Lenggang Kampung Berjaya Alor Setar

Dah puas jalan-jalan kat pasar karat Kampung Berjaya, abam singgah kat gerai viral ni. Gerai Apom Lenggang Kampung Berjaya yang dah femes jugak lah seantero Malaya dek kerana apom lenggang dia yang sedap.

Sepanjang abam dok berjalan-jalan kat dalam pasar ni, rasanya ni lah satu-satunya gerai apom lenggang yang ada. Masa abam sampai tu, boleh tahan jugak ramai pelanggan laon yang dok tunggu order. Ada yang makan kat situ, ada yang bungkus nak bawa balik makan kat rumah. Ada sorang pelanggan kat depan abam tu, dia order sampai 40 biji apom lenggang untuk dibawa balik.

Apom Lenggang Kampung Berjaya Alor Setar

Apom lenggang ni boleh dikatakan sebagai makanan tradisi lah, terutama di sebelah negeri utara ni. Mungkin kat negeri-negeri kat Malaysia ni mengguna resepi berlaianan dan nama pun lain. Apom lenggang ni biasanya kalau kat sini femes sebagai juadah untuk sarapan pagi. Kalau di Kedah, orang kata “menyeghok”..atau breakfast šŸ˜

Macamana boleh dapat nama Apom Lenggang?

Macam resepi apom yang lain, cuma semasa nak masak tu,apabila bancuhan tepung dah masukan dalam kuali kecil yang dah panas, tukang masaknya akan melenggang-lenggang kuali supaya apom tadi akan rata, berbentuk bulat dan leper.

Apom Lenggang Kampung Berjaya Alor Setar

Kat korang yang mungkin datang jalan-jalan atau tersesat sampai kat Alor Setar ni, boleh singgah kejap untuk mencuba apom lenggang Kg Berjaya ni. Datang sebelah pagi tau, datang menyeghok sat kat sini..

Apom Lenggang Kampung Berjaya Alor Setar
Harga murah, sedap pulak tu..
Apom Lenggang Kampung Berjaya Alor Setar
Apom lenggang ni kena makan masa panas-panas, baru lah sedap..

Baca juga :Ā Pasar Karat Kampung Berjaya

Baca juga :Ā Mana nak dapatkan Durian Crepe paling Sedap kat Alor Setar/Jitra?

750 total views, no views today

Resepi Kari Ikan Tenggiri ala Utara Mudah dan Cepat

Resepi Kari Ikan Tenggiri ala Utara Mudah dan Cepat

Resepi Kari Ikan Tenggiri ala Utara Mudah dan Cepat

Hari ni teringin pulak nak makan kari ikan atau orang utara lebih suka sebut gulai. Biasa kalau kat utara, paling common bila buat gulai ni, lebih suka guna ikan temenung aka ikan kembung. Tapi memandangkan harga ikan kembung sekarang ni dah sama level ikan orang ada-ada, jadi abam cari ikan lain lah yang abam rasa lebih berbaloi.

Hari ni pi beli barang dapur kat Pasaraya Hero kat Presint 3, ada pulak ikan tenggiri yang less sampai 30%. Apa lagi, terus bungkus bawa balik laa. šŸ˜

Entri kali ni abam nak kongsikan dengan korangĀ Resepi Kari Ikan Tenggiri ala Utara Mudah dan Cepat. Yang masak pun memang orang utara, memang kena lah kan…heheh

Resepi Kari Ikan Tenggiri ala Utara Mudah dan Cepat

Bahan-bahannya :

– 5 keping isi ikan tenggiri
– 5 ulas bawang merah (dipotong halus)
– 3 ulas bawang putih (dipotong halus)
– Daun kari

– 1 pack rempah kari ikan Adabi (larut rempah dengan sedikit air)
– 1 sudu asam jawa Extra Adabi (larut asam jawa dengan sedikit air)
– 1 pek kecil santan Kara

– Garam & gula secukup rasa
– Sedikit minyak untuk menumis
– kacang Bendi
– tomato – di potong 4

Cara-caranya :
1. Masukkan sedikit minyak masak ke dalam periuk
2. Setelah minyak dah panas, masukan bawang merah, bawang putih dan daun kari.
3. Kacau bahan-bahan tadi sehingga layu dan naik bau.
4. Rempah yang dah dilarutkan dengan air tadi, dimasukan ke dalam periuk dan dikacau sehingga naik bau dan pecah minyak.
5. Kemudian masukan air asam jawa dan kacau sebentar.
6. Masukan 1/2 kotak kecil santan Kara dan kacau sehingga sebagai.
7. Masukan air secukupnya.
8. Bila kari dah mula mendidih, masukan ikan.
9. Apabila dah hampir masak baru masukan tomato dan kacang bendi. Kacau sekejap.
10. Tutup api dan masukan sedikit garam sehingga secukup rasa.

Resepi Kari Ikan Tenggiri ala Utara Mudah dan Cepat
Resepi Kari Ikan Tenggiri ala Utara Mudah dan Cepat

Hidangkan, makan dengan nasi panas-panas. Pastu ada pulak sambal belacan dengan ulam…Fuuuuh memang bertambah-bertambah nanti. Kuah ni kalau tak abis, jangan di buang tau. Panaskan balik, boleh cicah dengan roti benggali. Memang sedap.

Selamat mencuba šŸ˜Š

Baca juga :Ā Resepi Brownies yang mudah & sedap

Baca juga :Ā Resepi Ayam Masak Merah

711 total views, 0 views today

Pasar Karat Kampung Berjaya Alor Setar

Pasar Karat Kampung Berjaya Alor Setar

Pasar Karat Kampung Berjaya Alor Setar

Kalau sampai ke bandaraya Alor Setar, jangan terlepas untuk berkunjung ke Pasar Karat Kampung Berjaya. Kalau dah namanya pasar karat, memang menjadi wajib pegi untuk peminat-peminat dan para pengumpul barang-barang unik dan barangan antik. Pasar Karat Kampung Berjaya ni dibuka pada setiap hari Jumaat antara jam 7 pagi sehingga jam 12 tengah hari.

Lokasinya, korang boleh gunakan aplikasi waze atau maps untuk sampai ke sini. Taip jer “Kampung Berjaya” , bila dah dekat sampai tu, akan nampak ramai kereta parking kat tepi jalan. Parking agak susah sket kat area ni, jadi kalau nak senang dapat kenalah datang awal.

Pertama kali sebenarnya abam sampai kat Pasar Karat Kampung Berjaya ni. Bawa wife dan anak jalan-jalan kat sini. Kat area pasar karat ni bukan setakat ada dijual barangan antik, bahkan ada yang menjual makanan, jual pakaian dan barangan basah macam ikan, sayur dan lain-lain. Jadi kalau korang nak beli barang basah tu, boleh lah singgah beli sekali.

Ok, jom kita tengok apa yang menarik kat Pasar Karat Kampung berjaya ni..

Pasar Karat Kampung Berjaya Alor Setar

 

Pasar Karat Kampung Berjaya Alor Setar
Banyak betul koleksi duit-duit lama kat gerai ni.

Pasar Karat Kampung Berjaya Alor Setar

Pasar Karat Kampung Berjaya Alor Setar
Banyanya duit syiling lama..

Pasar Karat Kampung Berjaya Alor Setar

Pasar Karat Kampung Berjaya Alor Setar
Cuba tengok harga nya…
Pasar Karat Kampung Berjaya Alor Setar
Kat gerai ni, macam-macam barang rare, antik ada …sronok melayan tengok benda-benda kat sini

Pasar Karat Kampung Berjaya Alor Setar

Pasar Karat Kampung Berjaya Alor Setar

Pasar Karat Kampung Berjaya Alor Setar

Pasar Karat Kampung Berjaya Alor Setar

Pasar Karat Kampung Berjaya Alor Setar

Pasar Karat Kampung Berjaya Alor Setar

Pasar Karat Kampung Berjaya Alor Setar

Antara yang menarik perhatian abam kat Pasar karat Kampung Berjaya ni, ada 1 gerai yang menjual pisau, parang buatan tangan. Katanya selain dari di jual kat pasar karat ni, beliau ada juga pelanggan dari luar negara yang menempah melalui online. Hebat jugak hasil tangan anak tempatan ni.

Pasar Karat Kampung Berjaya Alor Setar
Pelanggan tengah pilih barang yang berkenan dihati..

Pasar Karat Kampung Berjaya Alor Setar

Pasar Karat Kampung Berjaya Alor Setar

Pasar Karat Kampung Berjaya Alor Setar

Pasar Karat Kampung Berjaya Alor Setar

Pasar Karat Kampung Berjaya Alor Setar
Buku komik lejen macam Ujang, Gila-gila pun ada kat sini..

Pasar Karat Kampung Berjaya Alor Setar

Pasar Karat Kampung Berjaya Alor Setar

Pasar Karat Kampung Berjaya Alor Setar

Pasar Karat Kampung Berjaya Alor Setar

Pasar Karat Kampung Berjaya Alor Setar
Banyaknya buku-buku lama…
Pasar Karat Kampung Berjaya Alor Setar
Semua ni yang terpakai tapi keadaan masih elok. Semuanya branded.

Pasar Karat Kampung Berjaya Alor Setar

Pasar Karat Kampung Berjaya Alor Setar

Pasar Karat Kampung Berjaya Alor Setar
Nampak macam barang dah tak leh guna dah..tapi ada peminat juga barang -barang camni..

Pasar Karat Kampung Berjaya Alor Setar

Pendapat abam lah, untuk korang yang minat barang-barang antik, barangan rare..memang korang wajib singgah kalau dah sampai kat Alor Setar. Kat Pasar Karat Kampung Berjaya ni macam-macam barang boleh korang beli kat sini. Kalau jumpa yang korang minat tu, cuba lah try nego harga, untung-untung dapat harga special nanti.
Terima kasih gais..jumpa lagi untuk next entri ya..

Kalau dah sampai.kat Pasar Karat Kampung Berjaya ni, jangan lupa mencuba Apom Lenggang ni..šŸ˜‹ Jom baca pasal Apom Lenggang Kg Berjaya dalam entri abam yang seterusnya

Apom Lenggang Kampung Berjaya Alor Setar

 

Baca jugaĀ Kat Mana nak order Durian Crepe yang SEDAP kat Alor Setar/Jitra?

Baca jugaĀ Tips Bercuti & Bershopping kat Ho Chi Minh Vietnam

855 total views, no views today

Durian crepe sedap di Alor Setar

Durian crepe sedap di Alor Setar

Durian crepe sedap di Alor Setar

Abam nak share sket dengan hangpa terutama peminat durian crepe yang dok kat area Alor Setar, Jitra dan kawasan berdekatan. Kini hangpa tak payah risau dah mana nak dapatkan durian crepe yang sedap kat sekitar Alor Setar ni.

Durian crepe sedap di Alor Setar
Cream ni memang sedap..rasa tak macam cream lain

Durian crepe ni menggunakan resepi istimewa, bukan dia boh whipping cream saja tau tapi dia ada bahan rahsia lain lagi. Bila makan tu, kombinasi cream dan durian menjadikan rasa durian tu sangat ummmmpphh..!! Isi durian yang digunakan pun yang berkualiti malah kuantiti durian dalam durian crepe ni pun agak banyak..tak seperti sesetengah durian crepe lain, hanya sket ja dibubuhnya. Kalau rasa nak isi durian tu lebih, hangpa boleh request nak extra isi durian.

Durian crepe sedap di Alor Setar

Dalam setiap pek, ada 6 biji durian crepe. Yang bestnya, ada pulak servis penghantaran terus ke rumah atau opis hangpa. Delivery kat sekitar Alor Setar Percuma plak tu.Kalau hangpa kat Area Jitra dengan Kuala Kedah, order ja 2 pek..delivery Percuma. Alang-alang boleh kutip order dengan geng opis kan.

Untuk hangpa yang memang hantu durian, hantu durian crepe..serius hangpa kena cuba durian crepe ni. Memang abam boleh kata, durian crepe sedap kat Alor Setar ni.

Camana nak order Durian Crepe Sedap kat Alor Setar ni?

Hangpa Kontek nombor kat bawah ni :
Bihah 0149021438
Fb profile : Sabihah
Harga : Rm10 sepeket
Untuk extra durian Rm12

Apa? Hangpa tak makan durian crepe?

Durian crepe sedap di Alor Setar
Kalau hanpa tak makan durian, hangpa boleh try flavors coklat, strawberi & oreo.

Jangan bimbang, ada crepe perisa lain gak tau macam perisa oreo, coklat & strawberi.
Apa lagi cepat-cepat lah order ya..

Baca jugaĀ Resepi Brownies yang mudah & sedap

Baca jugaĀ Kat mana nak order Brownies Sedap di Putrajaya

2,506 total views, 0 views today

Iron Gym & Fitness Jalan Langgar Alor Setar

Iron Gym & Fitness Jalan Langgar Alor Setar

Hari ni, abam balik kampung jap kat Alor Setar. Balik jap ziarah famili abam ni. Rindu dengan mak abah kat kampung. Kalau balik kampung ni, kekadang kalau ada masa abam singgah jap kat gym yang ada dekat-dekat umah ni. Umur macam abam ni, kesihatan pun nak kena jaga juga, sementara belum ada penyakit ni, boleh lah lagi nak bersenam. Kali ni abam nak cuba satu gym,Ā  Iron Gym & Fitness Jalan Langgar Alor Setar. Lokasi nya betul-betul seberang jalan berhadapan dengan masjid Al-Bhukary.

Jom abam abam kongsikan apa yang ada dalam Iron Gym & Fitness Jalan Langgar Alor Setar ni..

ReviewĀ  Iron Gym & Fitness Jalan Langgar Alor SetarĀ 

 Iron Gym & Fitness Jalan Langgar Alor Setar

 Iron Gym & Fitness Jalan Langgar Alor Setar
Ruang untuk cardio

 Iron Gym & Fitness Jalan Langgar Alor Setar

 Iron Gym & Fitness Jalan Langgar Alor Setar

 Iron Gym & Fitness Jalan Langgar Alor Setar

 Iron Gym & Fitness Jalan Langgar Alor Setar

Ulasan abam pasal Iron Gym & Fitness Jalan Langgar Alor Setar :

1. Keseluruhan peralatan kat Iron Gym & Fitness ni cukup untuk buat latihan bebanan walaupun ada sedikit peralatan yang kelihatan agak lama.
2. Cukup sesuai untuk pengunjung lelaki dan wanita.
3. Kemudahan seperti tandas dan loker disediakan.
4. Staf cukup friendly
5. Lokasi strategik, dekat jer dengan jalan. Kalau korang lalu kat area jalan langgar, dan sampai kat masjid Al Bukhary mesti nampak punya.

Keseluruhan nya abam berpuas hati guna perkhidmatan kat sini. Jadi hangpa yang dok dekat-dekat Alor Setar, terutama dekat-dekat jalan Langgar tu boleh lah ke sini nanti.

Kalau korang nak dapatkan lebih informasi, boleh ke Facebook PagesĀ  Iron Gym & Fitness

 Iron Gym & Fitness Jalan Langgar Alor Setar

Baca jugaĀ Pengalaman hari pertama di Jom Kurus 1Malaysia

Baca jugaĀ Review Gym : AJ Fitness Presint 11 Putrajaya

535 total views, no views today

Tips Bercuti dan Shopping di Ho Chi Minh Vietnam

Tips Bercuti dan Shopping di Ho Chi Minh Vietnam

Tips Bercuti dan Shopping di Ho Chi Minh Vietnam

Tips Bercuti dan Shopping di Ho Chi Minh Vietnam
Abam bersama rombongan cik Kiah kat Tan Son Nhat International Airport kat Ho Chi Minh City..

Assalamualaikum hi korang..
Trip untuk personal shopper abam kat Ho Chi Minh Vietnam, tak sampai pun lagi 2 minggu. Abam akan ke sana pada 7hb Februari sehingga 9hb Februari 2018. Trip kali ni agak pendek sket, hanya 2 jer berbanding trip sebelum ni sehingga 4 hari.

Memandangkan abam dah beberapa kali ke Ho Chi Minh, jadi abam nak berkongsi tips untuk korang nak pegi shopping kat sana.

Tips Bercuti dan Shopping di Ho Chi Minh Vietnam

1. Sebelum pegi ke Ho Chi Minh, antara paling utama korang kena buat adalah booking hotel. Korang cari hotel lah hotel yang ada kat area District 1 atau area Kg Malaysia. Abam sarankan kat kawasan ni sebab ramai orang dari Malaysia stay dan shopping kat sini. Kat area sini nak dapafkan makanan halal pun senang. Antara hotel yang korang boleh booking siap-siap secara online ialah Xavier Hotel,Ā Saigon Pink 2, Gia Huy Hotel, Blessing Hotel, Alagon Western Hotel, Cat Hotel,Queen Central Hotel. Untuk memudahkan, korang boleh gunakan www.booking.com atau www.traveloka.com untuk booking.

Tips Bercuti dan Shopping di Ho Chi Minh Vietnam
Ben Than Market
Sumber ilove-vietnam.blogspot
Tips Bercuti dan Shopping di Ho Chi Minh Vietnam
Sekitar kawasan Kg Malaysia

2. Masa abam pegi sana, abam dah prepare 3 jenis matawang. USD, Ringgit & Dong. Untuk shopping kat area Ben Than Market, pasar malam & kedai-kedai sekitar Kg Malaysia, korang boleh gunakan Ringgit Malaysia atau Dong. USD ni korang boleh gunakan untuk bayar hotel atau time sesak nak tukarkan ke Dong tu boleh dapat nilai yang tinggi sket. Tapi jangan bimbang kalau korang datang shopping kat area Kg Malaysia & Ben Thant Market ni, kebanyakan kedai terima Ringgit Malaysia.

Kat sana kalau korang tersiok shopping ke sampai duit cash tak cukup, korang boleh gunakan ATM mesin yang ada dalam Ben Thant Market. Tapi pastikan korang terlebih dulu dah set kan untuk pengeluaran antarabangsa. Caj sebanyak Rm13 akan dikenakan untuk setiap pengeluaran.

3. Masa hari pertama, jangan terlalu ghairah nak terus shopping. Pegi servey dulu. Bandingkan harga. Masuk hari ke dua baru start shopping. Masa nak beli pun jangan terus terima harga yang penjual bagi. Cuba minta kurangkan sehingga korang rasa barang yang korang nak beli tu memang logik harga nya. Contoh lah, katakan korang nak beli tshirt yang tulis Visit Vietnam tu. Biasanya diorang bagi harga antara Rm12-Rm15 sehelai. Cuba minta kurangkan sampai bawah Rm10.

Tips Bercuti dan Shopping di Ho Chi Minh Vietnam
Masing-masing sibuk pilih lace untuk customer yang order..

Ada peniaga kat sana yang percaya konsep “pecah telur”. Maksudnya kalau korang ni pelanggan yang terawal, mungkin rezeki korang akan dapat harga special dari peniaga tadi. Jadi shopping lah masa diorang baru buka kedai tu.

Tips Bercuti dan Shopping di Ho Chi Minh Vietnam
Pasar malam bermula jam 8 malam, dekat jer area Kg Malaysia dan Ben Than Market

4. Berhati-hati dengan penjual kacang, penjual kelapa dan tukang cuci/gilap kasut. Diorang biasanya suka paksa kita beli. Untuk yang cuci kasut ni abam dah 2, 3 diorang siap paksa ambik servis diorang. Tektiknya, diorang akan ofer yang murah kemudia bila kita dah terima, lepas dia akan caj mahal dengan kita. Kalau diorang approch korang, tolak request diorang dengan tegas. Kalau diorang follow, paksa jugak..korang masuk jer ke kedai atau restoran.

Tips Bercuti dan Shopping di Ho Chi Minh Vietnam
Makan kongsi ramai-ramai camni lebih jimat

5. Kalau korang stay atau shopping berdekatan Ben Than Market dan Kg Malaysia, korang jangan risau takut susah nak cari makan. Kat sini korang boleh cuba makanan kat kedai Haji Osman, Hajah Aisyah, Hj Basiroh. Terus terang abam bagitau harga agak sedikit mahal. Nasi goreng atau sepinggan mee ke, harga dalam Rm10 camtu.

6. Kalau korang nak jimat, korang boleh bawa makanan segera macam megi ke, lauk segera ke.. bawa jer travel rice cooker yang kecik tu, masak kat bilik. Boleh servey travel rice cooker ni kat www.shoppee.com. Harga dalam Rm44-Rm60 sahaja.

Tips Bercuti dan Shopping di Ho Chi Minh Vietnam

7. Kalau dah kat area Kg Malaysia ada orang jual kopi ais atas motor atau tepi-tepi kedai. Kopi ais kat sini memng terbaik, rasa memang kaw punya.. Harga dalam RM3.00 je satu cup panjang. Antara abam akan buat entri khas untuk street food kat sekitar Kg Malaysia pulak ya..

8. Kat sini kalau korang yang jenis kaki shopping kain lace, shawl, beg ke..memang rambang mata. Dah lah harga murah, kualiti memang terbaik kalau pandai cari tempatnya. Contoh kain lace yang dijual kat butik-butik besar kat Kuala Lumpur, kat sana korang boleh dengan harga yang lebih murah.

Tips Bercuti dan Shopping di Ho Chi Minh Vietnam
Kat salah satu kedai yang menjual kain lace di Ben Than Market

9. Kat sana, kalau korang beli kain lace, korang boleh terus tempah jahit kat kedai tadi. Bagitau jer design apa korang nak buat. Cuma pastikan korang kena tempah dihari pertama/kedua korang kat sana. Supaya kalau lah ada nak betulkan, mungkin ketat ke atau nak longgarkan sikit, korang masih ada masa nak minta tailor betulkan. Harga tempahan antara Rm80-Rm120 bergantung kepada kedai & design baju korang nak buat.

10. Pastikan korang periksa betul-betul ukuran kain yang dipotong oleh kedai. Pastikan ukuran sama seperti yang korang minta. Ada kedai yang bagi servis hantar barang yang korang beli terus ke hotel. Ini pun korang mesti pastikan barangan korang cukup & betul masa di kedai lagi. Kalau kedai tu dekat dengan hotel, pegi lah bawa balik sendiri. Lebih selamat.

11. Kalau korang pertama kali ke Vietnam ni, mesti keliru pasal lalu lintas kat sana. Kat Vietnam ni diorang left hand drive. Kalau nak melntas jalan, kena berhati-hati sebab banyak motosikal yang suka meyelit dicelah-celah kereta.

12. Untuk kaum perempuan, masa nak jalan-jalan tu kena berhati-hati sebab taku yang meragut nanti.

13.Ā  Kat sini kalau korang nak gunakan teksi, boleh gunakan perkhidmatan dari syarikat Vinasun atau Mai Linh Taxi. Kalau korang nak beli sim card, boleh beli masa korang kat airport. Abam selalu beli line VinaPhone, ambik pakej unlimited data, Rm50 sahaja.

14. Kat sini, selain dari lace, kain..korang boleh beli tudung/shawl berjenama terkenal yang ada kat Malaysia macam Nealofa, Ariani, Duck dan banyak lagi jenama lain.Ā  Telekung Siti Khatijah pun ada kat sini. Kalau korang nak order dengan abam pun boleh nanti..šŸ˜

Tips Bercuti dan Shopping di Ho Chi Minh Vietnam
Big bos tengah pilih shawl dan telekung yang di order oleh pelanggan

15. Boleh katakan peniaga kat sini cara diorang menjual agak kasar. Kekadang kita baru pegang kain, dia dah siap nak bungkus dah. Ada peniaga kat yang suka memaksa kita beli, kalau kita tak beli kadang kala dihalaunya kita. Jadi pastikan korang betul-betul berkenan dengan barang yang korang nak tu baru tanya. Jangan cepat sentap dengan cara diorang berniaga, kalau dia macam marah ke buat muka tak tau jer. Pegi cari kat kedai lain pulak. Rajin-rajin bertegur sapa dengan pelancong dari Malaysia, mana lah tau kan ada yang boleh kongsikan kedai yang ok untuk korang shopping.

Tips Bercuti dan Shopping di Ho Chi Minh Vietnam

Kepada korang yang berhasrat nak sini, boleh jadi kanĀ Tips Bercuti dan Shopping di Ho Chi Minh Vietnam sebahgian dari rujukan korang kat sana. Selamat bercuti, happy travel k…šŸ˜Š

Baca juga :Ā Rabbit Fun Land Lenggeng

 

2,268 total views, 0 views today

Grumpy Cat Menang Saman AS$710,000

Grumpy Cat Menang Saman AS$710,000

Grumpy Cat Menang Saman AS$710,000

Grumpy Cat Menang Saman AS$710,000

Kalau sebut Grumpy Cat jer, mesti korang tau kan, kucing ni antara kucing paling femes kat internet. Ini disebabkan muka kucing ni yang nampak garang. Sekarang ni Grumpy Cat bertambah-tambah lagi glamer bila tuannya menang saman sebanyak AS$710,000 (RM2.8 juta) . Ni lah rezeki tuannya Tabatha Bundse

Grumpy Cat Menang Saman AS$710,000
Grumpy Cat bersama tuannya..

Grumpy Cat Menang Saman AS$710,000

Keputusan mahkamah persekutuan di California memihak kepada Grumpy Cat & Tabatha Bundse apabila syarikat Granade Beverage dan Bundse dikatakan telah melanggar kontrak terhadap penggunaan Grumpy Cat atau nama sebenarnya Tardar Sauce untuk barisan minuman kopi ais yang dikenali sebagai “Grumpiccionos”.

Grumpy Cat Menang Saman AS$710,000

Dikatakan syarikat Granade Beverage dan Bundse telah tempek kebanyakan produk diorang dengan muka Grumpy Cat. Sepatutnya 1 produk je diorang guna imej Grumpy Cat, tapi diorang dah guna pelbagai produk lain yang tak ada dalam kontrak.

Kalau korang nak tau lah, Grumpy Cat mula jadi popular lepas abang kepada tuannya upload gambar kucing ni kat web Reddit.
Sebab muka kucing ni yang memang unik, muka pemarah atau ada yang kata muka “what ever…!!” Hehhe.. kucing ni terus jadi popular kat internet.

Bayangkan kucing Grumpy Cat ni sangat popular sampai kucing ni di jemput ke rancangan-rancangan tv, filem dan menjadi duta kepada pelbagai produk.

Jadi kalau korang ada bela binatang peliharaan macam kambing ke, ayam ke, yang ada muka unik macam Grumpy Cat ni..rajin-rajin lah share kat laman web. Ye lah, mana tau kot-kot ada rezeki korang kaya cam tuan kucing ni hehhe…

Jom singgah jap :Ā Resepi Brownies yang mudah & sedap

683 total views, no views today

FILEM JUMANJI : WELCOME TO THE JUNGLE (2017)

FILEM JUMANJI : WELCOME TO THE JUNGLE (2017)

Baru-baru abam bawa wife dengan anak-anak layan filem Jumanji : Welcome To The Jungle (2017) kat GSC Alamanda Putrajaya. Filem ni sebenarnya dah mula ditayangkan kat pawagam seluruh negara mulai 22 Disember 2017 lagi. Anak-anak dah teruja nak tengok filem ni sebab diorang dah tengok Jumanji 1995 yang di lakonkan oleh Robin Williams dulu tu. Filem Jumanji 1995 memang cukup kelakar, memang teruja nak tengok sekuel yang terbaru ni.

FILEM JUMANJI : WELCOME TO THE JUNGLE (2017)

Ā Jumanji : Welcome To The Jungle (2017)

Sekuel kali ni,Ā Ā Jumanji : Welcome To The Jungle (2017)Ā di arahkan oleh Jake Casdan dan diterbitkan oleh Columbia Pictures, Dibarisi oleh pelakon-pelakon hebat sepertiĀ  Dwayne Johnson (The Rock), Jack Black, Kevin Hart, Karen Gillan, Nick Jonas dan Bobby Cannavale pasti akan menarik ramai untuk menonton filem ni.

FILEM JUMANJI : WELCOME TO THE JUNGLE (2017)

Review Jumanji : Welcome To The Jungle (2017)

SekuelĀ Jumanji : Welcome To The Jungle (2017)Ā kali ni bermula dengan mengisahkan pasal 4 remaja dari berbeza latar belakang di satu sekolah, dikenakan kelas tahanan. Mereka ditempatkan si buah perpustakaan lama dan ditugaskan untuk membersihkan perpustakaan tersebut. Masa tengah dok mengemas tu, mereka terjumpa sebuah video game Nintendo lama. Rupanya ada game Jumanji plak kat situ. Mereka berempat iaituĀ Spencer (Alex Wolff) ,Ā Martha (Morgan Turner), Bethany (Madison Iseman) dan Fridge (Ser’Darius Blaine) main permainan tersebut. Mereka memilih avatar dalam game Jumanji tadi. Baru jer nak mula main permainan video game tadi, tetiba mereka disedut masuk ke dalam permainan tersebut.

FILEM JUMANJI : WELCOME TO THE JUNGLE (2017)

Masa dalam game Jumanji ni, mereka berempat mesti mendapatkan kembali kristal yang di curi olehĀ  Van Pelt (Bobby Cannavale) dan kembalikan ke Bukit Harimau Bintang. Tujuan nya untuk mengembalikan semula keamanan di dunia Jumanji ni. SejakĀ  Van Pelt mencuri batu permata tu, dunia Jumanji seperti berada dalam kegelapan dan dipenuhi unsur kejahatan.

Semasa pengembaraan mencari batu permata ni lah yang best. Ada part aksi dan ada part memang cukup melucukan. Yang bestnya, setiap avatar mempunyai peranan masing-masing. Masing-masing ada kelebihan dan kekurangan. Macam watak Kevin Hart, part dia meletup sebab makan kek antara yang paling lawak.

FILEM JUMANJI : WELCOME TO THE JUNGLE (2017)

FILEM JUMANJI : WELCOME TO THE JUNGLE (2017)

FILEM JUMANJI : WELCOME TO THE JUNGLE (2017)

FILEM JUMANJI : WELCOME TO THE JUNGLE (2017)

FILEM JUMANJI : WELCOME TO THE JUNGLE (2017)

Pendapat abam pasalĀ FILEM JUMANJI : WELCOME TO THE JUNGLE (2017)?

Apa yang boleh abam komen kat sini, lakonan setiap pelakon memang cukup mantap. Setiap watak mempunyai karektor yang tersendiri. Gabungan pelakon-pelakon hebat ini menjadikan filem ini menarik. Pendapat abam lah, lakonan hebat Kevin Hart dengan The Rock antara paling menyerlah. Memang pecah perut gelak dalam panggung.

Jumanji: Welcome To The JungleĀ (2017) adalah sebuah filem yang memang abam syorkan korang tengok.kalau masih sempat lah. Filem yang cukup awesome dan cukup menarik untuk tontonan seisi keluarga. Kalau korang memang peminat filem Jumanji yang pertama, korang pastinya akan layan filem Jumanji terbaru ini.
Abam bagi 8.5/10Ā untuk filem ini. Lepas baca review boleh try cari tiket kot-kot ada lagi heheheh…

 

Baca jugaĀ Review Guardian of The Galaxy Vol 2

 

915 total views, no views today