Cara Solat Jamak Taqdim & Takhir dari JAKIM Ketika Bermusafir

Cara Solat Jamak Taqdim & Takhir dari JAKIM Ketika Bermusafir |

Hi, Assalamualaikum… Terima kasih kerana sudi singgah lagi kat blog abam. Kalau korang yang friend dengan abam kat Instagram & Facebook, mungkin korang prasan abam ada gak dok pi travel ke sana ke mari. Travel budget jer, sambil melancong dapat jugak tengok-tengok tempat orang kan..

Solat Jamak

Ok. Untuk kali ni abam sebenarnya nak kongsikan cara solat Jamak dan Qasar untuk dijadikan sebagai rujukan semasa travel nanti.

Sebenarnya apabila kita travel ke mana-mana, samada dengan kenderaan darat ke, laut atau udara, apabila dah dapat status musafir tu..kita dibolehkan untuk buat solat Jamak.

Solat Jamak

Apa tu Solat Jamak? Menurut JAKIM, solat jamak ni terbahagi kepada dua, iaitu :

APA ITU SOLAT JAMAK?

Menurut JAKIM, takrifan solat jamakterbahagi kepada dua, iaitu:

1. Jamak Taqdim iaitu mengerjakan solat Zuhur dan solat Asar dalam waktu Zuhur atau solat Maghrib dan solat Isya’ dalam waktu Maghrib.

2. Jamak Ta’khir iaitu mengerjakan solat Zuhur dan solat Asar dalam waktu Asar atau solat Maghrib dan solat Isya’ dalam waktu Isya’.

APAKAH SYARAT SOLAT JAMAK?

UNTUK SOLAT JAMAK TAQDIM:

1. Hendaklah bersolat secara tertib iaitu mendahulukan solat Zuhur daripada solat Asar dan solat Maghrib daripada solat Isya’.

2. Hendaklah niat Jama’ Taqdim di dalam solat pertama sebelum salam tetapi yang afdhalnya di dalam takbiratul ihram.

3. Berturut-turut di antara solat yang dijama’kan itu.

4. Berkekalan pelayaran atau perjalanan itu hingga takbiratul ihram solat yang kedua.

5. Berkeyakinan adanya waktu solat yang pertama (Zuhur atau Maghrib) berkekalan sehingga didirikan solat yang kedua (Asar atau Isya’).

UNTUK SOLAT JAMAK TAAKHIR:

1. Hendaklah berniat jama’ dalam waktu pertama iaitu Zuhur atau Maghrib.

2. Berkekalan pelayaran atau perjalanan hingga memberi salam solat yang kedua.

BAGAIMANA CARA DAN CONTOH NIAT SOLAT JAMAK?

UNTUK JAMAK TAQDIM:

1. Jamak Taqdim Empat Rakaat

أصلي فرض الظهر اربع ركعات مجموعا إليه العصر اداء لله تعالى

(Sahaja aku solat fardhu Zuhur empat rakaat dihimpunkan kepadanya Asar tunai kerana Allah Taala)

2. Niat Jamak Taqdim Beserta Qasar

أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إليه العصر اداء لله تعالى

(Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat dihimpunkan kepadanya Asar tunai kerana Allah Taala)

UNTUK JAMAK TAAKHIR:

1. Jamak Ta’khir Empat Rakaat

أصلي فرض الظهر اربع ركعات مجموعا إلى العصر اداء لله تعالى

(Sahaja aku solat fardhu Zuhur empat rakaat dihimpunkan kepada Asar tunai kerana Allah)

2. Niat Jamak Takhir Beserta Qasar

أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إلى العصر اداء لله تعالى

(Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat dihimpunkan kepada Asar tunai kerana Allah)

Semoga entri cara solat jamak ini dapat membantu kita melakukan ibadah, walau di mana kita berada. Jangan sesekali kita meninggalkan atau meringankan solat, walaupun kita tengah bermusafir.

Harus diingat, yang dibolehkan hanya solat Zohor dengan Asar, dan Maghrib dengan Isyak sahaja.

Terima kasih sekali lagi,..Semoga perjalanan kita mendapat keredhaan Allah. Jika bermanfaat, sudi-sudikan share nanti ya..

1,122 total views, 21 views today

Sharing is caring!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge